Wednesday, January 17, 2018

Celebrate Birthday husband - The Gurney Hotel

Hiasan lobi hotel
9/12/2017 - Sabtu

Hotel (3H 2M) - RM358.03
Deposit - RM50
Cas tourism Penang : RM6

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah di panjangkan jodoh dan usia kami untuk menyambht hari lahir bersama-sama buat tahun ke 14. Tarikh birthday hujung tahun dan biasanya kami sambut sekitar utara je. Rasanya dah 2 tahun berturut di Penang. Banding dengan birthday saya dan anak², celebrate jauh sikit. Cuti sekolah kami elakkan dari pergi jauh². Kos penginapan mahal masa hari cuti. Bila celebrate dekat², saya book hotel special sikit kali ni.

Tilam king sesuai untuk kami 4 beranak
Kiri ada tingkap untuk monitor anak mandi

Kali ni booking hotel yang ada pool dan bath tub sebab Anas dan Auni suka berendam, mandi dan main air. Ambil 2 malam. Hari tu masa trip ke Selangor, husband cakap letih dan tak puas menginap. Tak sampai 24 jam dah pindah ke hotel lain. Booking hotel melalui Traveloka. Saya baru buka akaun dan dapat baucar RM80. Sebelum ni book guna akaun husband. Baucar traveloka seminggu je tahan. Lepas tu baucar baru. Masa mula² saya dapat baucar RM100, tapi masa tu belum decide nak stay hotel mana. Lepas dah finalize, baucar dah expired.


Sofa ni sangat selesa. Boleh guna untuk tonton tv
Atau baring for a nap

Dengan baucar Traveloka saya jimat RM80 untuk studio suite 2 malam tanpa breakfast. Boleh je nak jimat RM160, tapi kena guna 2 akaun la. Fikir² macam remeh lak nak check out 1 bilik 12 tengah hari then check in lagi satu bilik guna akaun lain. Dah 2 kali kena usung beg naik turun. Sekali harung je senang. Kalau nak keluar jalan-jalan pun tak terkejar-kejar nak balik bilik check out check in. Saya request katil
Coffee section, tall kabinet tu kosong. Ada 2 plug.
Not sure function apa.
Simpan luggage kot
Saya pilih the Gurney hotel untuk stay semasa birthday husband. Memang decide nak stay Penang je. Lokasi hotel je berbelah bagi antara Batu Feringgi atau georgetown. Bila bulan November berlaku banjir di Pulau Pinang, terus 100% decide nak stay area Georgetown. 

                                    Bath tub jacuzzi dengan malfunction blind


Hari check in kami bergerak dari rumah 1 tengah hari. Pergi makan dulu di Texas Chicken. Sampai Hotel tepat 3 petang. Ramai tengah punggah barang di lobi. Anas Auni tidur. Saya seorang je turun ke kaunter pendaftaran. Kaunter ada 3, yang beroperasi 1. Ada 1 customer tengah daftar masuk. Kemudian tiba giliran saya jam 3.20 petang. Saya tak bawa wallet cuma IC untuk urusan pendaftaran. Lepas siap registration, staf minta kad kredit. Saya tanya untuk apa, katanya booking melalui agen kena baki deposit. Dekat saya ada RM50 je dan dia terima booking dengan RM50.


Lepas tandatangan dokumen dan dapat resit booking, dia cakap bilik belum siap dan kena tunggu dulu. Saya tanya berapa lama nak kena tunggu, katanya sekarang cuti sekolah, bilik semua penuh. Cleaning belum siap. Saya tanya la, time check in kan 3 petang, tapi tak leh masuk 3 petang, check out sebelum 12 suruh keluar dah. Dia bagi extra 1 jam check out nanti. Mungkin sejam lagi baru boleh masuk dan staff akan call bila bilik dah ready. Saya tanya sekali request saya untuk katil dan sea view, katanya, depends, tak semestinya dapat.



