Showing posts with label aktiviti di Penang. Show all posts
Showing posts with label aktiviti di Penang. Show all posts
Monday, February 17, 2020
Mermaid Run 2020
Event : Mermaid Run
Date : 16/2/2020
Time : 7.30 am
Venue : De Garden Hotel
Fee : RM37
Distance : 5.3km
Tahun ni berazam join run yg harga bawah RM30 dan area Seberang Perai je tapi aura Mermaid Run ni kuat. Walaupun overbajet pejam mata daftar jugak. Sebab comel sangat baju, medal. Tak tahan. Favourite Auni lak. Dapat foil balloon mesti dia lagi suka.
Collect race kit awal sehari di De Garden hotel dari 11pagi ke 5 petang. Kul 1 jugak baru kami pergi. 4 kaunter. Manusia pun ada 4 kat every kaunter. 3 kaunter yg collect bulk race kit. Saya yg hujung ni nasib la 2 pieces je. Di kaunter dapat baju dan race bib. Then pergi kaunter luar untuk ambil foil balloon dan baucar. Hotel provide baucar check in dan baucar makan.
Hari run flag off 7.30 pagi. Kami kat kereta ambil barang tengok dah lepas semua. Laju2 lari. Sudahnya jadi yang last kat belakang. Laju2 lari tak nak jadi yang terakhir. Kat pertengahan saya dah penat. Buar je husband bawa Anas Auni dulu. Lepas collect medal baru cari diorang.
Ada lucky draw tapi tak tunggu pun. Hadiah tak best 😂 lepas bergambar terus balik.
Labels:
aktiviti bersama keluarga,
aktiviti di Penang,
fun run,
fun walk,
hobi,
marathon
Friday, December 6, 2019
Stylelista Fun Run with Mascot
Event : Stylelista Fun Run with Mascot
Date : 1/12/2019
Flag off : 7.30 am
Venue : Dewan Millennium
Fee : RM35
Distance : 5km
Event ni di daftar seawal bulan 8. Semangat nak join run walaupun belum habis belajar. Dapat la harga early bird. Collect baju di buat 2 hari. Jumaat dan Sabtu. Husband kerja area situ, minta dia je collect kan.
Flag off 7.30 pagi. Bawa Anas Auni kali ni. Sorang guna stroller, sorang guna skuter. Gilir2 diorang. Flag off depan pintu masuk Dewan, finishing tak dak lak nak bagi medal kat tempat yang sama. Kena masuk dalam dewan untuk ambil medal.
Serentak lak penganjur buat lucky draw masa tu. Sesak la jadinya. Yang masuk. Lambat tak tau beratur camna. Yang depan berkumpul. Dah dapat medal pun dok situ, nak zumba pun kat situ, nak bergambar pjn kat situ. Sudahnya kami 3 beranak keluar, husband je line up. Ada booth jualan pelbagai barang sama dalam dewan tu.
Bagi je la medal kat finishing. Then announced la untuk lucky draw kat dalam. Orang boleh je masuk. Nak bagi hadiah kan, mesti la orang masuk. Takut sangat tak dak orang. Mai sesak2 camni, lagi ramai balik. Nasib baik medal cun.
Labels:
aktiviti di Penang,
fun run,
fun walk,
marathon,
penang bridge,
Run,
walk walkathon
Thursday, February 1, 2018
1/2/18
1/1/11 - 1/2/18 = 7 tahun 1 bulan
Tak banyak beza kehidupan kami.
Sama saja, pusing akticiti yang sama hari².
Sama² melihat pwmbwsaran anak².
Dia hantar saya ke tempat kerja hari²,
Merempit berdua macam bercinta dulu.
Target kami? Ermmm ..
Hanya kami saja yang tahu.
Lagi sebulan nak 5 tahun
Belum fully diapers free.
Free masa siang je.
Malam nak tidur dan nak poo poo nak pakai diapers.
Sekolah, masih sama macam last year.
Sejam waktu petang dengan aunty saya.
Susu, tak minum formula milk.
Curi² direct feeding masa saya nyenyak tidur 😰
Malam masih tidur lewat.
2-4 pagi tidur adalah normal.
Siang kadang tidur, kadang tak.
Friday, December 15, 2017
PDRM Fun Run 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.
![]() |
| Barang dalam goodie bag |
Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.
![]() |
| Tak banyak gambar yang elok waktu malam |
Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.
![]() |
| Saya tak lari tapi dapat medal? |
Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.
![]() |
| Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya |
Monday, October 9, 2017
Penang Fun Walk 2017, I ❤ Penang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
7 Oktober 2017, hari Sabtu saya dan suami ke Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP, Bukit Mertajam untuk sertai SPT Fun Walk 2017. Baju dah di ambil 3 hari lepas. Bayaran RM10. Kali ni kami bawa Anas dan Auni. Jarak untuk berjalan hari ini 3.7km.
6.45 pagi sampai di kompleks. Ramai dah berkumpul. Yang bukan peserta pun ramai tengah bersenam. Tapi urusetia macam tak de apa-apa kecuali sound system berbunyi. Booth yang katanya banyak pun tak nampak rupa lagi. 7 lebih baru ada emcee bercakap. Rupanya 8 pagi baru nak start berjalan.
Dimulakan acara dengan persembahan free style guna bola. Tak nampak pun persembahan. Tak skrin besa dan orang yang buat persembahan tu berdiri sama paras peserta. Lepas tu Zumba. Patut stop 8 pagi tapi 8.10 pagi belum stop. Mak cik yang buat zumba tu syok sendiri kat depan. Masa ni saya bawa Anas Auni ke luar kompleks. Dah ada floating balloon dan beberapa khemah yang tengah susun barang. Yang menjual patung, permainan kanak-kanak pun ada. Anas dan Auni seronok la tengok belon pastu patung.
Dah habis Zumba semua keluar ke starting line. Kena dengar taklimat lak. Taklimat keselamatan dan perkara-perkara yang perlu di buat semasa dan selepas acara. Laluan 3.7km bermula dari pintu Kompleks dan laluan jalanraya. Memang agak bahaya. Ada Rela, trafik dan staf yang jaga di sepanjang laluan. Ambulan juga ada. Di kilometer terakhir ada staf yang beri kupon. Kupon yang perlu ditunjuk untuk dapatkan roti, air, kupon sunquick, sijil dan pingat.
Anas duduk dalam stroller. Auni saya dan suami gilir-gilir dukung. Auni tertidur semasa acara sampai la ke penamat. Husband cari port duduk jaga Auni dan Anas. Saya bawa kupon ke meja urusetia. Tunjuk kupon dan dapat pingat, sijil, roti dan mineral. Pas semua kat husband dan ke khemah sunquick dan redbull. Redbull ambil je. Sunquick ke tunjuk kupon baru dapat air. Banyak acara yang sedang berlangsung di dalam kompleeks. Ada sukaneka, booth pameran dari Pos Malaysia, SPRM. Badut pun belum sampai. Tujuan utama bawa Anas sebab nak bagi tengok badut la. Cabutan bertuah pun tak start lagi. Kami gerak balik terus lepas ambil semua barang dan air. Dekat parking jumpa badut. Sempat tangkap gambar dengan badut.
Labels:
Aktiviti,
aktiviti di Penang,
aktiviti keluarga,
fun run,
penang,
riadah,
walkathon
Subscribe to:
Posts (Atom)





















