Monday, April 9, 2018

Unity Run


Unity Run Seberang Jaya
1/4/2018 7pagi
Hadapan Sunway Carnival Mall
5km fun run
RM 32.12


Pendaftaran dibuka sebulan sebelum acara. Biasanya event yang saya join daftar online melalui howei tapi event ni guna youvote pada mulanya. Masa saya nak daftar ada masalah. PC dan Fon ada masalah yang sama. Tengok di FB, ramai yang dah complaint. Rupanya link broken. Seminggu gak la baru ok semula tapi melalui ticket2u. Campur tax  harga yang dibayar RM32.12. Di link pendaftaran, dengan bayaran di atas akan dapat baju, drawstring beg, medal dan kupon.


Hari pengambilan baju iaitu jumaat dan sabtu. Saya pergi ambil Jumaat lepas balik kerja. Beratur kejap je. Saiz M belum ada. Kena tukar saiz S atau L. Tapi saya tak nak. Saya di minta tunggu tapi nasib saya baik, tak sempat ke tepi dah sampai. Sebelum baju sampai saya tanya tentang masa yang kena tunggu untuk baju tapi staf di situ sangat biadap dan tak beradab.


Terbangun lewat hari acara. Flag off 7 pagi dan masa tu kami masih mencari parking. 7.30 pagi baru flag off dan kami berada di barisan depan. Berpusu-pusu orang lari tapi kami jalan je sambil tolak stroller. Di penghujung saya short cut tapi husband teruskan larian. Lama gak la tunggu husband dekat finishing. Tak leh nak ambil medal lagi sebab wristband ada kat husband.


Lepas husband sampai, pakai wristband dan ambil non woven bag yang ada kupon, medal dan air. Janji untuk drawstring beg dan lucky draw tak de sampai habus larian. Lepas tu ada zumba. Kami terus gerak ke side sebelah lagi. Ada banyak booth antaranya SSPN,derma darah, sunway pals, saringan kesihatan dan banyak lagi. Saya daftar sunway pals. Pendaftaran percuma dan dapat 200 points percuma. Habis pusing semua booth kami balik. Sampai rumah tukar baju batu perasan baju tertetas jahitan bahagian lengan.


1 comment:

  1. Very descriptive post, I liked that a lot. Will there be a part 2?

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...