Monday, August 21, 2017

TLM Food Beverage Expo dan TLM Baby Expo


Assalamualaikum dan dalam sejahtera.
11 hingga 13 Ogos ada 2 event di SPICE. Kami suami istwri berkesempatan hadir di kedua-dua event. Kami sampai di sana sebelum 11 pagi. Parking senang. Banyak je kosong. Pintu untuk dua² event belum buka. Kena line up. Kami decide pergi event Baby dulu. Masuk terus ke kaunter registration. Tujuan nak redeem goodie bag.


Kejap je beratur. Tunjuk IC, dan dapat goodie beg. Pusing-pusing survey harga diaper untuk Auni. Petpet lebih jimat dan hadiah sampingan banyak tapi cutting kecik. Kami decide ambil Drypers je. Jalan-jalan tengok booth lain.


Hajat nak cari legging untuk Auni, mandian dan minyak. Jalan seround dan husband ajak masuk food expo lak. Nanti baru datang beli. Masuk food expo, beratur untuk goodie bag sangat panjang. Huhu. Tapi beratur gak.


Lepas beratur terus pergi booth mushroom. Ada sampel boleh rasa. Kalau tak rasa pun memang akan beli. Masa food expo je akan beli. Kat luar mahal. Beli 3 packs rm25.


Mushroom ball dan bebola telur ikan dah pernah beli. Tau dah rasa sedap. Seaweed tu baru pertama kali beli. Rasa yang tester sedap. Terus ambil nak cukupkan 3 pack. Setiap belian dapat cooler bag. Saya dah ada 3 cooler bag biru tu. Then jalan terus, singgah booth yang jual frozen dumpling. Ini pun hanya akan di beli bila expo. Kat luar susah jumpa dan mahal. 3 pek RM20. Saya ambil pau cendawan, ada 12 pcs dan dumpling ayam lada hitam dan apa ntah satu g. Dua² tu dah pernah rasa dulu. Setiap pek ada 16pcs.


Stop di booth PaMa beli 1 pek dan ruski 1 pek. Setiap satu RM5. 2 tahun lepas beli kena tipu. Harga rm5 tapi bumgkusan PaMa dari 5 bungkus jadi 3 bungkus. Kali ni cek betul². Betul 5 bungkus baru proceed nak beli. Harga memang lebih murah dari pasaran.


Habis tawaf food expo turun ke baby expo lak. Husband tak larat jalan dah. Saya sorang je jalan nak cari legging untuk Auni dan mandian. Singgah booth Cute Disney beli twin refill pack head to toe RM15. Tak pernah beli jenama ni tapi sebab tak jumpa booth lain, ambil je la. Booth Pureen pun tak de. Biasa beli yang pureen je.



Jalan-jalan tak jumpa legging. Terus panggil husband nak pergi booth Drypers. Beli 4 pack free tshirt. Husband pujuk SA untuk tukar tshirt ke back pack tapi tak berjaya. Di cashier berjaya pujuk. RM125 harga di bayar.


Masa nak balik baru nampak booth Johnson². Mandian harga lebih murah RM11.99 dan ada jual minyak sekali yang juga twin pack RM11.95. Belian RM20 dapat syampu dan beg.



Kemudian cepat-cepat balik, husband nak solat Jumaat.

Ahad, kami ke sana semula untuk collect hadiah saguhati yang join di FB. Dua² even kami berdua menang. Hadiah boleh collect bermula jam 5 petang hingga 9 malam je. Bila pergi petang, susah nak park. Nasib la ada area yang baru di buka untuk park tapi jauh sikit nak jalan. Sampai terus pergi collect hadiah. Booth food kena snap picture.


Banyak booth makanan dah habis produk. Nasib kami sempat beli yang favourite masa Jumaat hari tu. Yang bestnya ada yg turun harga dan ada yang dapat extra. Wahh, penjimatan berganda. Beli biskut panda favourite Anas. Hari tu nak beli dah tapi tak de lak flavour favourite Anas. Kali ni dia sendiri pilih nak yang mana. Booth minuman coklat keluarga, dah habis produk tapi SA minta like FB mereka dan hadiahkan goodie bag. Dalam goodie bag ada penanda buku. Orang sangat ramai, kami bawa 2 stroller, sangat susah nak tolak. Semua berpusu-pusu.


Lepas tu turun tingkat baby expo. Saya terus pergi booth redemption. Tak perlu beratur. Hanya inform nama dan collect hadiah. Kat event ni bawa anas kat Play area. Main sand art kot namanya. Dah habis buat nak pergi masukkan dalam plastik, staf tu minta RM5. Aik, ingat percuma. Langsung tak de mention sekeliling yang bayaran di kenakan. Nasib la satu je ambil.


Habis di situ terus gerak balik.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...