Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

Resepi Homemade Fries


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni nak kongsi resepi fries / ubi kentang. Makanan kegematan Anas. Biasa beli yang frozen di Tesco, jenama Tesco sebab murah. Biasa harga RM4.99 sepeket tapi hari tu pergi tengok harga dan RM8. Lari bajet. Pernah je buat sendiri fries. Tapi tak sedap. Jadi lembik pastu serapan minyak banyak sangat. Anas memang reject la nak makan. Kebetulan masa hujung minggu ada lebihan ubi kentang. Terus cari resepi mudah nak buat sendiri bagi sedap. Jumpa resepi dan tengok bahan pun semua ada. Terus buat dan makan masa panas². Anas kata sedap dan fries tak lembik dan serap minyak macam sebelum ni buat. Jom tengok resepi yang saya guna.

Bahan² dan cara masak
Ubi kentang
Air
Tepung Bestari
Lada sulah
Minyak
  1. Kupas ubi dan potong memanjang.
  1. Rendam ubi dalam air. Saya rendam sejam
  1. Toskan ubi
  1. Salutkan ubi dengan tepung. Bagi semua bahagian kena tepung.
  1. Panaskan minyak
  1. Goreng dengan minyak panas. Deep fry iaitu semua ubi tenggelam dalam minyak.
  1. Angkat selepas ubi garing kekuningan. Letak dalam penapis bagi minyak yang berlebihan keluar.
  1. Semua dah masak, tabur lada sulah, gaul² kan dan makan.

Monday, May 8, 2017

Resepi Kuew Teow Kungfu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu ini saya kenal ketika belajar di Kelantan. Pertama kali rasa terus jatuh hati. Kalau ke kedai, selain order tomyam, sup dan nasi goreng, ini la menu penyelamatnya. Tahun lepas tengok ada kawan share di wall FB resepinya. Mudah je nak buatnya. Cuma, bahan-bahannya banyak. Bila bahan banyak nak siang dan potong. Itu yang malas sebenarnya. Jom check it out.

Bahan-bahan
Kuew teow
Telur
Bahan mentah - ayam, daging, seafood
Sayur - carrot, baby corn, sawi
Bawang putih
Lada sulah
Garam
2 sudu Sos tiram
½ Kiub ayam
2 sudu tepung jagung (bancuh ngan air)
Cara penyediaan
1. Pukul telur, masukkan lada sulah sikit. Rendam kuew teow dalam telur. Goreng dengan minyak yang panas.
2. Masak hingga garing dan balikkan. Dah masak dan tos kan.
3. Tumis bawang putih, dah garing masukkan bahan mentah.
4. Kacau², masukkan sos tiram, kiub tomyam.
5. Masukka air sikit kalau kering sangat. Masukkan sayur-sayuran, garam dan lada sulah. Kuantiti agak-agak la ye.
6. Lastly masukkan bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit-sikit. Adjust ikut citarasa sendiri ye nak pekat camna.
7. Dah boil, kira dah masak la. Rasa la kot masin ke tawar. Kalau nak pedas boleh je ketuk² cili padi masa last tu campak je.
8. Curah kuah atas kuew teow yang dah goreng awal tadi. Sedap makan panas-panas. 

Jangan buat extra kot esok nak makan. Buat untuk sekali hadap je. Kuah tu tak tahan kalau simpan semalaman. Selamat mencuba 😎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...