Friday, June 2, 2017

1st June 2017, 6 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni 1 Jun 2017, usia perkahwinan kami menginjak 6 tahun 5 bulan. Kami masih cuba meng'indah'kan perkahwinan kami.



Anas Syauqi dah 4 tahun 3 bulan. Kami masih gagal potty training dan gagal wean off breastfeeding. Lain-lain dia banyak cakap, hahahah.. Actually bagus banyak cakap tapi kadang-kadang kami kena sound dengan dia. "mama ngan abah ni banyak cakap la, diam". Tergamam kami, pastu gelak. Dia sound "kenapa gelak" 😑

Kisah Ramadhan kami,
Sahur tiada menu. Buat sup kosong dan goreng telur. Elok lepas hidang, Auni bangun dan saya makan sambil menyusukan Auni sebab dah 5.20 wakti tu. Anas memang tengah berjaga, entah kul berapa dia bangun awal tadi.

Alhamdulillah sepanjang siang hari saya tak dahaga mahupun lapar seperti awal² ramadhan hari tu. Balik kerja husband dah call kedai makan order menu dan akan pick up lauk 5.30 petang. Saya selesaikan urusan Anas Auni di rumah mak dan 5.20 kami dah ada kat kedai pick up menu. Husband order paprik seafood dan daging masak lada hitam.  Masing-masing harga RM5.

Kemudian singgah Pasar Ramadhan semalam kami pergi. Nak beli murtabak untuk Anas. Peniaga semalam dah tak de. Beli kat orang lain, mahal sikit, Rm3.00. Sampai rumah 6 petang. Sambil tengok drama astro, Semusim Rindu sambil buat kerja, masak nasi, basuh pinggan, kemas rumah, jerang air, buatkan air, hidangkan makanan dan berbuka sepeeti biasa. Anas dan Auni tak ganggu pun.

Malam letih sangat tidur awal. Ingat nak bangun semula solat Isyak dan tarawikh tapi sampai sahur baru terjaga. Sempat solat Isyak je lepas sahur.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...