Tuesday, September 5, 2017

Rak buku #rumahAnS


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Dulu masa belum ada rumah berangan-angan nak ada library sendiri yang di penuhi novel dan sofa untuk membaca. Masa beranga-angan tu masih bujang. Lepas dah kahwin dan beranak dua, tahu dah impian tu mustahil. Nak membaca pun dah tak sempat sekarang. Tapi Koleksi novel masih disimpan rapi. Beberapa dah let go. Bila dah pindah, angan-angan masih ada tapi tahu mustahil nak di jadikan kenyataan di sebabkan beberapa masalah.


Untuk permulaan saya cadang nak beli rak buku dulu untuk tempatkan koleksi novel yang tak seberapa. Novel yang dikumpul sejak saya berumur 18 tahun. Lepas SPM, sementara nak belajar, kerja dan kumpul duit. Target sebulan satu novel. Masa tu kenal Ahadiat Akashah je. Kemudian semborono je beli novel. Lama-lama saya dah kenal penulis dan ada favourite. Sekarang novel dalam simpanan saya semuanya yang favourite dan saya suka jalan ceritanya. Mana yang kurang gemar banyak dah let go.Beberapa kali ke kedai perabot saya mencari rak atau kabinet yang bersesuaian untuk novel saya. Mulanya rancang nak yang ringkas je macam gambar di atas.Tapi bila buat survey dan fikir-fikir nanti susah nak cuci. Pastu fix di situ. Tak leh nak ubah-ubah lokasi lain. Mana tau, kot bosan tengok yang sama je. 

                                                    

Lepas pindah, rajin² la jalan² survey barang rumah tapi masih belum jumpa almari buku yang berkenaan. Satu petang tu, hubby ajak pergi cari barang untuk rumah abang dia. Nak cari barang basic untuk bagi sewa rumah dan saya jumpa almari buku yang saya berkenan. Masa tu hubby tengah negotiate perabot untuk rumah sewa dan saya seorang je jalan² keliling kedai yang besar tu. Terus bisik kat hubby minta dia tanya harga. Kalau ikut harga yang tampal pada almari tu over budget. Harga yang pamer kat rak RM415.


Minta husband risik² harga sebab dia tengah deal beberapa barang yang dah confirm nak ambil. Sebab dah confirm ambil beberapa perabot, dapat la murah sikit harga rak tu. Terus bayar dan malam tu juga rak di hantar ke rumah. Masa sampai tu terus mintak pekerja angkat naik atas tempat yang nak letak rak. Mudah sikit kerja. Malam tu, Anas rasmi dulu letak mainan dia. Novel saya masih dirumah mak. Lepastu baru ambil sikit² novel. Nak susun pun ambil masa juga. Ye la, tunggu anak tidur dan masa terluang. Lepas dah susun lebih kurang siap la. Sofa lama ada la letak tepi tu sebab tak de tempat. Boleh la jadi macam yang saya nak. Ruangan membaca saya 😊


                                                     






0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...