Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Thursday, April 6, 2023

Staycation 1/2023 - The Granite Luxury Hotel | The Top


Summit 191 nama lama. Nama baru cam tajuk entri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara hotel yang saya teringin nak stay tapi tak berkesempatan lagi nak booking. Kisahnya tahun 2021 kot, time PKP sambut anniversary check in di hotel The Wembley. Ternampak sistem parking bangunan ni. Google nama bangunan. Hotel rupanya. Ada la go through website, FB, Agoda tengok interior dan price. Tapi tak book pun. Awal Julai 2022, melawat MITM, ada la booth hotel ni. Staf booth approach dan sembang-sembang. Tertarik dengan pakej Stay & Play. 


Stay & Play RM498 
Penginapan 2H 1M di Suites.
(Boleh pilih nak suites theme yang mana)
Ticket ke The Tops 2 dewasa 2 kanak-kanak untuk 3 attraction.
Jurassic Park, Rainbow skywalk dan Akuarium.
Lunch di Only Mee The Tops 2A 2C
Bagi saya pakej yang berbaloi. Penginapan pun price dalam RM380. Tiket The Top 3 attraction kids RM50, dewasa RM68. Harga untuk sorang dan meal saya check harga lebih kurang RM15.90 satu. Baucar saya beli valid sampai Mac 2023. Lepas bincang dengan husband bila date nak pergi, saya whatsapp staff dan chek availability bilik. Dah confirm semua, Staf bagi booking confirmation. Saya perlu bayar RM50 sebab weekend dan RM2 untuk Local Government Fee. Deposit RM200.


Ini semua perbelanjaan saya semasa bercuti 2H1M
Tidak termasuk makan, minum, jajan dan shopping barang peribadi

Hotel : RM 498 + RM 50 + RM 2 = RM 550
Parking Komtar : RM 6.60
28/1/2023 - Sabtu

Bertolak dari rumah 12 tengah hari. Pergi makan dulu. Siap makan baru drive ke hotel. Dalam 2 petang sampai hotel. Kena parking dulu. Tapi kena kuarkan semua barang sebelum masuk kotak parking. Parking guna sistem lif. Unik. Lepas kereta selamat parking, kami ke lobi. Di lobi perlu deposit RM200 dan bayaran surcaj RM50 dan RM2 duit Penang Government Tax. Bilik dah ready cuma prosedur check in ambil masa sikit staf nak validate dan buat copy semua dokumen. Masa check in diberi sekali baucar untuk The Top. Masa ni staf tanya nak masuk The Top hari ni atau esok. Saya pilih esok. Dah siap semua naik bilik tapi kena guna lif bangunan sebelah. Bilik kami Classic King. Semua bilik di sini konsep Suites. Dalam bilik ada living hall dan televisyen. Meja makan dengan 4 kerusi + projektor dan skrin. Di atas meja makan ada bakul yang diisi peket biskut, kopi 0 segera dan kopi segera.

Bilik tidur katil King dengan televisyen. Tiada almari, cuma rak dengan hanger untuk gantung baju. Dilengkapi juga dengan iron, iron board, penimbang berat badan, bathrobe, selipar 3 pasang dan hair drier. Kemudian ada pintu untuk akses ke bilik air. Shower, toilet dan sinki di asingkan. Agak luas bilik airnya. Kelengkapan mandi juga disediakan dari shampoo, conditioner, lotion dan body wash. Sikat, shaver, sanitary kit asas lain juga ada. Ada juga pintu lain untuk keluar ke mini kitchen.

Bahagian mini kitchen dilengkapi dengan sinki, mini fridge, mesin kopi, microwave, cawan kopi dan 4 cawan lain. Almari berkabinet juga ada. Pisau, pinggan dan lain-lain disediakan atas permintaan. Penghawa dingin di ruang tamu dan dalam bilik. Awal-awal masuk agak panas biliknya. Lama kelamaan suhu mengikut suhu aircond. Bilik agak luas dan lengkap. Plug point juga banyak. Tuala disediakan mencukupi. Pendek kata saya sekeluarga berpuas hati pada pandangan pertama masuk bilik. 

