Wednesday, May 31, 2017

4 Ramadhan 30/5/2017

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Bangun seawal 5 pagi. Lebih mudah sebab semalam tidur awal. Panaskan lauk, nasi dan masak air. Elok hidangkan atas meja, dengar suara Auni. Macam dekat je suara dia. Cepat² tutup semua api dapur dan naik atas. Nampak dia kat depan tangga dah. Nasib la cepat, kalau tak jatuh tangga. Bf dan tidurkan Auni dulu. 5.15pagi baru selesai tidurkan Auni. Husband dah turun dulu buat air. Sahur dengan menu sama masa berbuka, nasi, sup dan ikan masin.

Masa kerja husband call cakap tempat kerja dia buat moreh hari ni. Setiap staff dapat bahagian masing², so jangan beli lauk. 4 petang dia call semula, lauk belum siap. Kalau nak kena tunggu atau nak dia balik je. Saya decide balik je, bahagian hubby, bagi kat orang lain je. Husband singgah kedai tomyam selalu kami makan dan order set untuk 2 orang makan. Pick up 5.30 petang nanti. Settle semua urusan anak² kat rumah mak, kami ke kedai ambil makanan dan gerak balik rumah.

Semuanya harga Rm29 termasuk sirap
2 bungkus dan nasi.

6.15petang sampai rumah. Tengok tv, rest jap. 7 malam turun semula hidangkan lauk, masak nasi dan jerang air. Jiran datang bagi cucur. Alhamdulillah rezeki. Lepas berbuka, solat dan kemas meja, naik atas bilik rehat. Husband tak pergi tarawikh. Saya sangat letih dan mengantuk. Husband suruh rest je dulu. Saya terlena hingga 1 pagi. Terjaga sebab Auni datang. Dia mengantuk tapi ada Anas dia memang tak tidur.

Pindah ke bilik lain, sekejap je Auni tidur. Kemudian Anas datang nak bf. Tabiat Anas kalau nak tidur kena bf dulu. Anas tidur dan pindahkan kedua mereka ke bilik tidur utama. Kemudian barulah saya selesaikan solat Isyak dan Tarawikh. Tidur balik 3 pagi.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...