Monday, March 19, 2018

I ❤ Penang Run 2018


I ❤ Penang Run 2018
11/3/2018
Flag off : 7.30 pagi
Padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi
6km

Register dari Januari dengan Bayaran RM20. Bayaran murah kena grab cepat. Nanti cepat je habis slot. Collect baju hari kedua di bahagian Seberang perai, MPSP Perda. Ramai sangat orang masa nak ambil baju. Beratur dari dalam bangunan hingga luar bangunan. Nasib saya baik sebab kawan husband dah beratur awal. Masa saya sampai, dia dekat nak sampai turn dah. Saya terus masuk pas resit pada diorang. Kami saja collect 20 baju.


Kami sampai di kawasan Event sebelum 7 pagi. Pusing cari parking. Ingatkan sampai awal ada lagi parking, rupanya dah penuh. Nasib la orang kawasan sini. Tahu la lubang² rahsia. Berjaya park di kawasan yang dekat dwngan tempat flag off. Semua dah berkumpul di stage. CM Lim Guan Eng pun dah sampai. Selepas perasmian, 13000 peserta di lepaskan. Saya bersama suami. Anak² tinggal kat rumah mak. Cepat sikit kami bergerak. Pertengahan jalan husband lari dulu. Saya masuk jalan short cut dan husband sampai dulu. Dia collect medal dan lepas kami sampai, selfie sat dan terus gerak balik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...