Anas demam. Dia banyak rehat je sebab complain pening kepala. Lepas Asar baru kami pergi jenguk pool. Pool di tingkat 15 sekali dengan Gimnasium. Ada 2 pool, kanak-kanak dan dewasa sedalam 1.2 meter. Saya tak mandi. Hanya duduk di tepi kolam melihat anak-anak. Di Kolam ada port OOTD yang menarik. Kolam renang dan gimnasium dibuka hingga 10.30 malam. Anas Auni kesejukan dan kami terus naik bilik 6.00 petang. Lepas bersihkan badan kami keluar jalan kaki ke 1st Avenue. Dekat je dengan hotel. Masuk mall cari makan. 

Mulanya ingat nak makan di food court tapi ada 3 kedai je. Auni nak makan di Kenny Rogers, so masuk situ je la. Lepas order makan saya ke surau untuk solat Maghrib dan kembali semula bertukar giliran dengan suami. Lepas habis makan kami jalan-jalan di situ. Ada kedai kami masuk beli pakaian dan makanan untuk kudapan malam nanti. 10 malam mall dah tutup baru kami berjalan keluar dan pulang ke hotel. Naik atas pergi jenguk suasana di swimming pool dan roof top. Kemudian masuk bilik, bersihkan badan, tengok televisyen dan tidur.


29/1/2023 - Ahad

Lepas Subuh, kemas barang dan ready untuk check out. Check out 11 pagi di hotel ni. Parking percuma selepas validate di lobi hotel. Lepas check out pusing Padang Kota cari breakfast. Mula nak makan di Transfer Road, tapi husband tak nak. Pusing pergi Hutton Lane tapi ramai orang. Padang Kota lak kedai tutup. Sudahnya nampak stall tepi bangunan tak ramai orang singgah makan situ je. Tak banyak la pilihan makanan disini. Amik nasi lemak 4 bungkus dan telur suku masak 4 biji. Dah kenyang makan terus ready untuk explore The Top. 

Sampai Komtar terus drive naik tingkat 6 untuk parking terus di pintu masuk The Top. Tunjuk baucar di pintu masuk dan terus ke kaunter tiket untuk penebusan wristband. Kami layak untuk 3 attraction. Jurassic Research di tingkat 6. Kami masuk yang ni dulu sebab kalau hujan tak leh masuk. Kena beratur dulu kat luar sebelum masuk. Sekejap je disini sebab Anas dan Auni nak ke toilet. Tak de toilet dalam tu kena ke luar. Dah ke luar tak leh masuk dah. 

Selesai urusan toilet terus kami naik lif ke level 65 untuk Observation Deck. Ada tayangan video dan selepas tu boleh jalan sekitar tingkat situ. Dah puas terus ke tingkat 68 untuk ke Rainbow Skywalk. Panas sangat. Tapi elok la bergambar. Anas gayat dan Auni tak tahan panas. Laju-laju bergambar dan terus turun ke tingkat 6 semula. 



Kami ke kedai Only Mee untuk redeem baucar makanan untul 4 orang. Staf bagi list makanan dan minuman yang boleh claim. Kami ambil 2 nasi dan 2 mi. Air semua sama je.

Lepas makan, pergi solat Zohor dan sambung ke tempat terakhir iaitu Boutique Aquarium. Banyak la ikan dalam ni. Sejuk. Best je jalan. Orang pun tak ramai. 30 minit masa dihabiskan disini. Keluar dari akuarium terus balik ke Seberang. Husband ajak ke Sunway Carnival, cari baju Anas. 

