Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Monday, October 16, 2023

Staycation 8/2023 - Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Plan nk ke Kelantan berkali-kali tertangguh. Alhamdulillah kali ni berjaya sampai. Trip JJCM. 2 minggu sebelum bertolak baru book hotel. Tak de proper plan pun macam-macam holiday sebelum ni. Trip redah je. Ada la save beberapa kedai mkan yang nampak orang share di social media 

Hotel 
Ibis Style Kota Bharu
family room
2 malam


9.9.2023 - Sabtu

Breakfast di Baling. 
Roti sardin dan Roti sarang burung special rm15.50

Unik

Bertolak dari rumah 7.40 pagi. Stop breakfast di Baling. Kami berdua je makan. Anas Auni tidur dalam kereta. Lepas makan sambung perjalanan. Cuaca mendung. Tak hujan tak panas. Banyak kali stop, ke tandas, Auni muntah. Stop beli Pizza kat Anas di Tanah Merah. Masa tunggu pizza, saya ke Mr Froyo. Saja nak try sebab nampak ada orang beli aiskrim cam sedap je nampak. Beli saiz paling kecil. Small dapat la 1 topping. Saya pilih topping nestum dan ais krim tu boleh pilih nak yogurt atau strawberi. Saya pilih yogurt. Lepas bayar, staf bagi lagi satu, aiskrim strawberi dan topping coklat.

ice cream strawberry. Yang yogurt sedap

Jeram Mengaji Agro Resort. 
Kalau nak masuk dalam tu bayar RM2

PAnas masa ni.
pastu tengok dalam tak dak apa pun.


Pit stop pertama di Jeram Mengaji Agro Park. Nak bergambar je. Sebab katanya cam Kundasang. Tapi Kundasang pun tak pernah pergi. Tak tau la sama ke tak. Bergambar je kat sini dan teruskan perjalanan ke Hotel. 

Mi Celup Rm4


Lobi hotel

Play room

coffee area. Nak guna capsule kena bayar
RM2 per capsule

ni percuma

Stop kedai tepi jalan sebab Husband nak makan Mi celup. Dia sorang je makan. Saya kenyang lagi. Sampai hotel 4.30 petang. Kena bayar RM6 duit pelancongan negeri Kelantan. Deposit RM50. Bilik dah ready boleh terus masuk. Husband parking kereta. Parking ada dalam building dan luar bangunan. Tak de cas parking.  Di Lobi ada welcome drink, sofa, reading area, kids area, vending machine. Boleh la layan diri. Ada yang berbayar, ada yang percuma.

Queen dengan sofa bed. 
Muat la kami ber4

Ada 2 bolster provided.
dekat jam boleh guna wireless charger pod

Plug ada USB charger pot

tak de mineral. guna mesin air je. suhu ada 4. 
mesin kopi kena bayar setiap capsule yg guna

Masuk bilik, mandi dan solat. Lepas solat saya ajak husband ke kedai makan. Plan nak ke Suwarin Jinda Cafe. Tahu dah kedai ni sentiasa rami orang. Kami sampai dalam 6 lebih. Parking disediakan percuma. Lepas parking masuk kedai, ada kerusi untuk menunggu. Nampak ada tulis nombor giliran tapi tak nampak nombor. Pergi tanya di kaunter, staf ambil bilangan orang dan bagi nombor. Dapat nombor tunggu giliran di bangku. Lepas 10 minit nombor dipanggil. Terus duduk dan staf ambil order. Terus dapat resit lepas order.

lepas ambil order

sama je rasa cam kedai lain

Paling cepat sampai daging dengan miang pla seafood. Husband ingat set tu ada ikan tapi tak de. Tambah lagi satu set siakap. Set siakap sampai dulu, lain-lain belum sampai. Sebab lapar, kami makan dulu. Ingat nak tunggu semua menu sampai baru nak makan. Lepas 4 menu sampai baru air sampai. Mujur dah ambil air kosong. Separuh jalan makan baru sampai sup kosong, telur dadar dan nasi. Semua dah kenyang. Bungkus je bawa balik bilik. Sos dan daging sedap. Miang pla pao ikan ok. Mudah makan sebab tak de kulit ikan dengan garam tu. Sotong liat. Kerang ada yang busuk. Udang tu di rebus je. Lain² menu tak try. Masa kami makan orang makin ramai. Kat luar berbaris panjang. Habis makan singgah Kubang Kerian jumpa jiran jap bagi barang kirim. Pusing area Stadium, tak de pa pun nak singgah. Terus balik hotel.

