Thursday, June 1, 2017

5 Ramadhan 31/5/2017

Assalamualaikum.
Semalam tidur 9.30 malam, bangun semula 1 pagi dan tidur 3 pagi. 5 pagi bangun semula untuk panas kan lauk, nasi dan jerang air. Lauk tinggal tomyam je. Lain² dah habis masa berbuka. Mata mengantuk sungguh. Makan pun tak selera. Kepala pun rasa berat. Lepas sahur tak tidur, kalau tidur lagi teruk mood seharian hari ni.

Masa kerja mengantuk sangat. Dapat lelap mata sekejap masa waktu rehat. Itu pun dah cukup. Sampai rumah pack semua dan tunggu husband sampai. Husband balik cakap nak buka puasa kat rumah mak je. Dia tak larat nak rushing balik rumah sekarang. Dia rest jap dan 6 petang kami keluar nak motor pergi pasar ramadhan area rumah mak. Tak banyak pun menu yang ada, peniaga pun tak ramai. Kami beli ayam percik bahagian dada dan tengkuk. Semua RM6. Murah. Lepas tu beli 2 biji murtabak, satu ayam dan satu daging.

Buka puasa berjemaah di rumah mak, makan berselerak, ada di dapur, ada di ruang tamu. Lepas selesai solat, makan dan kami gerak balik. Husband pergi tarawikh bawa Anas di surau taman kami. Saya tarawikh di rumah je.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...