Wednesday, November 28, 2018

Pendaftaran Pra 2019 dan Tahun 1 2020


Bermula 1/3/18 dah boleh buat pendaftaran kemasukan Pra dan tahun 1 untuk kanak² yang lahir tahun 2012/13 (tahun 1) dan 2013/14/15 (pra). Saya pun gigih la daftar untuk Anas. Hari tu cuti. Ingat nak tunggu hari kerja baru nak buat. Nak guna PC tempat kerja je sebab tahu dah serves pantas. Saja la try buat guna fon. Eh, laju jugak. Buat je la guna fon.

Pra : https://eprasekolah.moe.gov.my/
Tahun 1 :  https://public.moe.gov.my/

Mula-mula daftar Id dan password. Lepas tu masuk nombor mykid anak. Untuk daftar tahun 1 ada 5 bahagian. Dari butiran peribadi anak, ibu bapa dan status vaksin. Banyak benda nak isi. Saya buat satu demi satu bahagian. Setiap bahagian boleh simpan dan bila log in lepas tu data tak hilang.




Lepas dah siap isi semua, submit dan print. Kena hantar ke sekolah yang kita daftar dalam masa 2 minggu untuk Tahun 1, untuk pra hantar sebelum Mei. Ada beberapa dokumen kena bawa bersama. Saya kirim dokumen bersama borang pendaftaran pada jiran saya yang bekerja di sekolah situ. Saya bagi yang fotostat saja. Borang pra hantar sekali tapi tak letak gambar pun. Lepas seminggu kawan saya inform yang kerani minta surat beranak original dan copy vaksin. Saya pass kepada jiran saya juga.


5 Ogos dah boleh semak online untuk kelulusan ke Pra Sekolah. Alhamdulillah Anas dapat. Ada surat sekali attach untuk sesi orientasi tapi tarikh pada surat 2017. Saya ada hubungi sekolah nak confirmkan tarikh. Pihak sekolah kata tunggu surat yang akan di hantar ke rumah. Hujung bulan, terima surat untuk sesi taklimat dan orientasi Pra.


Hari orientasi dan taklimat saya ke sekolah bawa Anas dan Auni. Pendaftaran dan semua murid dibahagi pada 2 kelas. Saya kena bawa gambar Anas 3 keping, beli buku dan tanda nama masa kemasukan bulan Januari. Anak-anak kena masuk dalam kelas dan ibu bapa kena naik atas untuk sesi taklimat. Saya bawa Auni naik sekali. Nasib la Auni behave. Ucapan dari Guru Besar dan PK HEM. Selepas itu penerangan dari guru Pra berkenaan sesi pembelajaran, peraturan dan lain-lain lagi. Taklimat selesai lepas 1 jam dan bersurai.

Lepas ni boleh survey beli baju. Uniform mereka ada lah tshirt berkolar putih dan seluar track bottom warna biru tua. Kasut bebas nak pakai putih atau hitam. Anas guna kasut yang beli masa Kemas, kasut baru je beli bulan lepas. Lepas ni dah tak muat baru nak beli yang warna hitam.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...