Bukti hadir

10 September 2023 - Ahad

Lepas solat Subuh dan mandi, kami keluar untuk breakfast. Saya nak ke Kopitiam Kita. Nak makan Roti Titab. Parking disediakan area depan kedai. Kena jalan sedikit. Kalau nak parking sekitar kedai boleh, kena bayar duit parking Majlis. Tapi masa kami sampai tu, parking penuh. Masuk dalam kedai, masih ada beberapa meja kosong. Duduk di meja, ada kertas dan pensil. Layan diri. Order sendiri then staf datang ambil kertas. Air je staf order dan ambilkan. Makanan kena order dan collect sendiri. Saya dan suami order Roti Titab Klasik. HUsband makan nasi lemak juga. Auni makan roti jala. Anas telur separuh masak




Lepas makan, singgah ke Pasar Siti Khadijah. Auni nak beli key chain untuk kawan-kawan dia. Kami bertiga je turun. Dah dapat barang masuk kereta ke lokasi lain pulak. Saya nak ke Pantai Senok. Nak bergambar. 30 minit juga perjalanan. Jalan tak sesak. Dah masuk Kampung, Anas Auni nak makan. Stop kedai dalam kampung tu je. Anas Auni order Maggi Kari, husband order bihun celup.



Lepas makan kami ke Pantai Senok. Tak ramai orang. Kami cari port yang tak de orang. Stop dan bergambar. Kejap je. Dalam 10 - 15 minit. Lepas tu dah tak tau nak pergi mana. Husband ikut je maps yang ada tulis attractions. Then stop di Hattori Cafe. Sya ad shortlist kedai ni untuk JJCM. Tapi masa smpai ni kedai baru buka. Tak de sebarang menu lagi. Bergambar je depan tu then masuk kereta. Ingat nak pergi tempat lain tapi dah hujan. Terus balik ke hotel.





Sampai bilik, mandi dan solat. Sampia ke malam hujan. Order foodpanda je untuk makan malam. Then, discuss nak ke mana esok.

11 September 2023 - Isnin




Lepas Mandi, solat Subuh, packing barang dan ready untuk check out. 7.43 pagi selesai urusan check out. 
Stop di Zawani Nasi kukus dan nasi berlauk untuk sarapan. Hajat nak nasi kukus tapi belum ada. Ambil nasi dan ayam goreng. Husband ambil bihun goreng, teh tarik. Total rm9.




Pagi ni kami plan nak ke Dabong. Drive je. Semalam dah study serba sikit. Ikut je maps. Rupanya dah laluan nak balik utara. Di Tanah Merah je terus ke Kuala Krai. Kalau nak balik Penang kena ke Jeli. Laluannya ok, tenang. Kmi sampai di Dabong 


Friday, August 9, 2019

Hiking Bukit Keluang


Cuti 1 Mei saya diisi dengan aktiviti di Pantai Timur. Cuti jatuh hari Rabu, tak boleh nak balik Penang, rakan sekelas plan untuk hiking Bukit. Entah camna saya boleh join padahal saya bukanlah pernah lakukan aktiviti camtu.


7 pagi berkumpul kawan-kawan asrama dan cari tempat makan. Lepas makan bertolak ke destinasi. Sampai dekat 9 pagi gak la. Berkumpul semua baru mulakan perjalanan. Mula² kena jalan ke trek mendaki dulu lebih kurang 2km. Mencabar jugak hiking ni. Saya memang tak biasa. Tak expect pun baru 5 minit saya dah letih sangat². Rasa nak patah balik je. Mujur la kawan² banyak bagi semangat.


Selepas sejam sampai juga ke puncak. Cantik pemandangan di Puncak. Nampak sayup² Pulau Perhentian. Tapi penat sangat². Macam² rasa sampai tak sempat pun nak hayati pemandangan dan bergambar kat Puncak. Masa kat sini la saya jatuh. Bahasa perubatannya panggil syncopal attack. Tak tau la sebab apa tapi zaman sekolah dulu memang biasa jadi camni.

Sy kat tepi tu tgh di kipas.
Masa ni dah rasa tak ok.

Lepas layan view atas ni, kena turun lak ikut trek yang lain. Nak turun lagi mencabar. Nasib la tak naik ikut sini. Beberapa kali gak tergelungsur jatuh. Nasihat saya nak pergi sana make sure ada lelaki ikut. Bawa air banyak² dan stick sebab tak semua tempat sedia tali. Sejam masa diambil untuk turun dan alhamdulillah baju seluar kotor teruk.

