Showing posts with label anita aruszi. Show all posts
Showing posts with label anita aruszi. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

Review novel : Spy Hati Dari Chantilly


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke7 daei Mazni Aznita. Antara penulis novel favourite saya sebab jalan ceritanya lain dari yang lain. Novel ni ada kisah yang menarik. Tak rugi baca dan simpan untuk koleksi.

Sinopsis
Tiga tahun yang lalu semasa di Paris, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris-nyaris mati. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
Selepas tiga tahun dia menjadi pelarian. Melarikan diri dari keluarga setelah merosakkan perkahwinan kakaknya sendiri. Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya Darlina, dia menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang mabuk-mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki pemabuk itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah tak disangka-sangka dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
Mikey Mikhail seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri dari kisah silam yang menghantui hidupnya. Sepanjang hidup dia asyik memburu orang yang telah membunuh ayahnya sendiri. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya selama ini. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
Kedua-duanya bertemu untuk saling melengkapi kisah yang tidak lengkap antara mereka. Namun kehadiran Ezekiel, membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Apatah lagi dia menemui sesuatu dalam simpanan Suri Imani yang boleh membahayakan dirinya. Kecurigaannya semakin berakar umbi buat Suri Imani. Mampukah gadis itu dicintainya lagi sedangkan fikirannya asyik merasakan Suri Imani bukan seperti yang disangka-sangka? Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka? 
Kisah ini unik dan masih tak lari dari tema percintaan. Ada kisah pemburuan, konflik keluarga dan ada juga gaduh².

Monday, January 29, 2018

Review novel : Kief



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2018 saya berazam untuk membaca 1 novel 1 bulan. Dan Januari saya berjaya baca 2 novel. Novel ke2 tahun 2018 adalah Kief karya Dhiya Zafira, penulis thriller. Kisahnya ada terselit adengan romantis hero dan heroin. Pelbagai rasa boleh di rasai ketika membaca novelnya.

Sinopsis
Kief, ahli bomba, kematian isteri, duda anak seorang, Emma. Dia membesarkan Emma tanpa isteri selama 13 tahun. Dia juga mengambil alih menjaga Arin, bekas adik ipar yang koma selama 5 tahun selepas kakak kandungnya berpindah ke Australia mengikut suaminya. Keajaiban berlaku bila Arin membuka mata dan meneruskan kehidupan seperti mereka yang normal. Ibu Kief bercadang supaya Kief dan Arin bernikah. Kief cuba membuka hatinya menerima Arin dan mereka di nikahkan. Mereka bahagia bila masing² cuba menerima pasangan masing². Kemunculan Rais yang menyatakan Emma adalah anaknya menyebabkan Kief berang. Lebik buruk lagi bila asrama Emma terbakar. Kief menjadi lebih berhati² bila Emma di luar. Arin mendesak Kief melakukan ujian DNA untuk kebaikan Emma di masa akan datang tetapi keputusannya mengambil masa yang lama dan mereka ditimpa musibah lagi angkara Muaz. Siapa Muaz?

Karya terbitan Poreng Kertas wajib d miliki sebagai koleksi peribadi. Dapatkannya untuk ketahui kisah selanjutnya.


Thursday, July 25, 2013

Review novel - Tiada Sepertimu

Selesai sudah menghabiskan bacaan novel ini. Semakin lama semakin panjang masa yang di perlukan untuk menghabiskan pembacaan. Bukan kerana kisah tidak menarik tetapi masa sangat mencemburuiku. Kisah ni menarik walau jalan cerita agak cliche ''Kahwin paksa, kemudian jatuh cinta''. Kisah sampingan nya menjadikan novel ni menarik. Cuma beberapa error saya jumpa untuk istilah perubatan. Saya bekerja di dalam bidang ini, memang rasa sangat tak kena dengan istilah yang di gunakan. Pembaca yang bukan  dari bidang ini mungkin tiada masalah.
Contoh Puan Rubiah akan menjalani pemeriksaan oleh pakar kardiologi paediatrik. Kardiologi memang untuk jantung tetapi paediatrik ialah istiah untuk kanak-kanak.
Harap Kak Nita tak marah saya. Saya suka semua karya Kak Nita ^___^


