Showing posts with label afdlin shauki. Show all posts
Showing posts with label afdlin shauki. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

Review novel : Spy Hati Dari Chantilly


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke7 daei Mazni Aznita. Antara penulis novel favourite saya sebab jalan ceritanya lain dari yang lain. Novel ni ada kisah yang menarik. Tak rugi baca dan simpan untuk koleksi.

Sinopsis
Tiga tahun yang lalu semasa di Paris, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris-nyaris mati. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
Selepas tiga tahun dia menjadi pelarian. Melarikan diri dari keluarga setelah merosakkan perkahwinan kakaknya sendiri. Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya Darlina, dia menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang mabuk-mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki pemabuk itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah tak disangka-sangka dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
Mikey Mikhail seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri dari kisah silam yang menghantui hidupnya. Sepanjang hidup dia asyik memburu orang yang telah membunuh ayahnya sendiri. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya selama ini. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
Kedua-duanya bertemu untuk saling melengkapi kisah yang tidak lengkap antara mereka. Namun kehadiran Ezekiel, membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Apatah lagi dia menemui sesuatu dalam simpanan Suri Imani yang boleh membahayakan dirinya. Kecurigaannya semakin berakar umbi buat Suri Imani. Mampukah gadis itu dicintainya lagi sedangkan fikirannya asyik merasakan Suri Imani bukan seperti yang disangka-sangka? Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka? 
Kisah ini unik dan masih tak lari dari tema percintaan. Ada kisah pemburuan, konflik keluarga dan ada juga gaduh².

Sunday, September 23, 2012

Untuk 3 hari

Salam.
Malam sabtu lepas ajak hubby g tengok wayang filem ''Untuk 3 Hari''. Lama sangat rasanya tak tengok movie. Zaman bercinta, bertunang dulu kerap la menonton wayang. Yang saya ingat kali terakhir saya dan hubby menontong wayang filem ''twillight : Breaking Dawn'' Masa tu saya bertongkat ke panggung. Lepas tu dah kerja, sibuk dan lambakan filem yang boleh download dan tak berbaloi untuk di tonton di panggung adalah alasan kami berdua.

Sejak tau kisah ''untuk 3 hari'' hendak di filemkan saya memang nak menonton di panggung. Alasan sebab saya pengikut filem ni. Memang sambungan novel untuk tiga hari pun saya dah khatam. Lepas tu pengarahnya Afdlin Shauki. Saya tak pernah kecewa menonton filem arahan beliau. Astro juga ada tayang preview filem ni selama 30 minit. Saya tertengok dan terus semangat nak tengok di panggung.

novel asal kesayangan saya
Selepas saya menonton filem ni, saya tak menyesal. Cerita tak lari dari kisah asal seperti dalam novel. Pemilihan pelakon yang bersesuaian. Plus lawak. Berbanding dengan ''Lagenda Budak Setan'' saya kecewa dengan filemnya yang tak seperti novel. Plot melompat, lakonan hampeh. ***teeeettt***

cover novel sekarang
smbgn novel ''untuk tiga hari''
Pada yang belum menonton, saya sarankan untuk menonton terutamanya pada penggemar novel melayu dan penyokong filem tempatan. Hubby yang selalu akan tidur bila menonton filem melayu pun cerah je mata dan gelak terbahak-bahak dengan lawak Afdlin Shauki. Memang recommend filem ni.

p/s : next filem ''aku terima nikahnya''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...