Tuesday, May 30, 2017

3 Ramadhan 29/5/2017

Hari ini 3 Ramadhan dan hari bekerja. Sempat tidur 2 jam saja. Anas dan Auni yang sangat ligat bermain. Tidur² ayam je. Alarm 5 pagi dah bangun, takut terlajak. Panaskan lauk semalam, hidang dan panggil suami. Waktu masih panjang dan makan dengan santai. Sempat ambil jus kurma untuk tenaga. Sementara tunggu nak subuh, saya sempat iron uniform.

Lepas solat Subuh, gerak dari rumah. Hujan renyai². Jalan masih lengang. Sampai di hospital belum jam 7. Husband masuk kerja 7.30pagi. Alhamdulillah kerja ok hari ni. Pesakit tak ramai. Sempat siapkan census bulanan klinik dan emailkan kepada pegawai. Tapi mengantuk sangat². Sempat pejamkan mata 10 minit waktu rehat. Petang kerja pun not bad.

Balik 4.30petang, jalan agak sesak. Ye la, rata² pekerja pejabat balik waktu itu. Lebih sesak bila laluan saya ada pasar ramadhan. Sampai rumah selesaikan susu untuk Auni esok hari. Packing barang masuk kereta. Husband sampai terus gerak balik rumah. Husband siap² beli menu, sup daging dan urat.

Sampai rumah masak nasi. Naik atas solat dan rehat sekejap. 7 petang turun masak air, siapkan hidangan. Suapkan Auni dan Anas makan. Minum air setelah azan dan saya Solat dulu. Dah 3 hari puasa, saya amalkan camtu. Solat dahulu sebelum makan. Supaya nanti lepas makan tak la malas dah nak solat. Selain nasi, sup, ada juga mi hailam dan puding nestum saya beli si tempat kerja.

Husband rasa tak sihat, tak selesa badan nak pergi Tarawikh. Dia rehat je di rumah. Saya tarawikh di rumah. Dan selesai 3 Ramadhan. Jumpa esok 😊


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...