Wednesday, November 8, 2017

Jalan-jalan Makan angin - #AnSHoliday - GM Klang, Ikea - Day 4

24/10/2017 - Selasa

FM : RM13.70
Tol : RM56.20
Minyak : RM84.40 (38.9liter)


6 pagi bangun, hajat nak tengok sunrise tapi hujan. 8 pagi peegi breakfast. Banyak pilihan makanan, roti, nasi lemak, nasi minyak, sup, bubur, buah, salad, cereal, sosej, bakon,  baked beans. Air ada banyak pilihan. Fresh milk, soya bean, fresh orange, guava, teh tarik, kopi dan espresso.


Lepas makan, mandi kolam. Tempat makan depan kolam je. Nak mandi kemudian makan pun boleh. Sejam juga mandi. Lepas mandi masuk bilik mandi, kemas barang dan 11 pagi checkout. Sementara tunggu buggy saya masuk kedai cenderamata beli fridge magnet. Buggy hantar ke lobi dan di lobi kami tunggu van bawa kami ke tempat parking kereta. Simpan barang dan terus ke Pantai Bagan Lalang. Berhenti kejap je, snap gambar dan terus ke GM Klang.


Perjalanan kurang lancar. Banyak kereta dan hujan lebat. Anas Auni dah tidur dalam kereta. Rupanya ada kemalangan di lorong sana.
1 petang sampai GM Klang. Parking dalam bangunan. Bayaran parking RM2 untuk 5 jam pertama. Dan maksimun RM4. Fix payment everyday. 3 petang turun makan tengah hari di restoran yang sama macam tahun lepas. Restoran Mak Bee kot kalau tak silap namanya. Lepas makan sambung shopping.


Anas dapat 2 mainan, 1 selipar, Auni sepasang baju, saya sepasang baju dan husband selipar beserta kurta. 5petang keluar GM Klang. Singgah isi minyak kemudian teruskan perjalanan ke IKEA Damansara. Sampai Ikea 5.30 petang. Terus tuju bahagian barang nak beli. Teringin meatball. Gigih beli bekas. Lepas bayar, naik atas pergi beli meatball dan chicken wing. Gigih naik turun lif sebab confius. Dah la usung Auni. Dia tengah crancky nak tidur.


7.45 malam keluar dari Ikea dan drive ke utara. Mula perjalanan struggle. Anas yang tidur sepanjang dalam Ikea dah terjaga. Mula mengamuk,Auni lak tengah mengantuk. Alhamdulillah, lepas 20 minit dua² dah ok.

10.30 malam masuk Taiping. Husband nak makan Yong Tau Foo.
10.45 sampai kedai yong tau foo. Beli bungkus je. 12.10 tengah malam sampai rumah.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...