Friday, January 19, 2018

Kisah Dapur


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Model : Effegi Hob Ect 200 (2 burners)
Harga : RM390
Waranti : 2 tahun

Entry tentang kitchen cabinet di SINI . Ada juga saya cerita kisah beli dapur. Dapur beli penghujung bulan Januari 2016, menjelang Disember 2017, dapur dah mula tak cantik performance. Waranti dapur 2 tahun ye. Sumbu nyalaan api dah tak menyala sepenuhnya. Lebih teruk bila buka api kecil. Side kanan burner hanya menyala separuh. Bila guna dua² burner, salah satu meletup dan terus terpadam. Terus inform husband nak call kedai, nak claim warranty sementara belum tamat.

Bila buka api slow

Husband call JES Kitchen, kedai yang beli dapur minggu akhir Disember. Katanya akan datang rumah selepas check semua data. Lepas 2 minggu tak datang pun. Husband call lagi dan staf kedai terus bagi contact nombor dealer Effegi. Call Effegi, diberi nombor technician, iaitu staf yang akan ke rumah customer bila ada aduan. Rupanya dia tak tahu kes kami. Dia boleh datang rumah sebelum jam 6 petang tapi kami tak de kat rumah. Husband minta datang sabtu. Jumaat husband call untuk remind tapi tak berjawab. Sabtu dia off telefon. 10 pagi baru dapat cakap dan dia terlupa. 12 tengah hari dia call nak datang petang. Husband minta datang sebelum 2 petang sebab kami ada urusan lain.


Bila buka api half

1 petang technician datang dan tengok masalah dapur. Husband saja dengan dia, saya di atas dengan anak². Katanya minyak terlalu banyak di lubang nyalaan api. Masalah itu punca dari pengguna, waranti tak cover. Technician minta RM100 untuk selesaikan masalah tersebut. RM60 untuk servis dan baki untuk transport. Terkejut saya bila husband beritahu bayaran yang perlu di buat. Pada fikiran saya selagi ada warantu, tak kisahla rosak apa pun semuanya tak perlu bayar. Tak pernah lak saya tuang minyak dalam lubang api tu. Nak buat apa tuang? Tak logik kot. Saya cakap pada husband tak perlu servis.

Husband naik semula dan katanya bayar RM70 saja. Technician bawa balik dapur dan repair kat rumah dia. Hari Selasa dia pulangkan semula. Husband kata kalau tak bayar RM70 untuk servis, masih kena bayar RM40 untuk transport charge datang inspection. Masa beli 2 tahun lepas tak de pun pekerja JES Kitchen beritahu. Nak tak nak still kena bayar juga kan? Nasib la bila kami cakap tak nak dengan bayaran RM100, terus dapat diskaun RM30. Bayar RM30 je dulu, dia ambil bawa balik dapur. Baki bayaran hari Selasa masa hantar dan pasang dapur. Siap pesan lagi, kalau Effegi call cakap masalah dah settle. Nampak sangat buat side income.

Hari Selasa, hari dapur siap servis / repair, husbabd call untuk remind tentang hantar dapur. Katanya kena tambah RM20 lagi. Sebab? Ada kerosakan lain yang dia jumpa. Benda apa ntah crack ke pecah sebabkan selalu meletup. Husband malas bising dan ia kan saja. Janji nak hantar sebelum 2 petang jadi lambat lak hantar.

Pendek kata saya dah malas nak berurusan dengan manusia macam ni. Nasib baik bukan saya yang handle. Bukan saya yang communicate dengan mereka. Lesson learnt!

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...