Wednesday, June 7, 2017

12 Ramadhan - 7/6/2017

Salam 12 Ramadhan, hari ni birthday teman saya, Happy Birthday Suraya. Permulaan hari yang baik. Bila cukup tidur, semua akan jadi baik. Terjaga 4.30pagi, bf kan Auni. 5 pagi baru masuk dapur panaskan lauk, nasi dan jerang air. Menu sahur hari ni, makan nasi bersam paprik ayam. Saya minun air masak dan hubby minum teh ais + nescafe panas.

Kerja hari ni biasa je. Pagi di tempat selalu dan petang kena pergi tempat lain yang short of staff. Balik cam biasa 4.30petang. Juadah berbuka hubby beli di pasar ramadhan je. Sup urat dan daging. Balik rumah masak nasi je. Sempat saya buat cucur udang. Selain sup, hubby belikan juga pasembor dan kuew teow goreng. Untuk air saya buat soda herbs.



10.30 tidurkan Auni. Anas baru nak makan nasi. Lambat la dia tidur malam ni.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...