Showing posts with label lari. Show all posts
Showing posts with label lari. Show all posts

Monday, August 6, 2018

MPSP Fun Walk



Tarikh : 04 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi (flag-off)
Lokasi : Taman Rekreasi Ampang Jajar,Sungai Krian, Seberang Perai Selatan
Jarak : 6km
Bayaran : RM35




Event ni saya daftar lambat. Last day sebelum close baru daftar. Collect baju awal 2 minggu kat Lobi MPSP Perda.


Flag off 7.30 pagi. Masa kami sampai belum 7 pagi. Singgah kedai mamak makan roti telur dulu. Lepas makan, terus ke tempat event. Parking banyak di sediakan. Masa kami sampai VIP tengah buat ucapan. 7.30 pagi flag off. Aktiviti santai je. Jalan-jalan. Tapi ramai je yang lari. Husband lak dah biasa lari, asyik nak cepat je. Lari la jugak sikit sambil tolak stroller. Pastu kaki cramp sebelah. Husband ubah Anas Auni jadi 1 stroller. Dia je lari tolak budak² tu. Saya jalan seorang². Okay sikit bila jalan tak tolak stroller.


Masa kilometer keEmpat ada orang tegur saya dari belakang. Rupanya kawan kerja sekali dulu. Kebetulan jumpa. Lama dah rasanya tak jumpa. Sempat la sembang kejap dan bergambar. Sampai je finishing terus ke khemah disediakan untuk ambil medal dan air mineral. Tak sesak di bahagian ni. Bergambar dan terus balik.


Pendapat saya dan suami, dengan bayaran RM35, kami dapat baju, wristband, medal dan air mineral. Kalau di beri roti atau pisang mungkin lebih baik. Lepas 6km jalan, lapar kot. Biasa saya join event ada je roti dapat. Tak pun ada van milo atau air coklat keluarga. Mungkin boleh di perbaiki pada masa hadapan.








Thursday, May 3, 2018

Butterworth Fun Walk 2018


29/4/2018 7pagi
Padang Pemuda Merdeka
RM32 7km


Event ni lambat gak daftar. Masa daftar dah habis pun early bird price tapi rezeki kami early bird extend. Dapat la grab slot untuk harga murah. Baju collect awal seminggu di Megamall.

Hari event, flag off 7 pagi. Cari gak aturcara majlis tapi tak jumpa. Gerak dari rumah lepas solat subuh. Kami decide hantar Anas Auni rumah mak. Ada benda nak settle lepas event. Kalau bawa diorang lambat lak habis walkathon. Plan nak naik motosikal, mudah parking tapi tayar motor lak pancit. So naik kereta. Tak ramai pun orang yang join. Banyak je parking kosong. Event belum mula. Tengah buat senaman.



7.20 pagi baru flag off. Trafik dijaga oleh polis untuk elakkan perkara tak di ingini. Laluan lebih jauh dari acara yang saya pernah hadir sebelum ni. Sebab fun walk jalan macam itik pulang petang je. 1 jam 45 minit sampai ke finishing. Di finishing tak sesak. Banyak lane untuk claim medal dan goodie bag. Tunjuk wrist band dan dapat goodie bag. Medal dalam goodie bag. Lepas tu terus gerak balik. Sebelum balik singgah makan dulu. Makan nasi ayam je kat kedai yang jumpa masa walkathon tadi.


Friday, November 24, 2017

Fit for life Fun run 2017


Event anjuran The star. Jarak 9.5km, bayaran RM20 di SPICE.
Colect baju awal sehari. Tak join pun. Tak mampu nak lari 9.5km dalam masa 2 jam.


Boleh tahan meriah barang dalam goodie bag. Banyak booth ada masa g collect baju. Goodie pun lain-lain untuk yang walk in registration dan online. Event ni clash dengan event satu lagi. Saya join yang satu g.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...