Friday, January 6, 2017

6th wedding anniversary celebration


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1/1/17 - tahun ke 6 kami diijabkabulkan. 31/12/16, tumpang sekaki celebrate anniversary sekali buffet dinner countdown new year. Banyak hotel survey harga, sambutan dan makanan. Banyaknya yang mahal dan pesta mabuk². Ada yang tak children friendly. Lepas timbang tara kami laki bini pilih New Year Eve Buffet Dinner di Hotel Sunway, Seberang Jaya. 2014 pernah celebrate dah disini tetapi harganya lebih dari tahun ini.


2hari sebelum call hotel tanya berkenaan dinner. Tanya juga berkenaan Umur kanak² yang dicaj. Dah puas hati semua then booking. Staf yang bercakap dengan saya katanya perlu bayar down payment. Keesokan harinya saya ke hotel dan confirm booking with full payment. Dinner bermula 6.30 petang.


31/12/16
Kami plan nak ke hotel lepas solat Maghrib. Sebelum ni pergi awal tapi susah nak solat. Surau yang ada tu join laki perempuan. Masa nak ambil wudhu, kalau ada orang lelaki dah tak cover aurat. Lagipun dekat je dengan rumah. Dalam 8 malam kami sampai. Parking mudah dan berbayar RM1 untuk 4 jam pertama. Tunjuk resit di registration table. Dari jauh lagi staf dah greet dan mention nama.


Patut la kenal, kami je yang belum sampai. Dewan dah penuh orang. Sign beberapa form dan isi nama untuk lucky draw. Staf bawa kami ke table. Depan stage table kami. Nasib la bunyi lagu, sound alat music tak kuat sangat. Anas dan Auni dua² selesa. Saya pusing seround tengok makanan dan mintak husband pergi ambil makanan dulu.


Baby chair ada on request. Auni duduk baby chair, Anas dalam stroller. Husband datang dengan sepinggan ketam dan udang. Udang favourite Anas. Masa ni Anas belum ok mood sebab baru bangun tidur. Dia main dengan party pack yang ada di sediakan atas meja. Saya pula pergi ambil makan. Untuj starter saya ambil kambing dan turky panggang bersama sos garlic dan black pepper. Biasa je rasanya.


Kemudian ambil lauk je. Tak rasa pun nak makan nasi. Saya ambil lamb stew, beef grilled black pepper, sotong masak lemak, pepperoni, chicken ham. Banyak gak makanan yang ada. Ada side sushi, sate, tomyam (mi/bihun), ais krim, minuman panas, ais kacang, western, tradisional, kuih - muih, kek dan buah.


Masa makan ni, MC announce lucky draw. Buat 2 sesi. Sesi yang pertama untuk hadiah yang rendah nilai. Rendah² pun ok la jugak kalau dapat. Baucar lunch, dinner. Macam barang besar, tv, air cond masa sesi kedua. Masa ni Anas dah cargas. Saya bawa dia tengok makan dan mintak dia pilih nak makan apa. Dia nampak strawberi atas kek, minta yang tu. Jenuh la potong kek bahagian buah je.


Dia ulang alik lari dari table ke meja buffet. Kat bahagian belakang ramai budak² table lain main. Dia pun join. Apa yang diorang main, dia pun nak main. Pedang star wars atas meja untuk hiasan pun di ambil main. Kemudian lucky draw round 2. Nombor husband naik. Menang la penginapan 2H1M di hotel ini bersama dengan breakfast. 9.30 malam tengok ramai dah bersurai. Sebab dah kenyang kot. Pastu lucky draw pun dah selesai. Kami kan sampai lambat. Ingat nak merasa la semua jenis makanan. Tapi dah ramai gerak balik, segan lak nak stay. Kami habiskan makanan dan bergambar di stage.


Hubby decide peegi rumah mak nak tengok bunga api tapi sampai kul 12, bunyi je kuat, bunga api tak nampak pun. Terlindung dengan bangunan dan rumah. Lepas habis dengar bunyi gerak balik rumah. Siang 1/1/17 tak de aktiviti seperti tahun² sebelum ni. Rileks, lepak dan buat kerja rumah. Ada la order brownies nutella almond kat jiran untuk bawa ke rumah mak malam nanti. Pergi pick up brownies 6 petang.


Bawa pergi rumah mak brownies. Masa ni tengah panas² lagi. Kejap je dah tinggal separuh. Tak bawa pun pergi kedai. Kami dinner di kedai yang selalu makan dengan bawa 2 ekor ikan yang ayah pancing. Kedai masakkan dan makan bersama menu lain yang di order. Lepas makan, semua balik rumah masing².


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...