Thursday, September 19, 2019

Ogos 2019 - contest, giveaway, sampel

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Beberapa bulan kebelakangan ni saya tak dak mood nak join contest. Bulan 8 bulan saya final exam, Raya Haji, end course, event di Sg Buloh dan percutian sebelum memulakan kerja semula. Mana yang dapat ni rentetan dari apply request on the spot atau bulan sebelum ni 

1. Top Up UMobile


Top Up RM30 Umobile di Tesco dan dapat bekas makanan kedap udara. Kebetulan yang jaga kaunter tu kenal saya, sebab pernah datang tempat kerja saya, dia bagi lagi satu ekstra merchandise Lion King. Saya pun tak tau sebenarnya apa tapi Anas ambil simpan mainan dia.

2. Sampel Libresse


Saya pernah post di entry sebelum ni, tapi kerap dapat. Bila kumpul² semua banyak tu dah. Ada je yg dah buka guna. Kalau nak jugak, pergi FB Libresse, jawab kuiz dan isi details. 3-4 minggu sampai la sampel.

3. Sunway Pals Point


Ni kali kedua say tebus point sunway pald untuk belian starbucks. Lama dah ada kad sunway pals. Jawab je survey yg terima melalui email. Pointvterkumpul boleh tukar. Nak tolak masa pembelian pun boleh tapi saya belum oernah guna. Biasa saya beli Starbuck je. Starbuck boleh redeem di Mall Sunway je. Outlet lain tak leh guna.

4. Ika hardware


Masa beli barang rumah di kedai Ika. Saya ternampak doll ni belakang kaunter. Saja la tanya camna nak dapat doll tu, dia kata Like FB Ika dan boleh claim. Terus saya Like dan tunjuk oada staf situ. Terus dapat. Husband pun dapat.

5. Sampel Systema


Request di facebook. Boleh la buat travel sbb saiz kecil kan.

6. Sampel vaseline


Request di facebook jugak.

7. Woven bag Salam


Rasanya ni menang ke atau yg terawal request. Tak ingat dah.

Ini je yg saya terima sepanjang Ogos. Tak banyak join dan request.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...