Tuesday, December 4, 2018

Food & Baby Expo 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1 Disember, saya ajak husband ke SPICE untuk 2 event, Food & Beverage Expo dan Todays Baby Expo. Dua² ni favourite event saya tapi yang baby Expo dan kurang minat. Harga online lebih murah. Selalu pergi nak collect goodies bag, free gift, sampel dan cuci mata je la. Kebetulan kali ni ada food expo. Food Expo ada few items saya aim nak beli. Sampai sana saya jalan dulu dengan Anas Auni sebab husband ke toilet. Habis satu round gak la saya pusing sebelum husband sampai. Pintu masuk ada booth Touch N Go. Banyak la promoter dan orang kat situ. Kena register apps TnG di phone, dapat free RM8 dalam eWallet dan free Oreo. Saya memang dah sedia ada apps, promoter buat sana sini untuk dapar free RM8 tapi tak lepas sebab new user saja layak. Dengan baik hatinya dia bagi 2 box oreo untuk Anas dan Auni.


Barang pertama yang beli di Booth Calpis. Kena hasut dengan seller (SA). Anas dengan Auni la minum bercawan-cawan dekat booth ni. Pastu kata sedap. Mama ni malu alah dengan SA, amik la se beg harga RM10. Harga air 2 botol tu. Dapat la free air mineral dan cawan tu.  Lepas tu jalan-jalan lagi, orang ramai gak tapi tak seramai macam sebelum ni. Masih boleh bergerak tolak stroller. Anas Auni banyak ambil sampel air je. Saya nak cari Dim Sum kat expo ni. Bila jumpa tak dak sampel nak rasa, tengah masak. Lepas husband sampai kami pusing sekali lagi dan dim sum masih belum masak. Saya malas nak tunggu terus ambil je. Sebenarnya dua flavour yang sedap tau dah. Cuma lagi satu tak tau nak ambil yang mana.


Rm25 utk 3 pack. Kat hospital jual
Rm1 sebiji
Habis 2 kali pusing Food Expo, kami pergi Baby Expo kat tingkat bawah. Orang tak ramai. Ramai lagi orang dekat Food Expo. Berjalan lenggang kangkung dalam tu. Yang tak bestnya SA susu, kredit kad, insurans dan Groller datang himpit. Bila tolak kata tak mau ambil susu, siap kena marah lagi. Dah inform anak breastfeeding pun nak paksa lagi ambil produk. Saya bertenggek kat booth tu sebab nak sampel Dettol. Sampel Merries dapat masa SA datang cerita promotion produk mereka. Saja minta sampel dan luckily dapat. Biasanya Merries susah nak bagi sampel.

Senua ni free

Kat baby Expo saya cuma beli baju untuk Auni di booth Pigeon. Baju tshirt RM5 sehelai dan baju tidur RM13. Dah balik rumah husband kata baju² macam reject kilang. Tak pe la, nak buat pakaian harian je.

Baju Auni RM5 dan RM13

Balik rumah terus masak dim sum. Kecewa tak sempat nak rasa kat expo tadi.


1 comment:

  1. bestnya murah2... suka gi expo cuma part cari parking malas hehe... anyway, sis dtg sini balas kunjungan n follow... salam kenal dan ada masa jemput singgah ke www.sishawa.com lagi ye TQ

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...