Tuesday, August 29, 2017
Review novel : 10 - buku 1
Assalamualaikum.
10 adalah buku berkembar terbaru terbitan Jemari Seni. Berkonsepkan telenovela yang menghimpunkan 10 penulis yang merupakan penulis awal semasa JS bertapak dalam arena penulisan. Banyak kegemaran saya dalam ni. Novel yang tebal dan 2 buah memang mengambil masa bagi saya. Say mulakan pembacaan bulan Mei.
1. Garpu & camca - Hlovate
Ahmad Yani mewarisi kafe Garpu & camca setelah ahli keluarganya terkorban. Perkenalan dengan Husna bermula apabila dia memasak menu yang berlainan dari yang dipesan tetapi Husna makan tanpa banyak soal. Bermula hari itu dia akan masak menu berbeza dari yang di pesan oleh gadis itu. Mereka tidak pernah bertegur malah Husna juga tidak mengenalinya. Perbualan mereka bermula bila Yani tidak sengaja memecahkan 4 papan telur di atas kereta Husna. Mereka mula berbual dan jumpa titik persamaan mereka. Hubungan mereka terhenti bila Husna menyambung pelajaran ke luar negara.
2. Tenda putih rumah pengantin - Imaen
Ziyad jatuh cinta pandang pertama bila terpandang Raisya semasa majlis perkahwinan yang di uruskannya. Kemudian dia tahu bahawa gadis itu teman sepejabat rakannya, Husni. Sejak itu dia sering ke pejabat Husni dengan pelbagai alasan semata-mata ingin bertemu dengan. Raisya juga suka pada Ziyad akan tetapi dia sedar nyawanya tidak panjang. Dia nekad untuk tudak jatuh cinta pada sesiapa.
3. Menantu cikgu - Iman Xara
Fahim menziarahi bekas gurunya yang tidak sihat dan dia jatuh hati pada anak gadis gurunya itu bernama Wardah. Wardah yang pemalu dan sangat sukar untuk didekati. Sebagai langkah pertama dia melamar Wardah untuk bekerja dengannya. Ibu Fahim punya agenda ingin jodohkannya dengan anak temannya. Wardah pula telah di aturkan pernikahan dengan abang angkat oleh ibu ayah angkatnya.
4. Seperti sakura - John Norafizan
Sofia, gadis Jepun telah memeluk Islam dan jatuh cinta pandang pertama pads Aisy semasa melawat Malaysia. Mereka berkahwin, bahagia tetapi Sofia berubah bila keguguran. Aisy cuba pelbagai cara untuk pulihkan Sofia. Berjayakah dia?
5. Merah bunga kertas - Khairyn Othman
Hafiz berkenan pada Safiya, gadis di tempat kerjanya tetapi dibantah keras oleh ibunya bila mengetahui Safiyah janda anak 3. Ibunya ingin jodohkan Hafiz dengan bos di tempat kerja adiknya Asma. Asma yang tidak up to date mengikut penilaian Hafiz tetapi ada hati yang suci bila dia membesarkan semua adiknya selepas kematian ayah. Mereka bernikah tetapi Hafiz berterus terang dengan Asma niatnya hendak mengahwini Safiya.
Labels:
hlovate,
imaen,
manjlara,
noor suraya,
Novel jemari seni,
novel melayu,
novel tebal,
syud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi i am kavin, its my first occasion to commenting anywhere,
ReplyDeletewhen i read this post i thought i could also create comment due to this good post.
Hey very nice blog!
ReplyDeleteNak jual tak buku ni?
ReplyDeleteAda yg nak jual novel 10 ni tak? 🥺 mengharap sgt
ReplyDeletePM saya di FB. Miza Sasaki
DeleteHai miza,masih available novel 10?
DeleteDah jual
Delete