Tuesday, September 17, 2019

Review novel : Kimchi untuk awak


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama dah beli novel ni. Beli yang prelove. Beli sebab penulisnya. Dah beli roommates kolej beritahu yang novel ni ada adaptasi ke drama. Lama gak saya nak habiskan pembacaan.

Sinopsis
Bella anak bongsu dari 3 beradik, belajar di Seoul, Korea. Semasa pulang ke Malaysia dia terserempak dengan Danial Lee. Mereka accident di Airport dan terjadi beberapa lagi pertemuan tapi semua nya disertai pertelingkahan. Rupanya keluarga mereka saling mengenali dan Danial adalah bakal tunang arwah kakak Bella. Akibat satu accident mereka dinikahkan. Bella melarikan diri ke Seoul selepas bertemu Yoo Ri. Danial yang masih tidak dapat melupakan Maya, sedaya upaya menolak Bella dari hidupnya tetapi bila Bella melarikan diri, dia sedar dia rindukan Bella. Wajah Bella sama seperti Maya tetapi perangai mereka ibarat langit dan bumi. Dapatkah Bella menerima Danial dengan kehadiran Yoo Ri dan Faris antara mereka?
Bagi saya cerita ini terlalu banyak plot, terlalu berat untuk dihadam. Bagusnya, kita rasa macam di Korea bila baca novel ni. Biasa2 je kisahnya. Ada masa terluang boleh la baca.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...