Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Monday, January 30, 2023

Staycation 7/2022 - Golden Sand Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penginapan kali kedua di Hotel ni. Tujuan kali ni sebab saya kena attend dinner. Dinner di Hard Rock Hotel. Bilik di Hard Rock over budget untuk yang include bath tub. Mula ingat nak stay Bayview sebab sebelah HR je. Mudah nak pergi dan balik dinner, jalan kaki je. Tapi BBR bukan la hotel pilihan saya jika nak stay berulang kali. Cukup la 2 kali di sana. Alang-alang saya nak dinner dan ber 'me time', apa salahnya belanja husband dan anak-anak di hotel lain yang vibenya best sikit. Pool best, view best dan ada few amenities yang berbaloi.

Saya book through Traveloka masa payday sale. Less RM50. 

Golden Sand Resort
Superior room
King bed
Breakfast
RM434.08

2 Minggu sebelum check in, saya dapat info dinner postpone. Call hotel & Traveloka untuk reschedule tapi  tak boleh. Sudahnya kami check in je. 

26/11/2022 - Sabtu

Hari kejadian kami pergi kenduri dulu. Lepas kenduri terus drive ke hotel. Jalan jammed. Dekat 4 petang baru sampai. Ramai lak check in. Saya kena duduk dulu dan staf panggil bila dah kurang orang beratur. Dalam 15 minit baru selesai. Masa menunggu dapat welcome drink dan lolipop. Tiada deposit dikutip dan cuma bayar RM3 duit pelancongan negeri Pulau Pinang.

Setiap yang check in dapat Santize kit ni


Masuk bilik rest, solat dan Anas Auni gilir berendam bathtub. Lepas Solat Asar baru kami turun mandi pool. Ramai la jugak orang. Gilir-gilir la Anas Auni tukar pool. Kerusi banyak disediakan sekitar pool. Then pergi pantai bagi Anas Auni main pasir, tengok sunset. Sebelum azan Maghrib kami masuk bilik semula. 
Lepas mandi dan solat Maghrib kami keluar makan malam. Makan di Lan's Corner Ikan Bakar. Pernah makan dah dulu di sini. Sotung Goreng Tepung sedap (RM25). Kali ni tak ramai orang. Tempat duduk pun kosong banyak. Saya order Nasi Goreng Sotong (RM13.50), husband order Nasi Goreng Udang (RM13.50). Untuk Anas dan Auni nasi putih (RM1.50) dan telur dadar (RM2.50). Menu pun cepat je sampai kecuali sate. husband order sate tapi lepas kami dah habis makan dan bayar baru sampai sate. Cancel order je. Lepas makan balik bilik, rest dan tidur.

27/11/2022 - Ahad

Lepas solat Subuh, kemas pakaian, mandi dan kejutkan anak-anak untuk breakfast. Kena beratur depan cafe. Inform berapa orang staf akan tunjuk tempat duduk. Untuk Anas kena bayar RM32 sebab umur lebih 7 tahun. Banyak pilihan menu. Orang pun ramai. Ada stesen kopi,jus buah, cereal, buah-buahan, waffle, donut, egg station, teh tarik, dim sum, kek dan pastries. Untuk kanak-kanak ada kids Corner. Kanak-kanak boleh ambil makanan sendiri. Habis makan, naik bilik. Anas Auni berendam dam bath tub. Saya kemas pakaian dam 11.30 kami check out.


Wednesday, August 7, 2019

JJCM Kelantan - Kak Na Mee Celup


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masa posting di Pasir Mas, sempat singgah makan di kedai viral ni. Kedai Kak Na Mee Celup, telur gedik viral. Popular kedai ni sebab pernah masuk tv. Kedai viral kan, kena la cuba. Masa kami singgah makan tak ramai pun orang. Hari bekerja dan belum waktu lunch. 


Kedai ni tak sedia menu. Kena pusing tengok banner dan dinding kedai nak pilih menu. Saya pilih menu kueteow celup urat keting dan air saya ambil mango shake.



Kawan saya order bandung cincau. Air macam biasa je rasanya. Sup lak bagi saya pahit yang kawan saya punya sup masin. 


Pendapat saya, ada lagi kedai lain yang sedap dengan menu yang sama. Boleh je cuba di lain. Tak rugi pun tak cuba di sini. Tapi ada jugak kawan² saya yang kata sedap, berkali² datang sini. Lain orang, lain selera ye.