Sinopsis

Keifli dan Zara di nikah kan demi kesihatan mama Zara dan peluang untuk Keifli meluaskan perniagaannya. Zara yang berhari batu, keras kepala dan Keifli yang slumber. Perkahwinan mereka hanyalah di atas kertas dan lakonan di mata kenalan dan saudara mara mereka. Keifli masih setia pada cinta pertamanya Intan manakala Zara langsung tidak pernah membuka pintu hatinya kepada lelaki. Mereka saling bentengkar, bercakaran hingga mereka tidak sedar mereka telah jatuh cinta. Kehadiran Intan yang menagih kasih Keifli dan agendanya yang lain serta Gabriel yang jatuh cinta pandang pertama pada Zara. Gabriel tidak jemu mengejar Zara walau sedia maklum yang Zara telah berkahwin. Bagaimanakah kesudahan rumah tangga mereka? Kekalkah perkahwinan mereka hingga ke akhirnya setelah mama Zara mendapatkan rawatan? Adakah kehadiran Intan berjaya membuatkan Keifli lupakan isterinya?

Thursday, July 4, 2013

Review novel - Mencari Kiblat Cinta

Antara novel yang saya ambil masa yang panjang untuk di habiskan ekoran sibuk dan tebal juga. Jalan cerita memang menarik. Cuma agak banyak watak dalam novel ni. Macam saya yang 3,4 hari sekali baru sambung semula pembacaan memang pening nak fikir watak tu sapa.

Sinopsis

Danira di penjara 5 tahun atas kesalahan membunuh Firdaus, abang kepada Filman. Sebaik di bebaskan kerana tidak bersalah dia bekerja di Taska milik Kamila yang menjaga anak Filman, Melly. Dari situ Filman berkenalan dan jatuh hati pada Danira tanpa mengetahui kisah lampau Danira. Danira yang sedar siapa diri nya tidaka berani menyambut salam cinta Filman. Tambahan pula dia harus mencari adiknya, Naufal yang hilang tanpa jejak. Sehinggalah adik Filman, Aliff ke taska untuk menghantar Melly dan dari situ Danira terpandang Aliff yang mirip Naufal. Aliff yang di jaga oleh keluarga Filman setelah hilang ingatan akibat dari kemalangan dan mengenali Danira membuatkan ingatannya kembali pulih. Aliff dan Naufal orang yang sama tetapi Danira tidak membenarkan Naufal memberitahu keluarga Filman siapa dirinya apabila mengetahui Filman adalah adik kepada Firdaus. Tengku Amar, ayah Filman berang apabila mengetahui Danira berada di rumahnya dan mendedahkan kepada keluarganya Danira adalah pembunuh Firdaus.
Benarkah Danira pembunuh? Adakah Filman dapat menerima orang yang dicintainya pembunuh abangnya? 

Sebenarnya banyak lagi part dan watak dalam novel ni tapi ni yang utama dan yang saya larat taip. Ngee. Tapi memang menarik kisah ni. Boleh beli jika ingin mengetahui kesudahannya ^___~

Thursday, May 30, 2013

Review novel : Alamak! Lagi-lagi dia


Novel dari kak Nita yang di tunggu-tunggu sebaba saya dah baca sikit kat website mana ntah untuk novel-novel, cerpen tu (ampun tak ingat) memang best dan nak tahu kesudahan kisah Cika. Dapat tau yang novel ni dah ada kat pasaran terus g cari dan skip baca novel lain yang tengah tunggu turn. Kesimpulannya memang best, tak rugi beli dan pulun baca nak tau ending. Saya bagi 4.5 bintang

Sinopsis

Cika, 28 tahun, masih single, selalu kena pergi blind date yang umi dia aturkan dan setiap kali tu juga dia akan gunakan pelbagai cara untuk rosakkan pertemuan kerana trauma dengan lelaki akibat di buli waktu zaman persekolah oleh Idham. Dan semua blind date dia di restoran Jumbo Jeep. Pertemuan pertama dengan Nadim semasa mengikut abangnya memancing akibat tersilap masuk khemah dan beberapa pertemuan tidak sengaja antara mereka. Nadim di gelat mat poyo oleh Cika dan Cika digelar gadis kerek. Umi Cika mahu menjodohkannya dengan Idham yang kebetulannya anak rakan baiknya tetapi Cika masih tidak dapat melupakan perbuatan Idham padanya di sekolah dahulu dan pertemuan berulang kali dengan Nadim membuatkan Cika jatuh hati padanya tapi Cika masih menafikannya. Nadim yang belum lupakan cinta pertamanya yang musnah akibat perbuatan ayahnya sendiri mula menyedari hatinya tertarik pada Cika dan melamarnya. Idham yang sememangnya cintakan Cika sejak tamat zaman persekolahan bersaing dengan Nadim untuk merebut hati Cika. Siapaka pilihan Cika? Nadim pianist di Jumbo Jeep atau Idham lelaki yang di sukainya di bangku sekolah kemudian membulinya dan menggelarkannya The Loser?

