9/8/17 - Rabu
Makan : RM 78
Tandas : RM0.50
FM : RM10
Hotel : RM106.27
Keropok : RM10
Megi Siam : RM20
Gula kabung : RM10
Tudung bawal : RM150
Dinner : RM56
Pagi ni bot balik ke Kuala Besut 12 tengah hari. Kak Su ada message pagi tu confirm nak balik bot kul berapa. Waktu bot 8pagi, 12 tengah hari dan 4 petang saja. Boatman akan tanya kita nak naik pukul berapa. Bilik kena check out 11 pagi, lebih baik ambil 12 tengah hari la. 10.30 pagi, kami dah keluar bilik, pergi food court di jeti nak minum. Tapi saya lapar. Tengok menu dan harga. Rupanya sini harga lagi murah dari kedai² yang kami makan sebelum ni. Saya order roti telur dan nescafe ais. Habiskan masa disini sebelum nak jalan pergi tunggu bot, 11.40pagi.
12.10 tengah hari, bot sampai. Perjalanan rasa lebih selamat. Bot tak di bawa laju. Boatman berhati-hati sebab petang semalam ada kes kematian bila bot terbalik. Polis marin pun ada memerhati. Alhamdulilah selamat sampai jeti Besut. Saya singgah beli cenderahati di luar jeti. Nak beli FM untuk diri sendiri. 3 RM10. Untuk mak dah beli di Pasar Payang. Ingat nak beli tshirt tapi harga mahal gak. Lepas tu jalan ke tempat parking kereta depan T'Hotel. Alhamdulillah kereta selamat. Risau gak apa² jadi sebab tak berbayar kan.
Teruskan perjalanan kami ke Kelantan. Husband dah book bilik di Tok Aman Bali Beach Resort guna Traveloka. Time check in 2 petang. Kami sampai awal. Husband just nak comfirmkan booking sebab pertama kali guna Traveloka. Sekejap je prosesnya dan bilik dah ready. Masa masuk bilik kesan basah mop lantai pun ada lagi. Lepas mandi solat kami keluar ke Kota Bharu. Plan asal nak pusing area hotel dan pantai berdekatan je. Esok baru nak jalan² Kota Bharu sekali gerak balik atau tidur semalam di KB tapi husband nak gerak balik dari Kelantan awal. Dia nak sampai rumah Khamis. Jumaat nak pergi tempat lain lak area Penang.
Di Kota Bharu kami ke Pasar Siti Khadijah. Anas dan Auni dah tidur dalam perjalanan. Letih mandi dalam tub. Saya seorang je turun. Nak cari tudung Bawal. Sini lebih banyak pilihan dan berbaloi. Grab 5 helai sama warna lain² corak. Kemudian beli keropok ikan, megi siam sekotak dan gula melaka. Ini semua barang orang pesan.
Lepas shopping, ajak husband pergi makan. Teringin nak makan nasi kukus Suriani depan kolej. Masih sedap macam dulu. Harga je dah naik. Husband ambil lauk sambal udang. Air teh o je. Harga semua RM14. Lepas makan singgah McD, cari bekal untuk Anas. Happy meal tak jual bila mainan dah habis. Beli je set ayam goreng. Balik hotel, nak bagi Anas mandi kolam. Pakai je baju yang tengah pakai tu mandi sebab bilik jauh nak naik turun ulang alik. Auni tak de baju tapi nak juga mandi bila tengok abah ngan abang mandi. Bagi la mandi kejap. Dah nak pukul 7 masa tu.
Tepi pool tengok staf tengah prepare makanan. Husband suruh pergi tanya function apa dan harga. Pergi reception dan tanya. Ada Mongolian Buffet, RM28 per head. Tengok menu dan proceed nak join malam ni. Baru nak jalan masuk bilik, hujan lebat. Masuk bilik, rest, mandi, solat. 8 malam turun coffee house. Buffet buat kat luar tapi sebab hujan pindah kat dalam. Menu ada nasi goreng, sate, fishball, kek. So far kami puas hati dengan hidangannya. Ada satu corner, kita pilih nak mi, kuew teow, megi, ayam, udang, sotong, fishball dan macam² lagi. Bagi dekat chef, chef masakkan dan hantar ke meja. Sedap. Macam char kuew teow rasa rencahnya.
Lepas kenyang, masuk bilik rehat, tengok tv, tidur.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)