Saturday, August 3, 2019

JJCM Kelantan - Mee Celup Morak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak share kedai makan yang patut cuba bila sampai Kelantan. Kat Maps taip je "Mee Celup Morak”. Setakat ni saya dah pergi 2 kali. Pertama kali pergi order keuteow celup ayam. Sedap. Sup dan campuran garam, kicap semua sedap.


Mi / bihun / kueteow / Maggi celup ni sama je cam menu sup. Bezanya ada letak tauge, kangkung / sawi dan kacang. Menu ni memang terkenal la di pantai Timur. Banyak kedai dah saya cuba dan di sini antara yang tersedap.


Kali kedua pergi order nasi air ayam dan daging. Nasi air ni cam bubur la. Sedap gak. Harga RM5.


Wednesday, July 10, 2019

JJCM Kelantan - Roti Tempayan 3 Abdul


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya suka cheese dan kawan saya bawa pergi makan ke satu kedai yang jual roti tempayan cheese. Kat Penang roti tempayan ni roti naan. Tengok cara masak baru tau, sama je cuma dipanggil dengan nama lain. Menurut kawan saya ada 2 cawangan kedai ni. Kedai ni namanya Roti Tempayan 3 Abdul. Satu di Pengkalan Chepa, satu lagi di Kubang Kerian.

Menu dan harga

Kami pergi yang di Kubang Kerian. Menunya hanya roti tempayan biasa atau cheese. Lauk nya ada ayam tandori atau kambing. Kuah boleh pilih kari kosong, kari daging, ayam atau kanbing. Kedainya tepi jalan je. Orang tak ramai. Boleh duduk di luar berhadapan dengan tukang masak atau duduk lepak dalam di meja palet. Kedai biasa je berkipas tak de penghawa dingin. Cawangan Kubang kerian baru buka je bulan 3 hari tu.


Saya order roti tempayan cheese bersama ayam tandori dan kuah kosong. Ayam tandori di hidang bersama 2 kuah / sos. Yang putih macam mayonis tapi rasa herbs. Yang merah macam sos tomato masam². Dua² sedap. Sampai habis saya makan. Tak order kuah pun tak pe. Kuah kari bukan dhal. Ayam tandori banyak gak. 3 ketul rasanya. Roti tempayan sampai panas². Memang banyak cheese. Bertali bila ditarik. Tak masin pun. Biasa kalau bercheese ni masin. Pendapat saya, sedap. Saya puas hati dengan roti tempayan.


 

Kalau datang Kota Bharu, Kelantan boleh la singgah kedai ni untuk penggemar Roti Naan / Roti tempayan Cheese. Cawangan kubang kerian search je kat Google Maps - roti tempayan 3 Abdul cawangan Kubang Kerian.


Tuesday, December 13, 2016

Celebrate husband birthday - The Royale Bintang, Penang Amazing World Studio, Toys Museum


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau birthday saya tahun ni di sambut di Melaka, birthday husband di sambut di Penang. Biasanya birthday hubby memang celebrate sekitar utara je sebab birthday dia hujung tahun, masa cuti sekolah. Nak jalan jauh memang makan modal. Semua harga pun mencanak naik sebab musim cuti sekolah. Kali ni check in hotel idaman dia. Lama dah dia sebut² nak stay kat situ. Cuti awal sebulan lagi kami dah apply. Birthday dia jatuh pada jari Jumaat dan cuti kami ambil bermula dari khamis.

2 minggu sebelum bercuti saya survey tempat nak pergi dan hotel nak stay. Masa tu belum decide lagi nak stay hotel idaman Hubby. Beberapa kali tanya dia nak stay mana, pergi mana , tapi dia bagi jawapan nak tak nak je. Sudahnya saya yang list down sendiri list tempat nak pergi beserta detail dan share link hotel yang ada kat groupon. Lagi 10 hari nak cuti baru dia bersuara nak stay hotel itu. Saya pun survey harga. Lepas tu discus berdua dan confirm nak stay situ.


Ni harga kat website. Beza Superior dan Deluxe dari segi saiz bilik, katil king, double single dan view (pool / city). Inform pada hubby harga ni. Harga di atas tak termasuk breakfast. Yang mampu nak ambil Superior room je la RM252 nett.


