Thursday, April 6, 2023

Staycation 1/2023 - The Granite Luxury Hotel | The Top


Summit 191 nama lama. Nama baru cam tajuk entri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara hotel yang saya teringin nak stay tapi tak berkesempatan lagi nak booking. Kisahnya tahun 2021 kot, time PKP sambut anniversary check in di hotel The Wembley. Ternampak sistem parking bangunan ni. Google nama bangunan. Hotel rupanya. Ada la go through website, FB, Agoda tengok interior dan price. Tapi tak book pun. Awal Julai 2022, melawat MITM, ada la booth hotel ni. Staf booth approach dan sembang-sembang. Tertarik dengan pakej Stay & Play. 


Stay & Play RM498 
Penginapan 2H 1M di Suites.
(Boleh pilih nak suites theme yang mana)
Ticket ke The Tops 2 dewasa 2 kanak-kanak untuk 3 attraction.
Jurassic Park, Rainbow skywalk dan Akuarium.
Lunch di Only Mee The Tops 2A 2C
Bagi saya pakej yang berbaloi. Penginapan pun price dalam RM380. Tiket The Top 3 attraction kids RM50, dewasa RM68. Harga untuk sorang dan meal saya check harga lebih kurang RM15.90 satu. Baucar saya beli valid sampai Mac 2023. Lepas bincang dengan husband bila date nak pergi, saya whatsapp staff dan chek availability bilik. Dah confirm semua, Staf bagi booking confirmation. Saya perlu bayar RM50 sebab weekend dan RM2 untuk Local Government Fee. Deposit RM200.


Ini semua perbelanjaan saya semasa bercuti 2H1M
Tidak termasuk makan, minum, jajan dan shopping barang peribadi

Hotel : RM 498 + RM 50 + RM 2 = RM 550
Parking Komtar : RM 6.60
28/1/2023 - Sabtu

Bertolak dari rumah 12 tengah hari. Pergi makan dulu. Siap makan baru drive ke hotel. Dalam 2 petang sampai hotel. Kena parking dulu. Tapi kena kuarkan semua barang sebelum masuk kotak parking. Parking guna sistem lif. Unik. Lepas kereta selamat parking, kami ke lobi. Di lobi perlu deposit RM200 dan bayaran surcaj RM50 dan RM2 duit Penang Government Tax. Bilik dah ready cuma prosedur check in ambil masa sikit staf nak validate dan buat copy semua dokumen. Masa check in diberi sekali baucar untuk The Top. Masa ni staf tanya nak masuk The Top hari ni atau esok. Saya pilih esok. Dah siap semua naik bilik tapi kena guna lif bangunan sebelah. Bilik kami Classic King. Semua bilik di sini konsep Suites. Dalam bilik ada living hall dan televisyen. Meja makan dengan 4 kerusi + projektor dan skrin. Di atas meja makan ada bakul yang diisi peket biskut, kopi 0 segera dan kopi segera.

Bilik tidur katil King dengan televisyen. Tiada almari, cuma rak dengan hanger untuk gantung baju. Dilengkapi juga dengan iron, iron board, penimbang berat badan, bathrobe, selipar 3 pasang dan hair drier. Kemudian ada pintu untuk akses ke bilik air. Shower, toilet dan sinki di asingkan. Agak luas bilik airnya. Kelengkapan mandi juga disediakan dari shampoo, conditioner, lotion dan body wash. Sikat, shaver, sanitary kit asas lain juga ada. Ada juga pintu lain untuk keluar ke mini kitchen.

Bahagian mini kitchen dilengkapi dengan sinki, mini fridge, mesin kopi, microwave, cawan kopi dan 4 cawan lain. Almari berkabinet juga ada. Pisau, pinggan dan lain-lain disediakan atas permintaan. Penghawa dingin di ruang tamu dan dalam bilik. Awal-awal masuk agak panas biliknya. Lama kelamaan suhu mengikut suhu aircond. Bilik agak luas dan lengkap. Plug point juga banyak. Tuala disediakan mencukupi. Pendek kata saya sekeluarga berpuas hati pada pandangan pertama masuk bilik. 

Anas demam. Dia banyak rehat je sebab complain pening kepala. Lepas Asar baru kami pergi jenguk pool. Pool di tingkat 15 sekali dengan Gimnasium. Ada 2 pool, kanak-kanak dan dewasa sedalam 1.2 meter. Saya tak mandi. Hanya duduk di tepi kolam melihat anak-anak. Di Kolam ada port OOTD yang menarik. Kolam renang dan gimnasium dibuka hingga 10.30 malam. Anas Auni kesejukan dan kami terus naik bilik 6.00 petang. Lepas bersihkan badan kami keluar jalan kaki ke 1st Avenue. Dekat je dengan hotel. Masuk mall cari makan. 

Mulanya ingat nak makan di food court tapi ada 3 kedai je. Auni nak makan di Kenny Rogers, so masuk situ je la. Lepas order makan saya ke surau untuk solat Maghrib dan kembali semula bertukar giliran dengan suami. Lepas habis makan kami jalan-jalan di situ. Ada kedai kami masuk beli pakaian dan makanan untuk kudapan malam nanti. 10 malam mall dah tutup baru kami berjalan keluar dan pulang ke hotel. Naik atas pergi jenguk suasana di swimming pool dan roof top. Kemudian masuk bilik, bersihkan badan, tengok televisyen dan tidur.


29/1/2023 - Ahad

Lepas Subuh, kemas barang dan ready untuk check out. Check out 11 pagi di hotel ni. Parking percuma selepas validate di lobi hotel. Lepas check out pusing Padang Kota cari breakfast. Mula nak makan di Transfer Road, tapi husband tak nak. Pusing pergi Hutton Lane tapi ramai orang. Padang Kota lak kedai tutup. Sudahnya nampak stall tepi bangunan tak ramai orang singgah makan situ je. Tak banyak la pilihan makanan disini. Amik nasi lemak 4 bungkus dan telur suku masak 4 biji. Dah kenyang makan terus ready untuk explore The Top. 

Sampai Komtar terus drive naik tingkat 6 untuk parking terus di pintu masuk The Top. Tunjuk baucar di pintu masuk dan terus ke kaunter tiket untuk penebusan wristband. Kami layak untuk 3 attraction. Jurassic Research di tingkat 6. Kami masuk yang ni dulu sebab kalau hujan tak leh masuk. Kena beratur dulu kat luar sebelum masuk. Sekejap je disini sebab Anas dan Auni nak ke toilet. Tak de toilet dalam tu kena ke luar. Dah ke luar tak leh masuk dah. 

Selesai urusan toilet terus kami naik lif ke level 65 untuk Observation Deck. Ada tayangan video dan selepas tu boleh jalan sekitar tingkat situ. Dah puas terus ke tingkat 68 untuk ke Rainbow Skywalk. Panas sangat. Tapi elok la bergambar. Anas gayat dan Auni tak tahan panas. Laju-laju bergambar dan terus turun ke tingkat 6 semula. 



Kami ke kedai Only Mee untuk redeem baucar makanan untul 4 orang. Staf bagi list makanan dan minuman yang boleh claim. Kami ambil 2 nasi dan 2 mi. Air semua sama je.

Lepas makan, pergi solat Zohor dan sambung ke tempat terakhir iaitu Boutique Aquarium. Banyak la ikan dalam ni. Sejuk. Best je jalan. Orang pun tak ramai. 30 minit masa dihabiskan disini. Keluar dari akuarium terus balik ke Seberang. Husband ajak ke Sunway Carnival, cari baju Anas. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...