Assalamualaikum dan salm sejahtera,
Alhamdulillah permohonan saya untuk sambung belajar berjaya. Saya ringkaskan di sini beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum melaporkan diri. Boleh di jadikan rujukan untuk saya dan lain-lain pada masa akan datang. Mungkin sedikit berbeza tetapi sekurang-kurangnya ada guide line untuk mereka yang zero. Saya juga zero masa mula-mula. Ke sana sini cari rujukan online tapi tiada.
Permulaannya, lihat di website bila tarikh yang boleh buat semakan berjaya atau tidak. Macam saya lepas dapat tahu berjaya, kena klik terima atau tolak. Lepas klik terima akan forward ke page untuk senarai borang-borang yang kena download. Print semua borang yang berkaitan. Borang-borang yang boleh muat turun adalah :
1. Surat tawaran
2. Borang perjanjian
3. Borang pemeriksaan kesihatan
4. Cara isi borang perjanjian
5. Borang pengakuan
Dokumen lain yang diperlukan semasa lapor diri :
Salinan kad pengenalan (7 salinan)
Salinan Diploma Kejuruawatan (1 salinan)
Salinan Sijil SPM (1 salinan)
Salinan Sijil Pengamalan tahunan (APC)
Salinan akaun bank (7 salinan)
Pemeriksaan Kesihatan
Saya mulakan dengan pemeriksaan kesihatan sebab banyak benda nak kena buat. Ini boleh dilakukan di Klinik Kesihatan (KK) atau Hospital. Untuk Hospital kena rujuk dulu samaada boleh atau tau buat. Saya di beritahu yang ada hospital tidak menjalankannya. Saya ambil darah dulu. Tak diberitahu lak nak kena ambil darah apa. Kalau pergi KK tak yah pening pasal ni semua akan di uruskan. Serah diri je. Ikutkan borang yang wajib untuk check UPT, HIV, Urine Drug dan Urin. Saya tanya kawan-kawan yang dah pergi belajar dan lakukan semua ujian makmal darah dan urin yang mana boleh iaitu:
HIV, Hep B, Hep C, VDRL,
FBC
RP, LFT, FLP,
FBS
UPT
Urine FEME
Semua keputusan siap hari yang sama kecuali HIV, Hep B, Hep C akan siap selepas 3 hari.
Lepas tu saya tanya makmal tentang urine drug. Saya perlu beli borang untuk ujian tersebut di kaunter Hasil. Pergi ke kaunter hasil kena tunjuk surat tawaran sebelum keluarkan borang dan untuk staf, tiada bayaran di kenakan. Kemudian saya Kena ke kecemasan untuk lakukan ujian itu. Saya ke Kecemasan dan kena daftar sebagai pesakit. Kena check BP, nadi, suhu dan berat. Lepas tu Tunggu giliran. Kebetulan ada MA lalu dan nampak saya. Untuk Urine Drug hanya 2 doktor yang boleh order. Lepas jumpa Dr, Dr bagi botol urin dan kena ambil urin di toilet dalam bilik tersebut. Lepas tu bagi urin pada staf kaunter dan urin akan di hantar bersama borang. Dekat borang ada column untuk isi nama yang membawa urin. Saya diminta untuk datang next week untuk review keputusan.
Lepas selesai ujian urin, saya ke Xray. Borang Xray dapat di kaunter hasil dan Doktor di kecemasan dah isi. Ramai orang kat Xray dan saya pergi petang lak. Siap Xray, simpan film dan kena bawa masa temujanji Doktor.
Hari temujanji pergi jumpa Doktor, Doktor akan fill up semua yang berkaitan dan kena buat ujiam mata. Sepatutnya buat masa sekali dengan BP tapi dah tak buat, saya buat kemudian. Pastikan setiap muka surat di isi oleh Doktor. Macam saya dah balik baru perasan ada 1 page Doktor tak isi. Dah kena cari dia semula untuk fill up.
Untuk bahagian kejururawatan kena bagi salinan ini :
1. Surat tawaran belajar
2. Rekod cuti
3. Surat pertukaran
Beri semua salinan ini untuk in charge. Untuk cuti kena pergi pejabat untuk comfirmation. Macam saya cuti tahunan 25 hari. Lepas belajar 6 bulan, cuma layak cuti 12 hari sepanjang 2019. 12 Tambah dengan baki yang di bawa dari 2018 tolak dengan cuti dah ambil. Print je HRMIS cuti. Dokumen- dokumen ini semua perlu untuk di gunakan oleh KPJH, nak buat surat untuk Lapor diri. Ambil surat lapor diri sebelum pergi belajar.
Borang Perjanjian
Perlu print 3 salinan di kertas A4 hijau muda. Cara nak isi pun dah ada manual. Isi mana yang perlu saja lepas tu perlu tandatangan dan cop saksi (gred 41 ke atas). Beli setem hasil RM10, 3 keping kemudian lekat dan pergi matikan setem. Setem di matikan di pejabat hasil (LHDN). Tarikh di borang perjanjian kena sama dengan tarikh setem di mati kan. Jgn guna alamat kuarters / pejabat. Guna alamat rumah.
Surat Tawaran
Print surat tawaran dan buat salinan 10 keping untuk page depan saja. Untuk hospital, kena serah salinan pada pejabat dan Penyelia Jururawat. Semasa lapor diri kena serahkan pada Pejabat, Asrama (jika nak tinggal di asrama). Selain itu, surat tawaran perlu untuk claim elaun Sara Hidup setiap bulan.
Surat Kebenaran Majikan
Ini penting. Tanya pejabat. Jangan assume ketua akan hulur semua. Pejabat perlukan surat tawaran untuk kelulusan ketua jabatan. Sebab tu surat tawaran kena buat banyak salinan.
Ini untuk institusi dan jurusan saya ambil. Lain² institusi mungkin berlainan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)