Monday, January 9, 2017

Review novel : Menangislah Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbaru dari Aleya Aneesa, terbitan Poreng kertas. Cetakan limited, tak dijual di kedai-kedai buku. Cuma boleh beli daripada orang tertentu ja.

Sinopsis
Dahlia yang punya sejarah hitam zaman persekolahan. Dia menyimpan dendam pada senior sekolahnya yang menjadi punca dia kehilangan semuanya. Itu menjadikan dia bersifat dingin. Di pejabat dia kurang digemari orang bawahan kerana sifatnya itu. Dahlia ingat setiap nama dan muka manusia yang menjadikan hidupnya gelap. Salah seorang darinya adalah Harraz, anak majikannya. Keadaan bertambah buruk bila Harraz bekerja sebumbung dengannya. Harraz tertanya-tanya apakah penyebab Dahlia membencinya. Dan apabila Dahlia membongkar rahsianya, Harraz terkesima dan berasa amat bersalah. Dia berusaha untuk meraih kemaafan dari Dahlia dan membantu memulihkan umi Dahlia yang turut terkesan dengan kejadian 10 tahun lalu. Dalam usahanya itu, dalam tak sedar dia jatuh cinta pada Dahlia. 

Berjayakah Harraz pulihkan umi Dahlia? Dapatkah Dahlia memaafkan Harraz? Adakah mereka bersatu bila Elyana ada di antara mereka selain Arif?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...