Monday, February 13, 2017

Persiapan majlis hari lahir 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang dah Februari. Bulan depan Mac, birthday dua² anak jatuh bulan Mac. Anas awal bulan, Auni hujung bulan. Plan nak buat majlis sekaligus dengan kenduri doa selamat dan kesyukuran masuk rumah. Bulan Mac 2017 cukup setahun pindah masuk rumah, Auni setahun, Anas 4 tahun. Dari Disember tahun lepas lagi saya dah mula catat dan blogwalking tentang persediaan majlis. Apa yang perlu, apa yang tak perlu. Bincang dengan husband dan buat anggaran bajet. Hubungi beberapa orang yang ada kaitan. Jom tengok apa persediaan yang saya buat.

1. Tarikh, masa dan lokasi majlis

Ini paling penting. Kena ada tarikh bila nak buat. Masa nak buat, contohnya masa makan tengah hari ke minum petang ke malam. Ini untuk menu makanan nanti. Decide lokasi di mana majlis nakbdi adakan. Macam kami decide majlis bulan Mac, waktu 12 tengah hari hingga 5 petang dan lokasi majlis rumah kami sendiri. Tarikh majlis 3 kali tukar atas beberapa sebab. Itu lah pentingnya perbincangan bersama keluarga. Majlis tu nanti tak bertindih dengan majlis saudara lain dan aktiviti ahli keluarga lain.

2. Katering

Dah tahu waktu majlis boleh la survey katering. Majlis saya tengah hari kena ada menu berat. Survey la katering yang menu dan harganya bersesuaian dengan bajet anda. Katering kena bincang awal untuj lock date majlis kita. Tambah pulak kalau majlis buat masa cuti am atau cuti sekolah. Rate harga sekarang dari Rm7 - Rm10 / kepala. Ada juga katering bayaran ikut lauk kita nak. Masa majlis dulu² kami ambil yang ni. Tapi jadi susah sebab kena fikir nak sedia air apa dan bancuh air bila habis. Katering kali ni siap makan sekali air. Tapi saya stand by juga air. Incase apa² jadi kan.

3. Photographer

Ini tak wajib. Ada bajet lebih boleh hire. Saya memang hire sebab majlis birthday anak² belum tentu nak buat setiap tahun. Dan moment masa majlis tak dapat diulang. Jangan harap ada orang nak tolong snap aturan majlis dari awal sampai habis macam yang kau nak. Silap² gambar tuan rumah langsung tak de. Harga bergantung pada pakej yang di ambil. Saya biasa ambil pakej shoot & burn je.

4. Khemah

Ini pun antara yang wajib dan penting. Takkan tetamu nak makan dalam rumah semua. Tak muat kot. Kecik je ruang tamu dan dapur. Pastu kena bersila di lantai, tak selesa untuk orang² tua. Nak makan kat sofa pun tak muat. Elok sedia khemah di luar rumah. Masa cari khemah tanya siap² kerusi meja sedia berapa. Meja untuk katering letak makan pun kena ada. Mintak extra meja dan kerusi. Lepas tu make sure ada kain meja. Pernah terjadi, khemah tak bagi kain meja. Kena laa runner pergi beli kain meja. Kan dah buang masa. Macam kali ni, husband nak khemah ada skirting. Khemah biasa² je. Tak de nak halfmoon ke apa ke. Janji ada kipas yang berfungsi. Rate harga survey area sini RM300 untuk sebiji khemah. Kami nak 2 biji khemah.

5. Candy Buffet


CB dah macam kewajipan bila buat birthday. Saya pernah buat masa 2nd birthday Anas. Rasa mudah. Tak perlu pening-pening fikir backdrop. Kena hias la sikit bagi nampak suasana birthday. Tak kan nak tangkap gambar tak de apa² hiasan. Tambahan pula Kali ni sambut serentak 2 orang anak. Saya survey beberapa orang untuk CB ni. Pelbagai pakej jumpa. Dari RM200 - RM800. Bajet saya RM300 je. Memang ada pakej below bajet tapi harga tu belum masuk cas pengangkutan dan backdrop.

6. Jemaah masjid / surau untuk bacaan Yassin dan doa

Ini antara yang penting jika buat majlis kesyukuran. Lebih afdal setiap majlis ada bacaan doa. Boleh je ahli keluarga sendiri bacakan doa dan yassin. Kami memilih untuk menjemput jemaah surau di Taman ini untuk bacaan Yassin dan doa. Selain dari bersedekah, dapat juga mengenali jiran tetangga.

7. Goodie bag


Majlis hari jadi sinonim untuk party pack buat kanak². Kami bagi goodie bag pada mereka. Cuma isi dalam beg belum pasti nak bagi candy atau barang². Yang dah beli brown paper bag je. Nak deko ke tak still pending.

8. Kad jemputan / e-kad

Yang ni KIV. Mungkin perlu print jemputan atau guna e-kad je.

9. Kek Birthday

Benda wajib ada dan paling penting. Husband inform kek camna dia mau dan bajet. Dia nak fondant dengan bajet RM250. Saya tanya 3 bakers. 1 bakers bagi harga yang kami nak dengan saiz 8". Seorang lagi over budget. Seorang lagi harga lebih murah dengan saiz lebih besar.

9. Lain²

Antara barang² lain yang perlu standby. Contohnya plastik sampah, mangkuk, pinggan, cawan, sudu plastik untuk makan laksa dan tetamu yang datang kemudian. Tisu untuk lap tangan. Air mineral untuk tetamu yang tak minum minuman manis. Kordial dan gula untuk tetamu yang datang lewat atau saudara yang bermalam di rumah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...