7/4/2018 - 7 pagi
Politeknik Seberang Perai (PSP)
Bayaran : percuma
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dan suami joim Fit Malaysia (FM) tahun ni. Ada 4 kategori iaitu 2 untuk berbasikal dan 2 untuk larian. Kami join 5km fun run. Tak mention tentang cut off time dan dapat medal tanpa bayaran. Kawan husband daftar under jabatan diorang. Pendaftaran dapat bib. Itu pun diorang tolong ambilkan.
Ikut tentatif pelepasan 5km yang terakhir iaitu jam 7.45pagi. Lepas subuh, hantar Anas Auni ke rumah mak dan kami naik motosikal ke PSP. Di pertengahan jalan, moto jem panas. Nasib la lepas tutup enjin dan start semula, moto boleh jalan balik. Parking senang je dengan motor. Orang dah ramai tunggu kat garisan pelepasan. Saya pun tak tahu yang mana satu 5km atau 10km. Dengar emcee beritahu sama² pelepasan 5km dan 10km.
7.40 pagi semua peserta dilepaskan. Nama je fun run tapi jadi fun walk sebab orang ramai sangat. Nak lari pun tak de ruang. Nasib la tak bawa Anas Auni. Mesti susah nak tolak stroller. Jalan raya tak ditutup. Berjalan la ikut tepi² kereta dan laluan depan rumah orang. Laluan parit, kampung dan taman. Ada water station, dapat 100 plus.
8.40 pagi sampai. Dari jauh dah nampak pack manusia kat pintu masuk Politeknik. Semua berkumpul untuk medal. Banyak juga la kami mencelah. Tak bawa anak senang nak selit. Kalau ikut turn dari pintu masuk memang sejam la baru dapat medal. Tunjuk bib, ada yang tanda bib dan sorang lagi hulur medal. Medal hulur kiri kanan. Belakang ada roti. Ambil je roti di taja oleh Massimo.
Lepas ambil medal nampak Khairy Jamaluddin tengah berucap. Banyak booth, banyak aktiviti dan kami terus gerak balik lepas ambil medal. Tak best lak berlama² bila anak tak dak sekali.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)