Monday, October 5, 2020

Semalam di Park Royal


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ada share cerita check in di Bayview Beach Resort. Lepas check out Bayview, kami check in Park Royal Hotel lak. Sebenarnya nak sambung je 2 malam di BBR tapi harga bilik over budget lak. Lagipun BBR dah pernah stay. Kali ni plan nak ke hotel lain lak. Park Royal belum pernah stay lagi. Mula-mula booking dengan Traveloka, harganya RM322. Lepas tu baru teringat yang ada kupon diskaun kat Agoda, 7%. Check harga di Agoda, baru RM247.72. Bilik yang sama, harga je berbeza. Kenapa pilih mahal kalau ada yang murah? 😁


Lepas check out Bayview Beach Resort, kami pergi makan lunch. Masa kat kedai ni Anas dah mengantuk. Letih kot pagi tadi kejut bangun awal nak breakfast. Lepas breakfast, mandi pool 2 jam, habis pool berendam bath tub dalam bilik lak. Auni pun sama tapi yang tidur Anas je. Dalam 1.30 petang saya pergi reception Park Royal untuk check in. Staf minta semua IC penghuni bilik sebab Covid19 kena ada rekod semua penghuni.






Lepas settle urusan check in di kaunter, saya ke kereta untuk inform husband dah boleh masuk bilik. Saya bawa Auni ke tandas dah husband uruskan beg dan Anas. Cantik lobi hotel, toilet dan kawasan sekitarnya. Kami masuk bilik dan husband nak rehat jap. Saya bawa Anas Auni pusing-pusing sekitar hotel. Anas teruja tengok banyak permainan sekitar hotel. Ada futsal, bowling, ping pong, badminton, buaian, slide dan macam-macam lagi. Ada access ke private beach jugak. Bersih je pantai. Memang pihak hotel jaga.

Ada juga kids club, movie room, gym, spa, massage. Tengok-tengok je. Kids club sampai ke check out tak jumpa kat mana. Lupa lak nak tanya staf. 😂 Ada welcome drink jugak. Staf reception cakap kalau nak minum, boleh ke lounge depan reception untuk serve kan air. Boleh claim sampai 10 malam. Sebab husband tak de, tak nak la minum lagi. Kami naik bilik dan solat Zohor. 

Turun untuk bergambar. Lepas bergambar pergi claim welcome drink. Kami dihidangkan dengan Jus nenas dan kekacang. Tak pernah minum jus nenas. Sedap rupanya. Anas lagi la. 3 cawan dia minum sorang. Lepas minum naik bilik tunggu Asar. Lepas solat Asar turun pool. Best sebab orang tak ramai banding dengan bayview semalam. Pool pun besar tak dalam sangat. Ada side Amazon. Banyak sculpture flora fauna yang keluar air. Besar gak dalam tu. 

Anas lak seronok nak naik slide. Dalam sikit air untuk Anas, husband kena sambut kat bawah. Auni lak enjoy mandi di baby pool. Air paras lutut dewasa je. Ada la beberapa budak sebaya Auni. Anas dah boring kat pool dia ajak ke pantai. Saya lak ingat 6.30 baru nak pergi pantai. Boleh la tunggu sunset. 

Tapi dah Anas nak sangat pergi Pantai, kami pergi la jugak. Pantai untuk Hotel ni tak la sebesar macam Bayview. Tak ramai pun yang mandi. Pantai pun tak ramai. Anas Auni seronok la dapat pasir. Masa main Anas dapat la kawan baru. Sama-sama mandi, pinjam pelampung. 



Husband cakap sunset tak de. Kat kawasan hotel, staf dah mula persiapan untuk dinner by the beach. Cantik. Kami duduk kat kerusi malas kawasan hotel tepi pantai, nak bergambar. Masa ni kawan Anas masa kat pantai datang bagi fries. Elok la Anas ngan Auni memang tengah lapar. Kejap je habis. Habis makan dan berterima kasih pada keluarga tersebut kami masuk bilik. 



Masuk bilik bersihkan diri dan solat. Husband keluar g beli makan dan kami makan dalam bilik je. Esoknya bangun tidur kemas-kemas barang prepare untuk check out. Anas ajak mandi lagi tapi malas la nak pakai semula baju yang basah. So, lepas check out, kami round sekali lagi hotel, bergambar dan terus ke destinasi seterusnya. 


