Thursday, January 5, 2017

Resepi Ayam Masak Halia


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Gigi lak di awal tahun baru ni dok share berkenaan resepi. Asalkan blog hidup, dengan azam 2017 supaya hari² update blog. Chaiyokk. Kisahnya, cuti weekend tahun baru selama 3 hari. Sabtu ada wedding dan balik umah PIL. Maka tak masak. Ahad, celebrate anniversary kami bersama family saya. So, dinner di luar. Tengah hari goreng nasi saja. Isnin, tak de plan apa². Kena la masak. Blur la pulak nak masak apa.

Dalam fridge ada isi ayam, udang dan telur saja. Bawang merah 2 biji, bawang putih selabu, dan sehalia setongkol besar. Terus keluar idea nak buat ayam masak halia. Google resepi. Jumpa banyak resepi. Saya pilih yang bersesuaian dengan bahan yang ada dalam rumah dan ikut tekak husband nak ayam di goreng dahulu. Pernah dah buat resepi ni tapi ayam tak goreng dan dia complaint. Jumpa resepi. Terus rasa nak buat entri sebab lepas husband makan dia kata sedap. Kena dengan tekak dia. Lepas ni boleh buag lagi tapi tambah cili lebih sikit.

Ini resepi versi saya. Resepi asal ada beberapa bahan yang saya tak de dan saya tambah bahan yang ada di rumah.

Bahan²

Isi ayam 3 ketul potong kecik
Bawang besar 1 labu potong bulat
Bawang putih 4 ulas hiris panjang
Halia 2 cm hiris panjang
Cili padi 3 biji potong kecil
Garam
Kunyit
Kicap soya cair 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Lada hitam satu sudu teh
Tepung jagung 1 sudu teh
Air
Minyak


Cara penyediaan


  1. Ayam di gaul bersama garam kunyit.
  2. Goreng ayam ½ masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Ambil minyak ayam 1 senduk dan tumis bawang putih bersama halia hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam. Gaul bagi bersama bawang putih dan halia. 
  5. Terus masukkan sos tiram, kicap cair dan lada hitam. 
  6. Masukkan bancuhan tepungbjagung bersama ¼ air. 
  7. Gaul dan tunggu hingga mendidih.
  8. Masukkan bawang dan cili padi.
  9. Tutup api dan boleh di makan bersama nasi panas.
  10. Saya tak masukkan garam sebab ayam dah peram dengan garam dan kunyit. Kicap dan sos tiram pun dah sedia masin.


Selamat mencuba ✌

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...