Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni saya nak buat entri tentang Permohonan Anak Emas. Masa Anas dulu tak buat pun entri ni. Masa Anas apply guna borang yang ambil di Pejabat Adun Negeri. Sekarang kena apply online. Sebelum tu jom kita tengok apa itu Anak Emas.
PROGRAM ANAK EMAS PULAU PINANG
Kerajaan Pulau Pinang telah membuat Program Anak Emas dimana anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sekali sebanyak RM 200. Buat masa kini, tiada syarat yang memerlukan anak untuk dilahirkan di Pulau Pinang. Oleh itu, anak-anak yang dilahirkan di negeri lain juga boleh memohon asalkan salah seorang dari Ibu ataupun Bapa anak adalah pengundi yang berdaftar di negeri Pulau Pinang.
Syarat-Syarat Kelayakan
Cara-Cara Permohonan
- Anak yang dilahirkan adalah warganegara Malaysia
- Permohonan ataupun tututan mestilah dibuat sebelum anak berumur 2 tahun
- Salah satu Ibu ataupun Bapa anak teleh berdaftar sebagai pengundi di SPR dan mengundi di negeri Pulau Pinang
- Tututan mestilah dibuat dengan Mykid anak yang megandungi 12 nombor.
Bantuan ini hanya boleh dipohon sekali bagi seorang anak. Permohonan untuk anak mestilah dibuat sebelum umur anak 2 tahun. Permohonan boleh dibuat hanya secara online. Selepas membuat permohonan, permohon perlulah mencetak borang yang siap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.
Dokumen Sokongan yang diperlukan
Permohonan online boleh dibuat di laman sesawang berikutnya:
- Salinan Mykid untuk anak yang dipohon
- Salinan Sijil Kelahiran untuk anak yang dipohon
- Salinan MyKad untuk kedua Ibu dan Bapa
- Salinan bukti pengundi (boleh dibuat di http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/)
- Salinan penyata akaun bank yang aktif oleh Ibu atau Bapa bagi mendapat sumbangan Anak Emas
https://isejahtera.penang.gov.my/anakemas/syarat_permohonan_online.php
Selepas permohonan online dibuat, permohonan perlulah dicetak dan disertakan dengan salinan dokumen sokongan. Dokumen-Dokumen ini perlulah dihantar secar POS ataupun secara manual ke Pejabat Daerah yang tertera dalam borang permohonan.
SUMBER
Permohonan untuk Auni Suraya dibuat oleh husband. Selepas 3 bulan surat sampai di rumah untuk maklumkan pengambilan wang di tempat yang telah ditetapkan. Dah dapat duit masuk akaun anak ye :P
Assalamualaikum...
ReplyDeleteNak tya salinan ac bank tu mcmmana? Sbb skrg bank semua pkai kad, dah x dak buku mcm dulu
Rozita Abu Bakar
ReplyDeleteMaaf lambat balas.
Salinan akaun bank boleh dapat dari bank yang Puan daftar. Saya ke Maybank dan minta salinan akaun yang ada tulis nombir akaun bank. Bank lain pun camtu juga caranya.
Harap membantu 😊
alahai masih x dapat lg duit anak emas tu..suami hantar bln 11 thun lps
ReplyDeleteSalam. Just nak tanya sikit, selepas isi dan cetak borang online, kat muka belakang ada mintak cop pengesahan akaun bank dan cop pengesahan JKKK/ADUN/PD. Perlu ke mendapatkan cop pengesahan tu sebelum hantar ke Pejabat Daerah?
ReplyDeleteMuhammad Siddiq Foong - Ya, perlu
ReplyDeleteSelepas umur anak 2 tahun ker bru apply....
ReplyDeleteDaku - kena mohin sebelum anak berumur 2 tahun. Boleh baca syarat² di link yang diberi di atas.
ReplyDeleteSalam..anak sy dilahirkan di penang dan sy menetap di penang..sy mengundi di kedah.boleh tak sy mohon..
ReplyDeleteSy menetap di penang..anak sy dilahirkan di penang..cuma tempat mengundi sy di kedah..layak tak sy mohon..tq
ReplyDeleteSalah seorang ibu bapa kena pengundi di Pulau Pinang
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh apply utk setiap anak atau untuk anak sulung sahaja ?
ReplyDeleteSetiap anak
Delete