Belakang tu Pulau Perhentian

Kami minum dulu kat gerai bawah ni sebelum berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Air Deru Ecopark. Perjalanan ke sini kena lalu ladang kelapa sawit. Tiket masuk RM2 seorang. Bahagian bawah penuh orang dan kereta. Nakn parking tak dak port. Kena drive naik atas dan kawasan atas tu sangat tak ok, tanah merah dan berbatu. Selepas kesusahan nak park, nasib baik dapat port lepak just nice. Ada dahan kayu dan barang nak BBQ. Tapi member yang bawa barang BBQ tak sampai lagi. Kami masuk dalam air dulu. Lega sangat dapat berendam selepas badan melekit berpeluh hiking tadi. Air pun jernih elok. Rasanya lama dah saya tak manfi air terjun lepas heboh kisah Leptospirosis dulu.

Seluar kotor lepas hiking
 Lepas member sampai, bakar ayam, makan-makan, bergambar dan bersembang-sembang. Kami pun gerak la pulang. Singgah solat Jamak dan singgah dinner area KB. then balik bilik pengsan.




Saturday, August 3, 2019

JJCM Kelantan - Mee Celup Morak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak share kedai makan yang patut cuba bila sampai Kelantan. Kat Maps taip je "Mee Celup Morak”. Setakat ni saya dah pergi 2 kali. Pertama kali pergi order keuteow celup ayam. Sedap. Sup dan campuran garam, kicap semua sedap.


Mi / bihun / kueteow / Maggi celup ni sama je cam menu sup. Bezanya ada letak tauge, kangkung / sawi dan kacang. Menu ni memang terkenal la di pantai Timur. Banyak kedai dah saya cuba dan di sini antara yang tersedap.


Kali kedua pergi order nasi air ayam dan daging. Nasi air ni cam bubur la. Sedap gak. Harga RM5.


Wednesday, July 10, 2019

JJCM Kelantan - Roti Tempayan 3 Abdul


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya suka cheese dan kawan saya bawa pergi makan ke satu kedai yang jual roti tempayan cheese. Kat Penang roti tempayan ni roti naan. Tengok cara masak baru tau, sama je cuma dipanggil dengan nama lain. Menurut kawan saya ada 2 cawangan kedai ni. Kedai ni namanya Roti Tempayan 3 Abdul. Satu di Pengkalan Chepa, satu lagi di Kubang Kerian.

Menu dan harga

Kami pergi yang di Kubang Kerian. Menunya hanya roti tempayan biasa atau cheese. Lauk nya ada ayam tandori atau kambing. Kuah boleh pilih kari kosong, kari daging, ayam atau kanbing. Kedainya tepi jalan je. Orang tak ramai. Boleh duduk di luar berhadapan dengan tukang masak atau duduk lepak dalam di meja palet. Kedai biasa je berkipas tak de penghawa dingin. Cawangan Kubang kerian baru buka je bulan 3 hari tu.


Saya order roti tempayan cheese bersama ayam tandori dan kuah kosong. Ayam tandori di hidang bersama 2 kuah / sos. Yang putih macam mayonis tapi rasa herbs. Yang merah macam sos tomato masam². Dua² sedap. Sampai habis saya makan. Tak order kuah pun tak pe. Kuah kari bukan dhal. Ayam tandori banyak gak. 3 ketul rasanya. Roti tempayan sampai panas². Memang banyak cheese. Bertali bila ditarik. Tak masin pun. Biasa kalau bercheese ni masin. Pendapat saya, sedap. Saya puas hati dengan roti tempayan.


 

Kalau datang Kota Bharu, Kelantan boleh la singgah kedai ni untuk penggemar Roti Naan / Roti tempayan Cheese. Cawangan kubang kerian search je kat Google Maps - roti tempayan 3 Abdul cawangan Kubang Kerian.


Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru 2017


Asslaamjalaikum dan salam sejahtera.
Di ucapkan selamat hati guru kepada
Semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi insan seperti hari ini.
Guru² tersebut dari SKBTK, SMKA Al-Irshad, SMKDOB, Kolej matrikulasi Perak dab Kolej Kejururawatan Kubang Kerian. Tidak lupa juga pada senior di tempat kerja, HSJ, yang memberi tunjuk ajar secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...