Showing posts with label jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan. Show all posts

Friday, August 17, 2018

Jalan-jalan Penang 2018 - Day 3


7/8/18
Selasa

Lepas solat Subuh, mandi dan kemas sikit pakaian. Turun breakfast di cafe. Bawa siap-siap baju mandi. Plan lepas makan nak bagi budak-budak mandi pool. Kecewa sikit pagi ni pergi cafe. Tak dak makanan yang saya makan semalam. Roti ada. Chicken meat loaf tak de. Di ganti dengan ayam rebus ke goreng ntah macam nasi ayam punya ayam. Bahagian sup pun tak de. Di ganti dengan tomyam. Makan nasi goreng dan cereal bersama fresh milk.


Lepas makan, bagi budak-budak mandi. Kejap je mandi sebab sejuk. Masuk bilik sambung mandi shower air panas. Saya kemas pakaian dan beg. Kemudian check out. Tunjuk resit dan wang deposit di kembalikan selepas house keeping check bilik. Kot la ada barang hilang kan? Lepas selesai check out, plan nak survey kamera di Komtar.


Banyak kali gak pusing cari parking. Sini memang strict. Parking kena kat kotak parking dan letak kupon. Kalau tak, kena saman. Dapat parking, pergi komtar dan kedai sekitarnya. Sejam gak berjalan. Anas Auni dah mengamuk masa kat kedai last. Cepat-cepat balik ke kereta. Auni dah tertidur. Ingat nak pergi la tempat lain tapi saya sendiri letih jalan dalam panas dan budak-budak pun mood tak okay. Terus bertolak balik rumah.

Thursday, May 3, 2018

Butterworth Fun Walk 2018


29/4/2018 7pagi
Padang Pemuda Merdeka
RM32 7km


Event ni lambat gak daftar. Masa daftar dah habis pun early bird price tapi rezeki kami early bird extend. Dapat la grab slot untuk harga murah. Baju collect awal seminggu di Megamall.

Hari event, flag off 7 pagi. Cari gak aturcara majlis tapi tak jumpa. Gerak dari rumah lepas solat subuh. Kami decide hantar Anas Auni rumah mak. Ada benda nak settle lepas event. Kalau bawa diorang lambat lak habis walkathon. Plan nak naik motosikal, mudah parking tapi tayar motor lak pancit. So naik kereta. Tak ramai pun orang yang join. Banyak je parking kosong. Event belum mula. Tengah buat senaman.



7.20 pagi baru flag off. Trafik dijaga oleh polis untuk elakkan perkara tak di ingini. Laluan lebih jauh dari acara yang saya pernah hadir sebelum ni. Sebab fun walk jalan macam itik pulang petang je. 1 jam 45 minit sampai ke finishing. Di finishing tak sesak. Banyak lane untuk claim medal dan goodie bag. Tunjuk wrist band dan dapat goodie bag. Medal dalam goodie bag. Lepas tu terus gerak balik. Sebelum balik singgah makan dulu. Makan nasi ayam je kat kedai yang jumpa masa walkathon tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...