Monday, November 12, 2018

The Malaysian Big Latch 2018


Tarikh : 23 September 2018
Tempat : M Mall
Masa : 12 tengah hari - 4 petang
Bayaran : RM20

Majlis ni sepatutnya dijalankan pada awal Ogos tetapi di tangguhkan bila beberapa lokasi banjir. 6 lokasi di Malaysia serentak adakan majlis ni. Jam 3 semua ibu akan menyusu bayi bersama-sama. Saya sampai di M Mall pukul 1.30 petang. Salah masuk bangunan. Rupanya lokasi majlis di Penang Times Square


Sebab sampai awal, saya sempat melawat semua booth yang ada. Ada booth yang ajar cara urutan baby, kuiz berkenaan breastfeeding, kanggaroo care dan banyak lagi. Tapi booth yang ada tak sebanyak macam di The Top tempoh hari. Untuk kanak-kanak di sediakan play area. Kanak-kanak boleh main mini.playground dan mewarna.


Semasa datang saya daftar di kaunter dan dapat nombor tempat duduk. Dapat juga goodie bag dari sponsor. Orang Melayu tak ramai pun. Rasanya saya nampak 3 orang je. Majlis dirasmjkan oleh YB Chong Eng. Ada penyampaian hadiah untuk penaja. Auni tidur semasa menyusu. Saya pun tak perasan bila yang acara menyusu beramai-ramai di jalankan. Ramai sangat budak dan ramai menangis.


Anas dah boring kat play area. Husband bawa dia main kat area food court. Habis penyampaian hadiah, pergi ambil sijil kat kaunter pendaftaran. Habis ambil sijil gerak balik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...