Thursday, February 25, 2021

Review drama Korea - Sky Castle

 


Lama dah habis tonton drama ni tapi check balik post, rupanya belum buat review. Drama ni tonton tahun lepas lagi. Drama ni banyak watak. Masing-masing mainkan part masing-masing. Mula-mula memang confuse dengan nama watak dan karakter. Dah suku drama tonton dah boleh adapt mana satu. Kisahnya memang real jadi kat kehidupan kita. Masing-masing berlumba-lumba anak sapa paling pandai sampai tak kisahkan perasaan anak. 


Sinopsis


Kisah sebuah kejiranan mewah yang setiap keluarga berlumba-lumba nak beri pendidikan terbaik buat anak. Semua nak anak masuk SNU (Seoul National University). Yang tinggal situ memang golongan elit sahaja. Doktor-doktor dan profesor. Jadi semua nak suruh anak berjaya macam mereka. Sampaikan anak-anak tertekan. Hidup takde makna hanya nak puaskan hati mak ayah diorang. Belajar sepanjang hari. Sekolah, kelas tambahan, tutor, ulangkaji di rumah lagi. Siang malam kena belajar. Aktiviti hujung minggu pun bosan. Join kelab buku. Kena baca buku-buku falsafah berat yang tidak sepadan dengan umur mereka.


Cerita ni ada banyak plot melibatkan 5 keluarga di SKY Castle tu. Masing-masing ada peranan menghidupkan drama dan saling berkait. Semua keluarga ada masalah tersendiri walaupun hidup mereka nampak gah dan hebat di mata orang lain. Ada kisah 5 keluarga. 5 cerita la. Masing-masing nak tunjuk hebat dan ada kisah disebaliknya. Berkejar nak Tutor Kim. Sebab dia bukan calang-calang. Semua yang dia ajar berjaya, tak kurang juga mati. Kenapa? Kena la tengok. 


Drama ni bukan drama cintan-cintun. Bukan drama yg nak tengok awek comel dan suweeet sangat, atau nak cari hero yang acah romantik giler caring 'namatey'. Bahasa budak-budak sekarang. Ya Bukan! Bukan untuk remaja. Tapi kami tgk satu familiy ok je. Anak-anak pun boleh faham.


Siapa kena tengok cerita ni? Semua orang pun boleh tengok. Tapi yang dah jadi mak ayah sangat disarankan. Cikgu-cikgu pun sama. Dah tentu la cikgu pun patut tengok. Kisah berlatar belakangkan sistem pendidikan kan. Jujurnya, apa yang digarap dalam drama ni sebenarnya ada juga dalam masyarakat kita. Stigma belajar pandai, dapat masuk U, kemudian ada kerjaya bagus barulah dikira berjaya, sudah lama berakar umbi dalam pemikiran masyarakat. Susah nak ubah dah. Kita mansuhkan peperiksaan bertahap pun ada yang meroyan. Ok, tak nak ulas panjang yang tu. Tapi selepas menonton cerita ni, sedikit sebanyak hati terjentik jugak la. Saya la... Orang lain tak pasti. 


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...