Banyak lagi adengan menarik dalam novel ni. Adengan dalam cruise, keletah abang Cika, bestfriend Cika dan keluarga Nadim. Tak lupa juga tunang Nadim. Nadim dah bertunang sebenarnya. Banyak sangat babak tak tertaip. Tapi seriously memamang best dan tak rugi beli.

Tuesday, May 21, 2013

Review novel : Dedalu di Hati

Salam

Novel ketiga yang di baca semasa cuti bersalin. Lambat sikit nak habiskan. Buku ni tebal, best, jalan cerita menarik. Saya bagi 4 bintang.

Sinopsis

Aliya kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya dan di besarkan di rumah anak yatim. Menerima wang belanja dari 'daddy' tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan 'daddy', hanya YM menjadi medium komunikasi mereka. Adam Hazril, pensyarah ganti di universiti yang selalu mengambil berat akan dirinya dan Aliya menjalankan praktikal di syarikat milik Adam. Haikal, junior Aliya yang telah lama jatuh cinta pada Aliya tapi Aliya hanya menganggapnya sebagai adik. Semasa bekerja di syarikat Adam, Aliya berkenalan dengan Irina, kakak Haikal dan kekasih Adam Hazril seperti yang teman pejabat beritahunya dan Aliya tidak mahu menjadi orang ketiga antara Irina dan Adam Hazril. Pertemuan Aliya dengan Doktor Badrul, ayah kepada Irina dan Haikal mengingatkannya kepada kenangan lama. Adakah Doktor Badrul 'daddy' yang ingin sangat Aliya bertemu?

Banyak lagi part dalam novel ni tapi saya skip. Tak dan nak menaip. Pasal dalang dalam syarikat banyak gak. Nak tahu lebih lanjut beli la ye. Owh, mungkin tak jumpa novel ni di pasaran, saya pun beli direct dari penulis. Mungkin syarikat terbitan ada jual online?

Friday, April 26, 2013

Review Novel : Bunga Syurga

Novel di saya mula membaca sebaik sahaja tamat sesi berpantang. Karya penulis ni memang kena dengan jiwa saya. Gaya bahasa yang bersahaja dan tidak terlalu berat. Jalan cerita yang menarik memang buat tidak sabar dan meneruskan pembacaan tetapi dengan kehadiran si kecil memang tak dapat nak habiskan pembacaan dalam masa yang singkat seperti dahulu.

Sinopsis

Riffki kehilangan kekasihnya, Laila semasa kejadian pengeboman di Bali. Selepas kejadian itu dia berubah menjadi keras hati, panas baran, mempermain kan perasaan wanita dan memberontak. Kemudian dia bertemu Hijjaz dan menyangka kan Hijjaz seperti wanita lain yang boleh dia permainkan. Akibat salah sangka, Riffki telah mengambil syarikat tempat Hijjaz bekerja untuk menguruskan galerinya. Riffki sedar perasaan nya berlainan ketika bersama Hijjaz dan Hijjaz mulai jatuh hati pada Riffki walaupun Riffki melayannya dengan kasar. Hijjaz meminjam wang dari Riffki dan sebagai balasannya dia harus mengikut telunjuk Riffki termasuklah menyamar sebagai teman wanita Daniel, abang tiri Riffki yang tidak mahu di jodohkan dengan anak kenalan umi nya. Daniel yang sememangnya mengenali Hijjaz atas urusan perniagaan telah jatuh cinta pandang pertama pada Hijjaz dan melamarnya. Hijjaz dalam dilema antara Riffki dan Daniel tetapi Riffki telah menyatakan hanya Laila di hatinya. Kehadiran Hazmin Iskandar untuk meruntuhkan empayar perniagaan keluarga Daniel dan memecahbelahkan keluarga mereka telah membuka rahsia yang hanya di ketahui oleh ayah Daniel dan Riffki. Apakah rahsia tersebut? Siapakah pilihan Hijjaz? Bagaimana hubungan Daniel dan Riffki selepas Hijjaz membuat keputusan memilih calon suaminya?

Saya beri 4.5/5 bintang untuk novel ni. Pembacaan saya lebih cepat untuk novel ni. Memang menarik ceritanya cuma kena fokus sebab penulis campur adegan semasa dan flash back. Kalau fokus tak de la confuse kan? Dan banyak watak dalam ni. Boleh juga sebabkan confuse. Selamat membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...