Thursday, March 5, 2020

Review novel : Seindah Tujuh Warna Pelangi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Novel dari Eman Sufi. Lepas baca 'Jadikan Aku yang terakhir', novel ni dah keluar. Tunggu prelove je nak harga murah. Tak jumpa lak. Masa cari buku sekolah Anas kat Hasani. Ada discount 20% untuk semua novel. Grab je la. Masa tu jugak tau yang kisahnya nak dijadikan drama. Cepat2 baca sebab nak follow drama sampai skip turn novel lain.

Sinopsis
Aira membawa diri ke Indonesia selepas bercerai dengan Andika. Dia turut meninggalkan anaknya Sofia, kerana kecewa dengan sifat Andika yang tamakkan harta dan kaki perempuan. Selepas 3 tahun Aira pulang setelah mendapat khabar abangnya Reyhan akan berkahwin. Kepulangannya mengejutkan semua orang termasuk Andika. Aira hnaya rindukan anaknya Sofia. Dia mengambil peluang kepulangannya untuk rapat dengan Sofia. Sebelum Aira pulang ke Indonesia, Andika melamar semula Aira tetapi ditolak Aira. Aira dan Arjuna kemalangan semasa perjalanan ke lapangan terbang. Andika koma, Aira pula amnesia. Dia hilang memori 10 tahun kebelakang. Andika mengambil kesempatan rapat dengan Aira dan menjadikan semula Aira isterinya walaupun ditentang hebat oleh abang-abang Aira.

Dapatkah ingatan Airan kembali semula? Bagaimana penerimaan Aira selepas ingatannya kembali?

Saya suka novel ni. Garapan yang baik dari penulis cuma kisah tentang Arjuna tergantung. Begitu juga Iskandar dan Deniz. Mungkin ada sambungan?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...