Saya masuk kereta, inform husband dan kami round sekitar hotel. 4 petang balik semula ke hotel. Husband punggah barang. Saya panggil staf untuk bawa troli beg. Troli habis guna. Saya jaga la kejap barang. Kemudian ada guess yang check out, saya panggil untuk ambil beg kami dan terus ke kaunter registration. Ambil kunci dan nombor bilik. Husband parking bahagian basement hotel. Memang disediakan untuk guest. Masa check in kena bagi nombor plat kereta. Dekat lobi minum welcome drink yang di sediakan dan tunggu lif.

Wardrobe dalam toilet ye.

Masuk bilik Anas dan Auni excited tengok bath tub terus minta nak mandi. Bagi diorang mandi dan husband rehat. Lepas solat Maghrib gerak ke Queensbay Mall untuk acara PDRM Fun Run. Hujan masa ni. Saya tak join, jaga anak². Kalau tak hujan nak gak join. Selesai acara, gerak balik hotel. Singgah kedai tepi jalan beli makan malam. Sampai bilik makan dan tidur.

10/12/2017 - Ahad


Kejut anak² bangun untuk mandi pool, ramai orang kat pool, side tepi pool tengah renovate. Kalau tak, banyak lagi aktiviti boleh buat. Air pool sejuk sangat. Auni takut dan tak nak sangat mandi. Anas memang excited. Naik slide gilir² dengan orang lain. Then gerak naik bilik sambung mandi dalam bath tub lak. Room service masa tu. Saya request toiletteries. Habis stok sabun, shampu dalam bilik dan yang bawa. Anas kalau mandi bath tub memang suka buih². Nasib la budak cleaner tu bagus. 3 set dia bagi siap air mineral lagi.


Lepas mandi siap nak pergi makan. Masuk queensbay, guna baucar US Pizza yang dapat masa register run. Makan situ je. Lepas makan ingat nak jalan² tapi Anas mengamuk. Belum cukup tidur, ngamuk la dia. Balik hotel je tidur dan rest. Malam husband je keluar dengan Anas cari makan. Saya stay dalam bilik dengan Auni tengok Gegar Vaganza. Aktiviti dalam bilik je malam ni

11/12/17 - Isnin

Saya bangun dulu kemas semua barang kemudian baru kejutkan yang lain². Budak2 bangun rendam bath tub dulu. Siap semua dalam 9 pagi check out. Tunjuk resit untuk dapatkan semula deposit RM50. Tapi kena bayar cas apa ntah untuk Penang tourism seorang RM3. Baki dapat RM44. Cakap kat husband nak makan roti canai transfer road. Sampai dah dan orang sangat ramai. Meja penuh, tengah beratur tunggu nak makan pun panjang.


Pusing balik ke hotel, makan dekat Kapitan belakang hotel. Lepas makan kat kereta siap dah kupon saman parking MBPP. Terus gerak ke Komtar untuk menjelajah The Top. Entri berkenaan The Top ada di SINI.

Saya senaraikan pendapat saya berkenaan Hotel ini. Ini hanya lah pendapat saya sebagai pelanggan di sini. Entri ini tidak di bayar. Mohon maaf andai ada salah dan silap.

Kebaikan

1. Ada welcome drink
2. Bilik ada banyak kemuduhan - iron + iron board, hair drier, toileterries (shower cap, cottin bud, shampoo, soap, liquid soap), kettle + coffee, tea set, sofa, television + astro channel, desk, meja makan, mini fridge, bath towel, side table lamp
3. Parking disediakan tapi tak banyak. Sapa cepat dia dapat.

Kelemahan

1. Wifi sangat slow. Setiap kali nak guna kena log in dan kerap disconnect
2. Tombol pintu bilik air loose + tak leh lock
3. Blind dekat tab jakuzi tak berfungsi. Susah nak tengok anak tengah mandi
4. Bising. Dengar bunyi jiran tutup buka pintu dan bunyi shower.
5. Lif kecik dan sikit

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...