Wednesday, August 8, 2018

Julai - sampel percuma, Giveaway, Contest, Freebies

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini antara hadiah dan barang yang diterima bulan lepas.

1. Autocity Car Carnival


2. Dashing

Isi form di FB dan terima sampel ni

3. Sensodyne


Letak gambar makanan yang buatkan gigi sensitif.

4. MITC Fair


Beg putih dapat masa bergambar di photobooth Australia. Upload kat Facebook dan #SeeAustralia. Lain² dapat dari booth participant.

5, 6. Iconic Hotel - Tag & Win Contest Week 3 & 4


Tag kenalan FB di post giveawat dan setiap minggu ada 3 pemenang. Saya menang minggu ketiga. Malangnya menang untuk seorang makan. Tak kan nak makan sorang²? Kemudian join nama husband, dia pun menang minggu selepas tu.



7. Caltex - Paywave mini contest


Jawab soalan bagaimana paywave memudahkan kehidupan seharian. Contest bulan April kot. Saya pun tak.perasan diumumkan sebagai pemenang. Dapat PM dari Caltex baru tau menang.

8. Michelin Questionairre


Jawab survey dari Michellin dan dapat mouse pad sebagai saguhati.

9. Mederma Kids Giveaway


Jawab soalan berkenaan produk Mederma dan 15 pemenang terima produk mereka.


10. Chomel


Tag 3 rakan pada post giveaway dan pemenang terima hand sanitizer.

 11. Sampel L'oreal Paris

 Saya dapat sampel untuk dicuba dari Home Tester Club. Lepas cuba jawab survey.

12. Sampel Dumex Dugro


Sampel dapat dari apps JAG. Lepas terima kena buat mission dan post di sosil media.

Itu saja barang yang di terima bulan Julai. Sekarang agak kurang sangat join. Memang tak da masa sangat dengan internet pun slow. Malas terus nak join. InsyaAllah kalau ada masa terluang saya join. Update blig pun secara pukal. Ada mood, line ok, handphone anak tak main boleh la update.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...