Friday, March 16, 2018
Anas turns 5 - sambutan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni 1 Mac 2018, genaplah usia Anas Syauqi 5 tahun. Alhamdulillah, dengan Anas kami timba pelbagai ilmu ke ibubapaan. Sama je macam ibu bapa lain bila ada anak sulung. Sekarang dia dah besar, dah jadi abang dan satu hari ni dia akan jadi pembimbing juga pelindung kepada kami dan adiknya.
Tahun ni tiada sambutan besar-besaran. Tahun lepas dah buat big celebration. Tahun ni cuma sambutan di Taska Kemas. Baru 2 minggu Anas di sana. Saja nak bagi dia rasa pengalaman lain. Biasanya kami sambut bersama keluarga. Dia pun dah 5 tahun, dah faham banyak benda. Saya beli sebiji kek coklat dan hantar masa minum pagi.
Saya cuti hari ini, 8 pagi hantar Anas ke Taska. Lepas tu selesaikan urusan Tabung Haji. Balik rumah balut fail Anas, 10 pagi ke Taska. Ingatkan minum pagi 10 pagi. Rupanya 10.30 pagi. Tunggu la sekejap kat situ. Nak ulang alik balik rumah malas dah. Kemudian cikgu panggil untuk snap gambar. Makanan dah hidang kat semua. Lepas bergambar, semua sambung makan. Saya pun gerak balik.
Birthday Anas Khamis, Sabtu malam kami pergi makan². Hanya kami berempat. Makan western. Plan nak pergi kedai lain, tapi bad review, pergi la kedai lain. Kedai yang biasa kami pergi. 2018 kami sambut secara sederhana. Hadiah janji bila dapat gaji. Macam biasa Anas nak mainan. Mainan masa bukan birthday pun ada beli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)