Thursday, November 10, 2016

Kisah Kitchen Cabinet - #RumahAnS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisah Kitchen Cabinet rasanya paling panjang. Paling awal survey, paling lama nak buat keputusan dan quotation dari banyak pihak. Daripada zero knowledge berkenaan kitchen kabinet sehinggalah ada sedikit ilmu. Rasanya saya nak cerita setiao quotation yang saya mintak. Saya nak kongsi pengalaman saya. Dan mungkin untuk rujukan saya akan datang.

Ringkasnya ruang dapur ada wall cabinet, base cabinet dan table top. Itu yang utama dan harga berbeza setiap satu. Dapur a.k.a hod, hook, sinki, tap (pili air), tall cabinet adalah pelengkap untuk mencantikkan lagi dapur. Pelbagai aksesori tambahan juga ada contohnya dish rack, kitchen utensils dan lain-lain lagi.

ID I

Ini lokasi pertama kami deal untuk KC, atas suggestion cousin yang dah pernah guna servis mereka. Owner India, perempuan, umur macam mak-mak kita la. First impression bagus. Nampak friendly. Explain A to Z berkenaan KC. Bagus la untuk kami yang zero knowledge. Kami ke kedai dia yang ada showroom. Memang nampak gambaran sebenar. Then dia bagi quotation berdasarkan pelan rumah kami mengikut previous customer dia. Saya ringkaskan quotation.

Wilson / meico table top - RM7500
Tiles table top - RM8200
Solid Surface - RM8900
Quartz stone - RM10000

Harga tersebut dah termasuk kabinet material wood atas, bawah, 2 sink, hood, hob, hole hook, hole sink, tall cabinet untuk microwave dan oven. Yang kena beli pillar tap. Wiring dan plumbing masing-masing kena bayar RM500 dan RM280.

Masa jumpa kali kedua dia ada risik nak extend tak belakang dapur tu. Hubby pun layan, tanya quotation harga sekali. Lebih kurang 20k la extend belakang tu. (nanti saya cerita di entry lain details tentang ni). Tapi sebab kami dah dapat kontraktor lain dengan harga yang lagi murah, lebih cepat siap dan tak menyusahkan kami dengan prosedur majlis bandaran, kami decide untuk hire ID I untuk KC sahaja.

Apointment ke 3 di showroom ID I, bincang semula apa yang kami nak. Kami tukar dari table top wilson ke tiles. Masa ni dia dah marah. Tanya macam-macam kenapa tak nak wilson. Saya macam dah, ''eh, ok la aku cancel yang lagi murah, ambil yang mahal lagi''. Pastu dia masuk bab extend belakang. Kami cakap kami tak nak extend lagi, nak KC je dulu. Alasan nanti ada duit baru buat. Dia cakap ok, sign je dulu. Lock harga tu.

Bila kami cakap tak nak. Nak proceed deal dan payment KC je, dia dah hempas pen. Tengking panggil staf dia bagi arahan macam orang tak siuman. Dia kata ok, tengah hari ni budak dia pergi measure dapur, esok siap 3D datang confirm sign. Hubby cakap esok tak boleh, kami ada deal untuk urusan lain. Dia tak layan. Dan terus gerak. Selalu bila nak balik dia salam hi hi bye bye dengan saya.

Masuk kereta, hubby cakap kita cari orang lain. Jangan ambil dia. Saya pun dah 50-50. Tapi fikir harga dia bagi dah include semua, tak payah nak pergi beli barang dan ukuran semua dah tau, mudah. Kalau ambil orang lain, kena mula dari awal. Stress nya. Esok tu kami tak pergi pun kedai dia. Kami ada kenduri dan masa dia call tengok monitor orang pasang tinted. Lepas pada tu dia ada la call hubby dalam 2,3 kali. Saya, dia tak pernah call.

Ada juga cerita kat cousin, cakap la yang dia marah kenapa tak ambil wilson. Cousin cakap, kalau ambil wilson, nanti kita akan guna lagi servise dia. Wilson / maica tu macam papan plywood bungkus dengan tikar getah. Itu la pandangan pertama saya bila ketuk, pegang contoh wilson di showroom. Kontraktor lain yang kami minta quotation pun tak suggest material tu. Basuh pinggan,masak memang akan basah. Nanti kembang table top. Dah rugi nak kena tukar baru.

LH construction

Ini kami contact dari flyer yang ada dalam post box rumah. Kami ke showroom dan esoknya dia datang rumah buat measurement.

Quartz stone - RM 10190
Tiles - RM 7390

Harga termasuk wall dan base kabinet. Material apa tak ingat. Sink, pillar tap, hook, hob semua kena beli sendiri. Wiring, plumbing kena cari orang buat sendiri.