Lepas check out, husband ajak cari makanan dan jalan-jalan street art. Kami pergi chowrasta dulu cari ais tingkap. Hujan masa ni,orang pun ramai tapi ada je la tempat duduk. Order 1 je dulu nak rasa kalau sedap, baru tambah. Nasib order 1, tak kena selera kami. 



Lepas tu, husband ajak makan kat gerai area situ. Dia nak merasa cucur udang, laksa. Auni lak nak makan nasi lemak. Lepas makan, terus ke street art. 2 je pergi sebab hujan dan ada urusan lain nak buat lepas 2 petang nanti. Orang tak ramai, tak yah queue. 







Monday, September 7, 2020

Short vacation : Royale Chulan Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Penghujung Ogos, saya book Royale Chulan Penang Hotel. Last minute booking. Book seminggu sebelum stay. Kisahnya Anas Auni asyik bunyi bila nak pergi hotel, tambahan pula kawan sekelas yang juga jiran kami ada stay hotel before tu. Bila kawan bercerita, Anas pun nak la jugak bercerita. Saya pun dah rasa lemau every week aktiviti yang sama.


Check in 29/8/2020, check out 30/8/2020. Long weekend sebab esoknya Merdeka. Plan semata2 nak stay dalam hotel je. Kalau keluar pun expect dah yang orang ramai, jalan sesak. Saya search hotel di Agoda dan Traveloka nampak promo discount untuk Medical Hero di Traveloka. Pernah la register masa PKP dulu. Tapi tak tau pun camna nak redeem. 


Tak pasti lak harga memang murah ke tak. Stil under budget, so amik je la. Sebelum ni kami pernah check in dah. Tapi tak ingat lak bilik jenis mana. Yang pasti Pool view. Kali ni ambil seaview + city view. Harga yang perlu dibayar Rm 204.40 Deluxe Double tanpa breakfast. 

Check in 3 petang. Just on time kami sampai. Tak de beratur panjang terus je daftar dan masuk bilik. Parking disediakan di multi levels carparks. Masa daftar kena fill up nombor plat kereta. Nak keluar hotel, pergi reception untuk scan. So, percuma parking disini untuk in hotel guest.



Masuk bilik, solat dan siap2 untuk masuk pool. Lupa lak nak check pool beroperasi ke tak. Call reception, dah pool buka with SOP.  4 petang baru masuk pool, di level 2. Limit 10 orang je dalam pool. Masa kami sampai, ada 1 family je. Sempat la kami pun berendam. Lepas 45 minit, orang makin ramai. Dah ramai orang, tak de pun staf hotel datang tegur jangan mandi ramai2.


Masuk bilik, bersihkan diri, solat Asar dan terus keluar cari makan. Plan nak pergi kedai makan lain tapi masuk makan kedai lain. Sebab kedai yang makan ni nampak dari jauh cam best je. Order nasi putih, ikan siakap 3 rasa dan tomyam sotong. Laju-laju makan sebab Anas Auni mengantuk. Crancky la jadinya. Habis makan, balik hotel tengok television yang ada basic channels astro. 

Esok pagi lepas subuh lepak tepi tingkap tengok sunrise. Best bilik ni sebab ada kerusi malas tepi tingkap. Sedap la santa. Husband keluar beli breakfast. Balik bilik dia cerita kad bilik tercicir. Minta kad baru kat receptionist dan katanya kena cas RM15 nanti. Lepas makan, bawa Anas Auni ke pool. 


Ramai lak orang kat pool tapi tak de lak orang jaga. Lepas sejam mandi ajak masuk bilik dan siap2 nak check out. 12 tengah hari check out tapi kat receptionist tak de lak minta bayaran kad yang hilang. Saya pun tak tanya terus keluar je. 😂


Keluar hotel Anas Auni lapar, drive thru McD, lepas tu Anas nak bergambar kat Street Art. Hari cuti tau dah orang ramai, tapi Anas tak percaya. Pergi la jugak, 1 port tu tak dak orang, bergambar situ je then terus pergi kenduri kahwin anak bos husband. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...