Wednesday, May 9, 2018

Trip ke Ipoh - Lost World of Tambun (Hadiah contest) - Day 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun lepas saya ada menang peraduan di Facebook dan hadiahnya tiket masuk ke Lost World Of Tambun (LWOT)  untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tiket saya terima 2/4/2018. Saya perlu gunakan tiket dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. So, kena pergi Tambun sebelum 30/4/2018. Discuss dengan husband, check website, call hotel, call LWOT dan kami pilih untuk ke LWOT 15/4/2018. Tiket cover untuk full day di LWOT. Siang boleh pergi water park dan aktiviti lain. Malam ada hot springs and Spa. Ada juga Night Park, fire show.


Siang kami dah penah pergi tapi tak pusing semua. Yang malam belum penah cuba. Info yang saya dapat dari LWOT sekali masuk tak boleh keluar. Kalau keluar nak masuk balik kena beli tiket lain. Rasa macam susah je nak stay dari tengah hari sampai malam dalam tu. Makanan pun mahal. Dah berendam mesti lapar. Staf LWOT kata kalau stay hotel akan dapat free entrance ke Hot Springs. Book hotel guna booking.com sebab di website LWOT kena guna akaun paypal. Di Booking.com guna debit card. 2 hari sebelum check in baru duit di potong dari akaun. Lepas 24 jam book saya tengok duit tak potong lagi, saya call LWOT hotel tanya tentang bilik. Ye la, nanti tak dak bilik, plan kami jadi lain lak. Lepas beri confirmation number dan ada reservation atas nama saya. Baru saya lega.


Plan saya hari check in kami masuk hot spring masa malam. Keesokkan harinya lepas breakfast guna tiket menang. Saya ajak husband pergi ipoh hari Sabtu. Jalan²dulu di Ipoh. Ahad baru check in hotel. Bayaran bilik RM240 termasuk tiket ke hot spring, breakfast, diskaun 35% ke water park dan 35% diakaun ke hot spring. Hari Sabtu semua bilik hotel full, kami ambil ahad. Sabtu pusing² Ipoh dan stay hotel lain dulu. 3 petang pergi LWOT hotel untuk check in. Lama gak beratur. Kaunter 2 dan line saya agak lambat. Dah buka kaunter tambahan baru laju. Saya request bilik dengan katil queen / king. Masa booking pun ada request tapi tak dapat. Semua dah full. Parking di sediakan. Masa check in kena letak nombor plat kereta. Receptionist inform yang bilik kami lebih dekat dengan PapaRich. Kami parking area situ je. Ada lif di sediakan. Masuk bilik rest dulu. Paksa Anas dan Auni tidur.


Remote control tv tak berfungsi, lepas tu nak complaint, telefon lak tak leh guna. Saya keluar dan guna telefon di koridor. Dalam 10 minit datang orang repair dan lepas tu dah boleh guna semula. Semua kelengkapan asas ada dalam bilik. Iron, hair dryer dan shaver pun ada. Saya ringkaskan mengenai LWOT. Ia terbahagi kepada 3 iaitu Hotel, theme park dan Hot Spring. Untuk malam ni kami hanya guna Hot Spring & Spa. Untuk malam beberapa tempat boleh masuk antaranya Saphira's Lair, Infinity Pool, The Geyser of Tambun, Lost World Steam Cave, Top of the world Pool, Saphira's Baby Pool, Foot Spa, Crystal Pool, Crystal Falls, Saphira's Twister, Emerald Lagoon, Sapphire Pool, Amethyst Pool, Topaz Pool dan Crystal Spa.


Lepas rest, solat, Anas Auni tidur, 6 petang kami siap² nak gerak ke Hot Spring. Jalan kaki je dari hotel. Pakai baju mandi siap-siap. Kami suami isteri guna tiket provided dari hotel. Anas kena beli tiket masuk sebab tinggi lebih 90cm. Untuk Anas hanya bayar RM30. Masuk je Anas Auni excited tengok air. Husband lak cakap terus je mandi. Tak nak jalan² ke bergambar. Nak enjoy mandi² je. Kami pergi yang water park la. Semua try. Auni paling suka sandy bay. Seronok main pasir. Anas sandy bay suka kids explorebay pun suka. Banyam slide dia boleh main. Air pun tak tinggi sangat. Memang khas untuk kanak-kanak.
Koupon dan tiket yang dapat masa check in
Lama gak la kami berendam. Bila dah gelap sikit saya suka bahagian hot water. Ramai kat situ. Banyak lagi port boleh pergi untuk Hot Spring tapi malas nak jalan. Dah balik baru fikir menyesal lak tak pusing. 9 malam ada fire show. Ada kerusi sedia depan stage. Persembahan selama 30 minit dari 3 orang. Habis show boleh bergambar dengan 'abang api'. Tak pasti la kena bayaran ke tak. Habis show husband ajak balik. Balik bilik bersihkan badan mandi dan rehat sekejap sebelum keluar pergi makan. Pergi makan kedai dekat-dekat hotel je. Cari yang tak ramai sangat orang.


Masa kat kedai ni kami order nasi, tomyam dan chicken mango. Anas muntah kat sini. Seluar basah, tak bawa pakaian spare. Masuk kereta pakaikan pampers. Tinggal baju dan pampers je. Luar kedai ada patung spiderman. Anas suka la tengok superheroes. Lepas makan balik hotel tidur.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...