Ini pula harga bila saya search di Trip Advisor. Lebih mahal dan belum campur tax. Kemudian saya call hotel. Dari perbualan kami, harga online booking untuk Superior Room RM252 nett. View bilik dan jenis katil depend on availability. Juga boleh book via phone dan walk in. Lebih awal book boleh la request nak jenis katil dan view bilik. Harga booking via phone / walk in RM253 net without breakfast.

Then, saya tanya tentang government rate. Harga yang sama RM253 tapi beserta breakfast. Staff ID kena ada semasa booking dan check in. Untuk booking via phone / website kena ada kad kredit. Saya ada kad debit saja. Dengan kad debit akan full deduct masa booking. In case cancel, tak dapat la refund.

2 Disember, saya ada hal di area sana dan terus ke hotel untuk tanya tentang bilik. 2 kali gak pusing cari parking. Masuk kali ke3, suruh hubby ikut je laluan tepi yang tunjuk arah ke lobi hotel. Rupanya ruang parking memang di sediakan di situ. Terus ke kaunter, inform date check in, check out dan tunjuk pas kerja. Harga sama macam perbualan di telefon. Saya request nak tengok bilik untuk beza superior dan deluxe. Katanya Deluxe ada balkoni.
Antara fasiliti yang dapat bila check in
Di Park Royale hotel
Kami di bawa oleh staf untuk tengok bilik dan bilik superior nampak lebih best. Hubby pilih nak superior room. Request untuk superior room, pool view dan king bed. Staf  fill up form dan tulis request saya. Beberapa details kena inform. Selepas itu, staff repeat details dan date check in check out. Lepas semua betul dan selesai. Tak perlu buat bayaran. Hari check in, tunjuk IC dan pas kerja je. Waktu check in 2 petang dan check out 12 tengah hari.

Hari check in kami sampai awal. Dalam 12 lebih camtu. Tau waktu check in 2 petang. Ingat nak settle check in lepas tu pergi mana2. Petang baru nak masuk bilik. Rupanya bilik dah ready. Itu lah bagusnya kalau booking awal. Masa di kaunter kena bagi IC dan bagi staff ID untuk photostat. Saya bawa pas kerja je. Saya kena sign surat yang ada tunjukkan saya punya bil iaitu RM253 kemudian diberi kad bilik 2 keping. Bayaran RM300 termasuk deposit. Resit di beri dan kena tunjuk resit semasa chec out untuk bayaran semula deposit. Semasa penyerahan kad bilik, staf ada inform arah lif bilik dan arah cafe untuk breakfast esok pagi. Juga di beritahu waktu sarapan dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.

Decoration di lobi hotel
Parking disediakan percuma untuk penghuni hotel. Multi level car park. Masuk parking macam biasa. Ambil kad. Sebelum keluar parking, kena cop di kaunter receptionist. Baru tak di kenakan bayaran. Stop je di hadapan hotel dan staf nya akan datang ambil beg. Welcoming drink juga disediakan, ice lemon tea. Memang sedap minum masa panas terik. Kejadian dalam lif memang lawak. Bilik kami tingkat 3 tapi bila masuk lif, button nombor 3 tak menyala. Nombor 2 boleh. Kami naik tingkat 2 dan keluar, masuk semula ke lif yang berlainan. Masih sama. Nombor 3  tak leh tekan. Suruh hubby tanya orang tapi dia buat tak tau. Nasib la masa dekat tingkat 2 ada couple masuk nak ke lobi, check out. Dia la beritahu yang kena scan kad di button baru leh tekan ke level yang kita nak.


Bilik kami kedudukannya di hujung. Masuk bilik dan kami berpuas hati sepenuhnya dengan keadaan bilik. Katil king seperti kami pinta dengan pool view. Buka langsir nampak kolam. Memang teruja anak² tengok. Bantal 4 biji disediakan. Katil yang comfortable. Air cond sangat sejuk. Adjust temperature pun sejuk jugak. Bilik air, toilet dan sinki berasingan. Tak de masalah kalau seorang nak guna toilet masa seorang lagi mandi. Hair drier disediakan. Iron, iron board, torch light juga ada. Mini fridge, kettle dan kelengkapan minuman yang pelbagai. Mini bar juga ada. Kalau makan, bayar la ye. Wifi disediakan sepanjang ada kat hotel. Password di beri masa check in bersama kad bilik. Wifi laju gak dan coverage luas. Luar hotel pun ada lagi coverage. Tv flat screen dengan channel astro asas. Channel HBO dan cartoon pun ada.


