Assalamualaikum dan salam Sejahtera,
Novel kedua dari karya penulis ni. Saya beli online novel direct dari penulis. Saya tak rasa saya nak beli lagi. Gaya bahasa penulis tak kena dengan jiwa saya. Mungkin sesuai untuk remaja.
Sinopsis
Ain, putus tunang kali ketiga. Emaknya pantang dia berkawan dengan lelaki nak suruh bertunang. Sudahnya bekas-bekas tunangnya kaki kikis, kaki pukul dan kaki perempuan. 3 kali putus tunang juga menyebabkan dia resign 3 tempat kerja. Kerana dia yang menanggung semua perbelanjaan keluarga selepas bapanya meninggalkan mereka selepas berkahwin lain, dia nekad mencari kerja lain. Kebetulan bila tempat kerja Kak Bed, jirannya mencari seorang penyambut tetamu. Dia di temuduga oleh pemilik syarikat sendiri iaitu Tuan Azad. Tuan Azad pernah selamatkan Ain semasa dipukul oleh bekas tunangnya, Ain juga menjadikan Tuab Azad lambat bila parking di petak keretanya. Tuan Azad lelaki 40 tahun, matang dan beruban yang menjadi dambaan Ain. Tuan Azad juga diam-diam jatuh cinta pada perangai sengal Ain. Kejadian mereka di tangkap selepas waktu kerja merubah kehidupan Ain. Ain di paksa kahwin dengan Cikgu Sudin, pesara guru yang gatal.
Kalau suka cerita sengal camni leh la beli. Saya tak suka gaya bahasa penulis. Dengan penggunaan hikhik nampak kebudak-budakan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)