Wednesday, April 4, 2018

Sambutan Birthday Auni Suraya 2 tahun


Asslamaualaikum dan salam sejahtera,
27/3/2018 genap umur Auni Suraya 2 tahun. Hanya sambutan kecil-kecilan saja antara kami berempat. Bajet kurang 😊


Lepas Maghrib bawa mereka ke Secret Recipe. Ambil 2 slice kek dan minta tulis sikit. Anas request nak sugar doll. Sebab birthday, layan la. Lepas tu pacak lilin. Lilin husband beli di kedai kek. Murah sikit banding ngan beli di secret recipe. Lepas tu order air dan snap photo mereka. Nyanyi sikit lepas tu tiup lilin. Seronok Anas dan Auni tiup lilin. Kek jangan kata la. Habis hancur lunyai diorang buat. Saya pergi tambah cordon blue. Padahal sebelum tu kata kat husband tak nak order. Banyak betul hasutan syaitan.


9.45malam balik. Kek yang dah hancur bungkus gak masuk dalam box. Sayang lak nak tinggal. Dah la mahal semua sekali. Nasib la birthday setahun sekali.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...