Monday, May 29, 2017
My Happy Parents di Bukit Tambun
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sabtu lepas, 20 Mei 2017, kami pergi ke EcoWorld Gallery di Bukit Tambun. Saya nampak update di FB, promo event mereka, dengan theme Superhero. Cakap kat husband, boleh bawa Anas ni. Sesuai sangat dengan dia. Mula-mula tak clear sangat aktiviti tu. Saya PM FB dan baru clear dengan jadual mereka. Sabtu bawa Anas pergi.
Ini kali ke3 kami ke sini. Kali ni expectation kami sama macam dulu. Orang ramai, parking jauh. Sekali masuk, clear. Ada 2 orang je couple tengah bergambar. Siap dapat parking depan lagi. Anas dari dalam kereta dah nampak egg superhero bertaburan. Husband minta tunggu nak pasang strolle untuk Auni pun tak nak tunggu dah. Cuaca panas, orang kurang. Untuk bergambar memang cun, tapi berpeluh² kami 4 beranak.
Snap photo lebih kurang, layan Anas nak bergambar dengan egg mana lepas tu rest kat tempat teduh. Tapi Anas dengan Auni excited nak pusing sana sini. Ikut jadual karakter superhero datang 3 petang. Tunggu sampai 3.15 tak de pun. Husband nak ajak balik dah. Dia tak tahan panas sangat. Dia ajak masuk ke galeri. Ada aircond situ. Rupanya karakter ada dalam tu. Seronok la Anas jumpa karakter semua tu. Ada game juga yang boleh join. Setiap game kalau main complete dapat 1 cop. Cukup 4 cop boleh claim hadiah. Yang Anas berjaya main satu je. Lain² gagal, tak dapat la hadiah.
Then superhero keluar dekat egg mereka. Anas ajak ke situ tapi husband tak nak dah. Nak ajak gerak balik. Orang pun dah mula ramai, parking kat dalam pun dah full. Event ni berlangsung selama sebulan, setiap sabtu dan ahad. Ada pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan parent. Kami pergi awal² sebab nanti dah nak puasa. Tak mampu nak berpanas masa puasa.
Labels:
bukit tambun,
Eco world,
happy family,
jalan-jalan,
keluarga,
outing,
penang,
spend time with family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)