Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penghujung Mac 2018, bawa Anas dan Auni check up di Klinik Kesihatan. Auni untuk imunisasi dan Anas untuk tahunan check up.
Anas Syauqi
Berat : 13 kg
Tinggi : 102 cm
BMI : 12.5
Auni Suraya
Berat : 8kg
Panjang : 79cm
BMI : 12.8
Penilaian perkembangan kali ni oleh Jururawat baru. Banyak la yang kena bersoala jawab. Cek Anas dulu. Nurse buat beberapa ujian dan lulus semuanya. Antara ujian yang dibuat :-
- Dia lukis segiempat dan orang lidi. Anas kena tiru lukis.
- Anas kena kira 1 hingga 10.
- Susun bongkah kayu ikut warna.
Saranan dari nurse untuk Anas minum susu untuk kuatkan tulang dan gigi. Kena ambil ubat cacing dan pemeriksaan mata. Dia banyak soal tentang tak refer Doktor bila berat masalah. Call Doktor tp Doktor suruh refer dietitian dulu baru jumpa dia. Dia bg masa 3 bulan. Habis Anas, giliran Auni pula. Saya minta husband bawa Anas ke Dental. Untuk Auni masalah yang sama macam Anas iaitu masalah berat. Nurse banyak la soala jawab berkenaan refer Doktor, darah, dietitian. Isu yang sama je. Dia akan ambil temujanji dan hubungi saya.
Lepas tu Auni kena imunisasi. Habis cucuk saya bawa dia ke Dental. Gigi Auni dah ada white spot bahagian depan. Mengikut Nurse, itu tanda gigi mudah pecah. Kalau gigit benda keras atau jatuh gigi akan pecah. Anas ada buaf prosedur tampal gigi yang berlubang. Anas seronok jumpa nurse Dental. Selesai di Dental pergi bahagian Pesakit luar untuk pemeriksaan mata tapi tak dapat nak buat sebab Anas tak kenal huruf. Kata Nurse OPD, pemeriksaan ni tak perlu buat. Kalau nak buat untuk kanak² yang dah kenal huruf.
Kemudian ambil ubat cacing dan gerak balik rumah sebab kami ada urusan lain. 2 hari lepas cucuk Auni demam, selsema dan suara bertukar. Ambil masa juga nak sembuh tapi walaupun tak sihat dia masih aktif seperti selalu. Ubat cacing hanya boleh diambil lepas sembuh dari demam.
I constantly emailed this webpage post page to all my friends,
ReplyDeletefor the reason that if like to read it afterward
my links will too.