EO construction

Maica table top + wood cabinet - RM9300
Tiles table top + wood cabinet - RM 7800

Tall cabinet microwave oven - RM1550
Plumbing - RM250
Cooker hook exhaust hole - RM250
Wiring - RM620

ID ZH 

Yang ni masa minta quotation ada harga pakej RM4999 include cabinet atas bawah, quartz stone top, drawer, melamine door, soft close door, hidden handle, aluminium skirting. Tapi harga tu bukan saiz dapur kami. Kena tambah lagi.

Cabinet - RM 3000
Quartz stone top - RM 1100
Open hole hood - RM150
Open hole sink - RM 150
Double sink - RM450
Tap - RM280

Kontraktor M

Ini yang berlegar di kawasan taman. Harga lump sum. Tak dak ikut apa kita mau dah.

Tiles + formica Rm7000

Tak tau la dapat apa. Nak hire pun takut. Saya call tanya grill, pastu dia gitau habis semua servis. Saya cakap nanti saya discuss dengan hubby, apa-apa saya call. Dia hari-hari sms tanya, inform nak jumpa la, ada rumah nombor bla bla.

Kontraktor R

Tiles top + melamine door - RM 6800

Harga termasuk wiring dan sink. Tap dan dapur beli sendiri. Ini pun sama la, berlegar kawasan rumah. Siap bawa tunjuk pergi show house lagi. Ada la rumah yang dah siap buat. Saya minta aggreement tapi tak leh nak sedia. Takut la nak deal kalau bayar ribu riban tak dak black & white.

Kontrakror K

Sama macam kontraktor atas tu. Pakej pun lebih kurang. Bila mintak agreement dia gelak. Dia cakap bagi duit semua jadi. Nampak kami ni muda kot. Boleh la nak cakap lebih kurang. Terus saya hilang respect.

D Format Cabinet Shop


    

Ini yang kami pilih untuk buat KC. Hubby yang cari. Awal bulan 1, hubby set appointment pergi showroom di Juru. Person yang deal tu lelaki, chinese, soft spoken. Teratur sangat cara dia bekerja. Sebelum tu hubby dah ada communicate dengan dia, minta quotation via whatsapp, phone dan email. Hubby minta quotation untuk semua material pintu dan table top ikut saiz dapur kami. Masa kami ke kedai, dia dah siap print quotarion ikut kategori. Saya terus inform budget saya dan dia suggest material apa yang sesuai. Dia layan kami dengan sabar. Apa yang kami tak paham terus dia bawa tunjuk di situ. Terus buat keputusan kat situ nak hire. Bayar booking fee, RM1000. Petang dia ke rumah untuk measurement. Cuma nak sahkan ukuran yang hubby bagi sama atau tak. Esok nya kami ke showroom semula untuk confirmation dan terus buat fully payment. Untuk full payment ada lagi discount. Sebelum tu masa discussion, saya minta nak dish rack, cutlery tray dan kitchen utensil. Hubby nak soft close, hiding handle. Semua yang kami request dia layan dan beri. Dari awal discussion saya dah tegaskan saya tak nak over budget.

Dengan bayaran RM8800, antara yang dapat
Table top : solid surface
Top mount (sinki)
Kabinet : ABS melamine
Drawer soft close
Built in handle
Cultery tray, Dish rack : FOC

Sinki, dapur, piping dan wiring semua kami kena beli dan urus sendiri. Lepas beli dia yang pasangkan. Dapur beli di JES Kitchen model Effegi E200. Banyak tempat gak kami survey untuk dapur ni. Semua over budget. Brand pun saya tak familiar sangat. Last dah malas fikir, amik je. Harga RM390. Sinki ada jenis top atau under mount. Untuk kitchen kabinet kami kena under mount. Sinki beli di Big Bath. Hajat hati nak yang double sink tapi saiz dapur tak muat. Redha saja dengan single sink.

Bahagian dapur dah disediakan 1 plug tapi saya minta wiring tambah lagi 3 plug. Kami nak elakkan penggunaan extension plug. Masa nak pasang kitchen kabinet tu serentak tengah extend belakang rumah dan wiring lampu, kipas. Saya minta buatkan sekali wirin untuk bahagian dapur. Untuk plumbing husband yang buat. Barang² semua dia beli sendiri.

barang masuk penghujung Februari
Februari 2016 selepas Chinese New Year, SA inform nak masukkan barang. Hubby pergi buka pintu rumah.


Awal Mac kabinet siap pasang dah. Hujung minggu tu kami pindah masuk rumah. 2 minggu tak masak sebab table top.

Awal Mac kabinet dah siap pasang

Selepas 2 minggu datang pasang table top. Sekejap je pasang tapi rumah penuh habuk. Mencuci lagi rumah. Hubby yang cuci. Masa ni belum bersalin. Memang tak larat nak buat apa pun. Tengah tunggu hari nak bersalin. Untuk ruang dapur ni kami tambah lagi 2 plug point dan satu suis untuk exhaust fan. Fridge memang dah ada corner di sediakan. Sebelah ruang fridge, toilet yang kedudukannya bertentangan depan kabinet dapur.








1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...