Lepas solat kami jalan kaki ke Penang Amazing World Studio. Dekat je dari hotel. Dengan bayaran masuk seorang RM28 dan kanak² bawah 4 tahun percuma. Lengang dalam tu. Auni dah tidur masa ni. Sama ja konsep macam 3D muzium yang lain. Cuma disini lebih tinggi teknologinya. Gambarnya lebih tertumpu pada superheroes. Pergi sini pun sebab Anas yang sangat sukakan Superhero. Bergambar 3D, whirl video dan beberapa art berkenaan barang masa dulu contohnya kedai mamak, kedai gunting rambut, kedai runcit dan banyak lagi.



Keluar dari muzium dah 4 petang. Kami belum lunch. Hubby ajak jalan kaki je cari makan tapi saya dah penat jalan. Nak naik kereta je. Masuk bilik solat zohor dan husband seorang je keluar beli makan kat foodcourt area hotel. Sedap juga nasi goreng sotong situ. Lepas makan, solat asar pergi pool. Dah janji dengan Anas nak bawa dia mandi situ. Seronok dia berendam situ.



Lepas mandi, masuk bilik berehat. Lepas maghrib keluar cari makan. Pusing² cari kedai makan. Husband nak makan tomyam tapi keliling hotel tak de kedai camtu. Plan nak ke batu feringgi je tapi Anas dah cranky. Mengantuk la dia dah tak tidur siang. Siang lak berjalan merata + berendam kolam lagi. Singgah kedai area Hospital Pulau Pinang je. Dua² menu kami kurang sedap. Lepas makan balik bilik rehat.


 9/12/2016
Hari birthday husband hari ni. Pergi sarapan di cafe hotel. Sebut nombor bilik dan dibawa ke meja yang bersesuaian. Kami usung stroller masuk hotel. Lepas sarapan naik bilik tukar baju. Husband nak mandi dengan Anas. Saya dan Auni duduk tepi kolam je tengok. Ada gak la rendam Auni, nangis dia. Takut kot tengok air banyak. Lepas tu naik bilik mandi, kemas beg dan ready nak check out.



Hubby ambil kereta park depan lobi hotel dan staf hotel tolong masukkan dalam kereta. Saya berpuas hati dengan etika kerja staf di sini. Cuma masa check in staf di kaunter kurang mesra dan agak tegas. Lain² sangat ramah mesra. Saya sangat jarang tinggal di hotel ada bintang ni. Biasanya stay di hotel bajet je. Kurang la pengalaman layanan mesra staf macam di sini. Setahun sekali boleh la tinggal di hotel bintang². Okay, balik pada kisah kami. Saya uruskan check out. Bawa resit ke kaunter. Sign dan di beri wang deposit RM47. Sebelum tu staf ada tanya, samada ada ambil barang dari mini bar tak. Selesai check out, kami ke destinasi seterusnya, Toys Museum tapi husband solat Jumaat dulu di Masjid terapung batu Feringgi.


Plan nak ke sini sebab Anas. Dia suka sangat dengan superhero dan saya tengok gambar pengunjung yang dah ke sini dan saya pasti dia akan suka. Cuma bayaran masuk agak mahal. Kanak² seusia 2 tahun dah dikenakan bayaran. Dan bayaran dewasa juga mahal. Tempat tu panas. Besar dan banyak mainan di pamerkan. Jika di sediakan kerusi untuk duduk mungkin lebih baik. Kanak² memang teruja dalam tu. Mereka ambil masa yang lama melihat satu² koleksi dalam tu. Ibu bapa tentu letih. Kalau ada kerusi lebih baik kan? Laluan juga tidak terurus. Pintu sama yang masuk dan keluar. Banyak yang perlu di perbaiki. 

Tiket hanya tulis tangan. Kalau print mungkin lebih elok. Bayaran masuk RM26 dewasa dan RM19 kanak² 2 tahun. Masa kami di sini ada keluarga yang anak 4 orang berusia lebih 2 tahun. Bila di beritahu bayaran tiket Lebih RM120 dia tidak jadi masuk. Mungkin pelancong, kekangan wang dan semestinya mengecewakan anak². Jika dibuat pakej untuk tiket 2 dewasa, 2 kanak² lebih memudahkan pengunjung. Sekadar pendapat saya. Lepas ke Toys Museum terus ke rumah kawan husband nak pick up hadiah birthday husband. Minta kawan tolong bawa balik sebab hadiah sampai hari husband cuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...