Friday, December 6, 2019

Stylelista Fun Run with Mascot


Event : Stylelista Fun Run with Mascot
Date : 1/12/2019
Flag off : 7.30 am
Venue : Dewan Millennium
Fee : RM35
Distance : 5km


Event ni di daftar seawal bulan 8. Semangat nak join run walaupun belum habis belajar. Dapat la harga early bird. Collect baju di buat 2 hari. Jumaat dan Sabtu. Husband kerja area situ, minta dia je collect kan.


Flag off 7.30 pagi. Bawa Anas Auni kali ni. Sorang guna stroller, sorang guna skuter. Gilir2 diorang. Flag off depan pintu masuk Dewan, finishing tak dak lak nak bagi medal kat tempat yang sama. Kena masuk dalam dewan untuk ambil medal.


Serentak lak penganjur buat lucky draw masa tu. Sesak la jadinya. Yang masuk. Lambat tak tau beratur camna. Yang depan berkumpul. Dah dapat medal pun dok situ, nak zumba pun kat situ, nak bergambar pjn kat situ. Sudahnya kami 3 beranak keluar, husband je line up. Ada booth jualan pelbagai barang sama dalam dewan tu.


Bagi je la medal kat finishing. Then announced la untuk lucky draw kat dalam. Orang boleh je masuk. Nak bagi hadiah kan, mesti la orang masuk. Takut sangat tak dak orang. Mai sesak2 camni, lagi ramai balik. Nasib baik medal cun.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...