Showing posts with label novel thriller. Show all posts
Showing posts with label novel thriller. Show all posts

Wednesday, January 24, 2018

Review Novel : Haq II


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ini sambungan dari kisah Haq dalam antologi cinta dia 2. Sebelum mulakan bacaan, saya khatam semula Haq kemudian baru sambung dengan Haq II. Kalau tak baca Haq mesti blur jalan cerita.

Sinopsis
Kisah kehidupan Alin selepas berpisah dengan Haq. Alin makin teruk, lebih teruk dari kehilangan Kaseh. Daniel setia menemani. Alin disoal polis berkenaan Haq tapi dia mengunci mulut tentang identiti Haq. Haq di Instanbul, masih memantau Alin. Haq juga seperti Alin, merindui Alin tapi dia sedar, kehadirannya akan menjadikan Alin bahaya. Alin nekad menjejaki Haq selepas Haq menghubunginya tetapi pada Daniel, dia menyatakan dia ingin berehat. Daniel berat melepaskan Alin tetapi dia tahu, tiada apa yang dapat menghalang Alin. Di Instanbul, Alin bertemu Haq tetapi Haq tidak pedulikannya. Malam itu Haq mengekorinya dan Alin bersemuka dengan Haq. Ekoran dari itu, Alin ditimpa beberapa musibah bila Ming menjadikan Alin sasaran untuk membalas dendam pada Haq tetapi Haq berjaya selamtatkan Alin. Selepas kejadian lapangan terbang di bom ketika Alin ingin pulang ke Malaysia, Haq terus membuat keputusan mengahwini Alin. Kehidupan mereka lebih banyak diuji selepas itu.

Saya bukanlah peminat cetita thriller tetapi karya kak Dhiya Zafira memang masuk dengan jiwa saya.

Thursday, November 8, 2012

Review Novel - Venom suria


Salam dan hai..

Terus terang saya tah tahu nak bermula dari mana untuk review novel ni. Sangat complicated, banyak watak terlibat hinggakan saya juga kadang-kadang pening semasa membaca. Ceritanya melibatkan banyak zaman. Novel genre sebegini memang baru bagi saya yang selama ini terdedah pada novel cinta. Saya bukan lah seorang yang berani hinggakan sampai satu tahap saya rasa nak tutup saja buku ni dan berhenti menamatkan pembacaan tetapi hati kecil saya ingin sangat tahu apa kesudahannya. Penulis memang bijak mengatur setiap watak yang masing0masing ada kisah mereka tersendiri. Plot-plot disusun dengan baik dari segi mimpi dan penceritaan semula. Cuma kadang-kadang saya terfikir, benar wujud ke benda itu dan ini. Semuanya kuasa Allah.

Sinopsis

Suria, wartawan yang mengejar cerita jenayah sehingga dia terlibat pada kes pembunuhan Masyitah menyebabkan dia bekerjasama dengan Inspektor Izwan walaupun pada awalnya Izwan melarang dia masuk campur tugas polis. Berikutan dari itu satu demi satu bukti membawa mereka untuk mencari pembunuh itu sehinggalah Suria mengetahui kewujudan Mahira yang mahukan tubuhnya untuk mengekalkan roh dan jasadnya. Suria adalah waris Mahira.

Dan wujudnya satu kumpulan yang ingin membunuh Suria supaya Mahira dapat dihapuskan. Pembongkaran kumpulan tersebut menyatukan kumpulan ini dengan kumpulan lain bagi menghapuskan Mahira dan lebih banyak rahsia besar terbongkar.

Novel ni adalah novel kedua hasil nukilan penulis ini. Yang pertama Sayangku Casper yang memang terbaik dan berbeza 360 darjah genre dari yang ini.

Friday, March 16, 2012

Review novel : Hati Bergetar Rindu



Novel ni berjaya membuatkan saya tak nak letak langsung.
Berjaya menghabiskan bacaan dalam 12 jam.
First time rasanya membaca novel cinta + thriller.
Best rupanya. Berdebar-debar je nak menunggu next page.

Penulis sangat hebat. Pandai menyusun ayat.
Membuatkan pembaca tertanya-tanya siapa??
Mai nak hujung-hujung baru tau camtu rupanya.. oooo ni la sebabnya..
Tapi yang tak bestnya banyak sgt watak, flash back.. Pening den mula-mula..
Kena baca betul-betul. Jangan miss baca setiap ayat,
kalau tak memang tak paham jalan cerita.
Buku ni terbahagi kepada 2 bab. Bab pertama pasal Angel.
Bab kedua pasal copycat Angel. Saya bagi 4.7 bintang dari 5.

