Friday, November 10, 2017

Review Novel : Antologi Cinta Dia 2


Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Masih membaca dan karya poreng kertas menjadi pilihan. Best! Tak pernah rugi membeli.

Marry Ku Ril - Hezzy Azra
Tengku Azril bercerai dengan Jane selepas 15 tahun berkahwin. Dia berjaya memelayukan Jane tetapi gagal menjadikan Jane taat pada agama. Bila Jane tidak lagi menghormati ibunya dia nekad menceraikan Jane dan anak-anaknya di ambil bagi mendidik mereka menjadi umat Islam. Edrina pula berpisah dengan Taj kerana orang ketiga. Ku Ril dan Edrina diperkenalkan melalui Zahara dan Farid. Hubungan mereka lebih rapat selepas perkahwinan Farid dan Zahara. Bagi Ku Ril, dia sudah tua untuk bercinta lama-lama dan Edrina rimas dengan gangguan Taj yang ingin rujuk kembali. Ku Ril nekad melamar Edrina sebagai ibu kepada anak-anaknya. Bekas isteri Ku Ril mula masuk campur bila tahu mereka ingin berkahwin.
Aku Bukan Dewa - Lynn Dayana
Kisah ini sambungan dari ACD, kisah 4 sepupu Ai, Benz, chairyl dan Amri. Benz menerima tawaran Faizal untuk satu misi rahsia. Dia bekerjasama bersama Emma, wanita yang tidak percayakan lelaki akibat kisah silam. Antara mereka wujud Inara bersama pembantunya Julia. Hidup Benz dan Emma berputar kerana Inara, malah menyebabkan mereka rapat. Semuanya berubah bila Benz menuduh Emma pembunuh.

Nak tau kesudahannya? Boleh dapatkan dari penulis 😆
Confirm best. Tak rugi beli

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...