Lama dah berangan nak ke PP. Tahun 2017 impian terlaksana. Betul² plan nak pergi lepas raya. Survey sana sini, blogwalking dan tercapai juga hasrat. Saya pilih PP kecil sebab senang dapat makanan. Kami ni kuat makan. Tengah malam pun nanti nak makan. Sebulan sebelum kami pergi PP, kawan saya dah pergi. Dia pergi bersama dua orang anak usia 4 dan 3 tahun. Saya banyak refer dengan dia. Lagi best dia pernah pegi PP Besar dan kecil dengan dua² anak dia. Sebelum ni saya risau juga nak travel pulau dengan 2 askar ni. Contact nombor bilik dan banyak maklumat saya dapat dari dia.
Bilik (3H2M) : RM300
Bot (2 orang) : RM120
Tiket taman laut (2orang) : RM10
Makan : RM 25
Bot ke Long Beach : RM40
Bilik book dengan Kak Su. Harga RM150/night. Sekali dengan bot RM60/seorang. Boleh je nak ambil snorkeling dengan dia. Harga RM40/seorang. Tapi sebelum pergi kami laki bini kata tak nak snorkeling. Gambar atas tu Kak Su yang bagi. Bilik air cond. Letrik 24 jam. Ini penting kot sebab cousin saya stay kat resort yang letrik xde bila malam. Pulau ni guna generator je. So jangan terkejut kalau black out. Air cond pun penting sebab PP panas. Kipas saja tak cukup. Lepas set date, inform Kak Su, dia cari bilik. Dah ada bilik bayar deposit RM100.
Masa tunggu bot |
11.30 pagi sampai di Jeti Kuala Besut. Kereta parking depan hotel yang stay semalam. Tak bayar apa pun. Atas risiko sendiri. Tawakal je. Masa sampai Jeti, ada beberapa cik abe datang tanya tentang bot. First tu blur. Ingatkan macam ulat² travel tu. Rupanya diaorang nak bantu tentang bot. Dengan bantuan mereka saya tahu saya naik bot dengan Ala. Tunggu dulu dalam Jeti. Bayar Fi Pemuliharan Taman Laut RM5 seorang. Jumpa Kak Su di Jeti. Bayar baki wang. 12.30 naik bot tapi 1 petang baru jalan.
Nasib tak pening naik speed bot. Auni lena. Anas excited. Sampai Jeti Kampung Nelayan 2 petang. Call tuan rumah, masuk bilik letak barang. Bilik macam dalam gambar. Towel dan sabun di sediakan. Cerek dan iron pun ada. Susah² je kami usung botol mineral. Boleh je masak air kat sini.
Kami pergi makan di Perhentian cafe. Lapar sangat masa ni. Order nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, nescafe ais dan limau ais. Sedap nasi. Husband pening naik bot, bungkus nasi. Masuk bilik mandi, solat dan rehat. Lepas asar jalan kat kampung nak cari por mandi. Tak de pun orang mandi. Tanya bot teksi, kat Long Beach ada orang mandi. Harga RM30 seorang pergi balik. Jalan lagi sampai masjid, tak de pantai pun. Nampak papan harga bot RM10 je ke Long Beach. Pergi tanya dan terus di bawa ke bot. Bot parking kat tepi masjid. Patut la harga lebih murah, bot persendirian punya.
Kejap je naik bot ni. Tak la laju macam awal tadi. Jaket keselamatan tak de ye. Tawakal je. Sampai Long Beach, ramai tengah mandi dan bersidai. Cari port, bagi Anas Auni main pasir dan mandi. Janji ngan boatman kul 7 datang ambil. Auni mengantuk dan sejuk. Menggigil dia. Anas memang teruja sungguh. Sampai nak ajak bergambar pun susah.
7 malam gerak balik Kampung Nelayan. Bayar RM40. Kami cadang esok nak ke kincir angin dengan boatman ni gak. Harga lebih murah. Masuk bilik mandi. Malam makan megi dan 9 malam semua tidur.
8/8/17 (Selasa)
Makan - RM76
Bot - RM50
10.30 pagi call boatman, nama Ala, cakap nak pergi snorkeling. Nego harga dapat la RM50 untuk kami dua orang. Harga yang Ala tawarkan lebih murah banding dengan Kak Su. Kami pergi makan dulu di Ada Cafe. Nasi putih 2, tomyam seafood 1, limau ais dan teh o ais laici. Rm26. Husband cakap mahal. Kedai semalam murah lagi. Kami plan husband je snorkeling. Saya tak berani + nak jaga anak. 11 pagi tunggu kat jeti dan adik Ala yang datang dengan 4 orang lagi yang nak snorkeling. Adik² dalam bot semalam gak. First dia bawa kami pergi Pantai Keke. Boleh snorkeling dan mandi laut sini. Ada pantai. 30 minit di sini. Anas Auni main pasir dan mandi air laut. Husband snorkeling kejap je. Dia tak sihat sebenarnya. Dari semalam lagi. Mabuk laut.
Tempat kedua fish point. Kawasan batu dan laut dalam. 3 orang adik² je yang terjun. Kami tengok je gelagat orang. Husband cakap nak muntah. Dia senyap je sepanjang perjalanan. Tempat ke tiga nama apa ntah. Ada penyu kat sini. Adik 3 orang turun la. Ada seorang tu jumpa penyu. Ramai ligan penyu tu. Terus dia malu. Kami tunggu atas bot. Masa ni Anas tetiba senyap. Auni dah tidur. Tanya Anas kenapa, tak jawab apa. Adik seorang tu pas minyak cap kapak. Sapu² sikit baru dia ok. Masa ni boatman inform ada bot terbalik area Kula Besut. Seorang mati, 2 cedera. Terus rasa takut.
Last check point, tak ingat nama. Pantai untuk mandi². Kejap je kat sini. Kejut Auni bagi bangun. Husband dah baring atas pasir. Saya je la yang layan anak². Cukup time gerak balik. Sampai jeti nelayan balik bilik. Mandi, sidai baju, solat dan rehat. Plan petang ni nak naik kincir angin tapi keadaan husband tak mengizinkan. Dia rest saja dalam bilik, saya bawa Anas Auni main playground dalam kampung ni. Sempat juga masuk kawasan masjid. Nak tengok sunset tak dapat lak. Terlindung. Lepas Maghrib, husband ok sikit. 10 malam keluar makan kat Perhentian cafe. Saya order sotong celup tepung, nescafe ais dan husband bihun tomyam dan limau ais. Esok dah nak balik. Nak pergi tempat lain lak.
Rajin-rajin jalan tanya owner bot harga dan nego la sambil senyum².
Jika diberi peluang ke PP lagi, saya tak nak tinggal di Kampung Nelayan. Mungkin di Long Beach sekali pakej makan atau tinggal di PP Besar di mana pantai yang boleh mandi dekat tanpa perlu naik bot.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)