Sinopsis

Ari dan Sid berpisah selepas 6 bulan berkahwin.
Ari meninggalkan Sid apabila melihat Sid tidur bersama kembarnya.
3 tahun selepas itu Sid yang menyiasat satu kes pembunuhan Angel telah
menemui mangsa ke7 yang terselamat.

Dia berkampung di HKL untuk menunggu wanita tersebut sedar
dan menceritakan hal yang sebenar.
Luka di muka menyebabkan Sid tidak mengenali wanita itu adalah Ari.
Ari yang tidak boleh melihat akibat kecederaan tidak mahu Sid terlibat dalam penyiasatan itu.
Sid yang merahsiakan hubungan mereka terpaksa memaklumkan kepada ketua dan keluarganya.

Angel yang mengetahui Ari belum mati, cuba mencerobohi wad yang Ari ditempatkan.
Sid yang mengetahuinya telah memindahlan Ari ke rumah keluarganya.
Ari terpaksa mengikut kerana tidak mahu pulang ke rumah papanya.

Ari boleh melihat semula. Hubungannya bersama keluarga Sid bertambah baik
cuma dengan Sid masih dingin.
Angel yang mengetahui tempat persembunyian Ari mula memburu Ari semula.
Sid yang mengetahui identiti Angel telah pergi ke rumahnya dan mengarahkan
sahabatnya, Fauzan untuk mengawasi Ari dan keluarganya.
Malangnya Fauzan telah ditikam. Ari telah ditawan dan Angel mahukan
Sid menyaksikan pembunuhan Ari.
Beberapa kejadian berlaku dan Sid berjaya menyelamatkan Ari.

Namun hubungan Sid dan Ari masih belum mesra.
Ari keluar dari rumah keluarga Sid dan Sid mengizinkan.
Ibu dan adik Sid kecewa atas tindakan Sid tetapi Sid ingin memberi masa kepada Ari
untuk membuat keputusan.
Sehinggalah Sid mengikut Ari mengerjakan umrah dalam usaha untuk
menjernihkan semula hubungan mereka.
Ari memaafkan Sid dihadapan kaabah.

Setibanya di lapangan terbang, Sid dimaklumkan yang Angel dibunuh didalam penjara
dan muncul copycat yang corak pembunuhan sama seperti angel.
Ari sekali lagi dibawa ke tempat persembunyiaan malangnya diketahui oleh copycat itu.
Copycat memasang kamera di rumah Ari bersembunyi dan
sentiasa mengugut Ari tanpa pengetahuan Sid.
Ari yang ketakutan menurut sahaja kerana nyawa kembarnya dalam bahaya.

Ari melarikan diri ke rumah copycat dengan syarat dia akan melepaskan kembarnya.
Malangnya kembar Ari dibunuh. Sid yang sedar kehilangan
Ari mula mengambil tindakan dan identiti copycat bukan lagi rahsia.
Akhirnya copycat ditangkap, Ari selamat dan mereka bahagia memulakan hidup baharu.

Banyak lagi bab-bab menarik tapi saya ringkaskan pada yang penting je.
Memang berbaloi la membeli. Rupanya ini novel ke 5 dari penulis ni.
Dah habis membaca baru selak page belakang ada gambar novel-novel penulis ni.
Rupanya watak utama dalam novel-novel dahulu juga ada terselit dalam novel ni.
Terus rasa tak sabar nak membeli novel-novel terdahulu penulis ni.
Tapi kat Popular sah-sah la takde stok novel lelama ni.
Harus ke Chow Rasta mencari. Tunggu gaji.. +_+

p/s - ketika n3 ini di  publish, insyaAllah saya dalam perjalanan ke MBPJ +_+

Friday, December 23, 2011

Terjumpa Novelis RAM

Salam..
Ke tempat kerja pagi tadi, sign SBPA.
Lepas tu ke rumah mak saya.
Lepas hubby solat jumaat, ke carrefour..
Hajat nak mencari majalah dan barang2 lain.
Rupa - rupanya, penulis novel Ramlee Awang Murshid datang.
Untuk promosi novel terbarunya.
Ramai la jugak orang menunggu.

Saya tak pernah membaca novel nukilannya.
Bukan genre kegemaran saya.
More to thriller, seram.. Saya lebih kepada cintan cintun, remaja, wanita..
Novel yg kena imaginasi bukan jiwa saya.

Ramai yang beratur untuk autograph dan bergambar.
Kalau saya minat hasil penulisannya mungkin saya juga berada di situ.
Saya hanya mengambil gambar beberapa keping saja.
Gambar suasana sahaja.



 


Makin ketandusan idea untuk menconteng di blog ini TT_________________TT
p/s - esok adik saya bertunang. next week 1st anniversarry ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...